44

5.4K 529 63
                                    

Aku tersedar. Berpusing rasanya kepala dan penglihatan.

Aku bangun dan bersandar di kepala katil dan automatik mata aku terpandang pakaian aku. Rabak.

Segala memori terus terkeluar.

"Bangun dah ? Ikut saya turun, sekarang." Suara muncul dari pintu. Taehyung memeluk tubuh dan terus pergi.

Kenapa aku rasa tak sedap hati ?

Aku bangun perlahan-lahan walaupun seluruh tubuh aku rasa lenguh. Satu persatu anak tangga aku jejak. Taehyung yang duduk di sofa single itu aku pandang,

"Jackson ada kat luar, your bag already with him too." Aku terpinga-pinga.

"Maksud awak ?"

"Maksud saya ? Tak cukup jelas lagi ke choi nara ? Nak saya straight to the point ? Saya halau awak dari sini." Lutut aku terus lemah, rasa bagai nak pitam dengan setiap bait kata taehyung.

"Kenapa dengan awak ni ? Saya buat salah apa ?" Mata yang sememangnya bengkak akan menjadi semakin bengkak.

"Nara saya tak bodoh. Dua kali awak kantoi depan saya, dulu bercium sekarang ? Sekarang dah berani kan ? Bawa masuk bilik saya pula, you are too much nara." Taehyung berdiri, kembali memeluk tubuh dengan riak wajah yang aku sendiri sukar untuk tafsir.

"Taehyung awak salah faham, jangan buat saya macam ni tolong saya merayu." Aku datang mendekati taehyung dengan langkah pincang, kaki aku cedera juga waktu diseret jackson naik tangga tadi.

"Jangan dekat, saya jijik dengan perempuan macam awak. Awak bodohkan saya sebab cinta saya, awak gunakan semua kebaikan saya." Suara taehyung tak tinggi tapi cukup pedas untuk aku. Segala kesalahfahaman yang muncul buat taehyung salahkan aku seratus peratus.

"Sayan—"

"Enough. Saya tak suka dengar panggilan itu keluar dari mulut pelacur macam awak. Keluar!" Terhinjut bahu aku. Tangan taehyung lurus menunjuk pintu.

"Hik.. sa-saya merayu taehyung. Saya sayangkan awak. Awak pun sayang saya kan ? Hm ?" Walaupun dia menjauh aku tetap juga mendekat dan pipi dia aku pegang. Tapi dia tak nak pandang aku. Dia anggap aku macam tak ada.

"Saya masih berlembut, saya masih lelaki yang takkan angkat tangan dengan perempuan. Jangan rosakkan personaliti saya, jangan buat saya pukul awak kat sini." Tangan aku dia tepis. Sakit, tapi tak setanding dengan sakit hati aku. Luluh melihat wajah yang hampir seminggu aku tak nampak kini ada di depan mata dengan reaksi yang.. marah. Reaksi yang aku tak pernah nampak sebelum ini.

"Taehyung.." aku pegang hujung baju dia, masih mengharap belas kasihan. Masih mengharap kasih sayang yang biasa aku terima.

"Memang tak faham bahasa ke ?!" Tangan aku dia tarik ke pintu.

"Sakit taehyung, sakit.." aku menangis. Suara aku hampir hilang.

Badan aku dia tolak dan aku jatuh terjelopok di depan pintu. Jackson yang ada di dalam kereta memandang sinis. Cukup buat aku rasa nak bunuh dia sekarang juga.

"Your man is waiting for you. Go, saya lepaskan awak pergi dengan lelaki yang awak suka."

Pap! Pintu dihempas.

Teresak-esak aku menangis di depan pintu. Memukul permukaan kayu pintu, "taehyung buka! Awak salah faham!"

Tapi sia-sia. Tiada tanda-tanda taehyung buka pintu dan pimpin aku untuk bangun.

Dengan kekuatan fizikal dan mental yang masih ada, aku cuba untuk bangun. Beg aku yang berada di sebelah kereta jackson aku silangkan. Beg murah yang tidak mempunyai roda untuk aku tarik. Baju pun mungkin baju murah yang aku sememangnya harta aku apabila masuk ke dalam rumah ini dulu.

Aku mahu pergi. Aku tak sanggup nak hadap kesakitan menunggu taehyung untuk kembali menerima aku.

"Hey baby, nak pergi mana ?" Laungan jantan keparat dari belakang aku endah. Aku tak ada masa nak layan dia, marah ? Aku tak ada masa nak tengkin dia. Segala fikiran aku sekarang hanya memikirkan nasib aku di masa depan.

Dengan baju yang koyak rabak serta beg dan langkah yang terhinjut-hinjut aku jalan di bahagian pejalan kaki. Seorang diri. Hari dah malam, mungkin dah dekat jam 12 malam.

Jackson pun tak kejar aku. Bagus la sebab mungkin aku tikam dia bila dia muncul di depan muka aku sekarang.

Aku pandang perut aku yang ada isi. Baru dua minggu, tak jelas kelihatan lagi. Aku senyum paksa membelai perut sendiri.

"Mama baru nak bagitahu papa tentang kewujudan kamu sayang.. hik"

"Tapi papa dah buang kita.."

"Maafkan mama sayang.. mama cuai sampai papa kamu salah faham dengan mama.."

"Sabar ya ? Mama mungkin tak dapat makan makanan sedap lepas ni, kamu pun tak dapat makan apa yang mama idamkan nanti. Mama tak ada duit sayang.."

Deras air mata aku jatuh ke pipi apabia melafazkan ayat-ayat keramat itu.

"Jujur mama cakap, mama suka bau badan papa kamu. Mesti kamu yang mengada sangat kan ? Tapi kita tak boleh bau dah, bau tu dah jauh tinggalkan kita."

"Maafkan mama—"

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ