Part 1 : The pain always in my mind

1.2K 16 1
                                    


Jam loceng berbunyi menunjukkan pukul 6.30 pagi, tangan kiri ku mengapai jam loceng dan aku langkas bangun dari katil. Aku melangkah menuju ke jendela lalu membuka dedaun jendela sambil menghirup udara segar.

" Every day is new beginning, take a deep breath, smile and start again." Aku mengingatkan diri sendiri. Syukur kepada Tuhan kerana punya kesempatan sekali lagi melihat dunia dan mengubah semula hidup ini.

Seperti biasa, aku turun kerja dengan mengunakkan kereta vios dibeli hasil titik peluh ku sendiri. Dalam perjalanan aku ke tempat kerja. Terus aku teringat kisah silamku.

Flashback

" Kakak, bawa mummy ko balik. Sekarang." daddy mengarahkan aku.

" Bukan aku suka datang sini. Tapi aku mahu tenguk muka wanita yang mengaku diri sendiri cantik dalam telephone." Mummy berkata kepada daddy dan wanita itu. Daddy cuma mampu berdiam diri sahaja. baru suaja kami berdua melangkah keluar.

Wanita itu berkata, " Sebab kami cantik lah kami laku. Kau tu tak pandai jaga laki." dengan nada yang sombong dan bangga. Aku melihat wajah mummy, sayu dan sedih raut wajah dia. Daddy? Hanya berdiam diri disamping wanita itu.

" Pergi balik la perempuan tak guna! Laki kau bahagia dengan aku sini. " Wanita itu berkata. Sampai sekarang ayat itu masih segar dalam fikiranku. Seperti baru semalam hal ini terjadi.

Aku tidak dapat bayangkan, andai kata aku di tempat mummy saat itu. segala kepercayaan dan kesetiaan hancur begitu sahaja. Segala kebahagian selama 10 tahun, hilang dalam satu hari sahaja. Peluang? Siapa yang mampu memberi peluang bila kecurangan suami dilihat di hadapan matanya sendiri. Keperihan, kesedihan dan kesakitan itulah terbuku didalam hati mummy saat itu.

Waktu itu, mummy baru melahirkan adik bongsu kami. Bayangkan, saat mummy bertaruh nyawa melahirkan anak bongsunya. Daddy berfoya – foya bersama wanita lain di rumah wanita itu. Entah, setabah mana hati mummy saat itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaiman perasaan dia waktu tu. Syukur, akhirnya kami punya adik lelaki. kami adik beradik ada 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Namun, sejak adik bongsu dilahirkan. hidupnya tanpa kasih sayang ayah. Sejenak aku termenung, sedih aku melihat nasib adik bongsu kami teda kasih sayang seorang ayah. Walau bagaimanapun, aku bangga dengan adik beradik ku kerana roboh bagaimanapun rumah tangga ibubapa kami. kami tetap mendengar dan taat kepada nasihat orang tua. Malah, adik ku yang bongsu punya sikap yang sangat peka dan perhatian kepada kaum hawa. He so gentleman, I'm so proud of him.

End Flashback

Aku parking kereta ku di tempat parking yang disediakan untuk para staf. Lupa pulak nak intro, aku bekerja disalah sebuah hotel di Sarawak sebagai account receivable officer (AR) under accounting.

" awal ko hari ini Nas? " Si Hun menegur aku.
" 8am right? " terus tu mata ku melihat jam di dinding.
" Yup! saja mahu kacau ko tu...Hahahaha! " Tersenyum dia melihat aku.
" Amboii... ko kan... " terus ku masuk ke dalam office.

End of month, memang busylah kami di office. Hari nie, aku balik agak lewat dari biasa. Ambil OT lah jawabnya. Seperti biasa, dari office aku terus balik ke rumah. clubbing? bukan life aku. Mesti ko orang tak percaya kan? Rare ada perempuan sebaya aku tidak jejak tempat seperti itu. Jangankan nak pergi clubbing, drinking alcohol pun aku tak pernah. Kami diajar dari kecil, selagi tinggal dan masih bergantung pada orang tua. Jangan pernah sekali langgar rules mereka. Eleh, sekarang dia masih dekat dengan orang tua boleh lah parents dia jaga. tengoklah nanti, bila dia jauh dari keluarga dia. Jangan – jangan keluar masuk pub. mesti ada yang berfikir begitu kan? tapi syukur sampai sekarang , aku belum lagi seteruk itu. Masih ada kewarasaan dan mengenal mana yang baik dan buruk. Sehingga hadirnya cinta membuatkan aku buta dari segalanya.

Aku lulusan degree business management di sebuah kolej di Sarawak. Syukur, sejahat mana daddy aku tapi dia mampu menyediakan wang untuk kami adik beradik melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih tinggi. Itupun atas usaha datuk dan nenek bersama sekolahkan kami adik beradik. Oh lupa, mengapa mummy ku mampu bertahan sampai sekarang? walaupun daddy tidak sukakan dia dan malah menganggap mummy sebagai orang luar. Ini kerana kasih sayang datuk dan nenek ( sebelah daddy ) tidak pernah berubah kepada mummy malah mereka lebihkan mummy berbanding anak mereka sendiri.

Flashback

" Nak, walau apapun yang terjadi. jangan pernah kau sign surat cerai tu.Biarkan mereka berdua tergantung tak bertali." Aki ( datuk sebelah daddy ) nasihatkan mummy. Mummy hanya berdiam, nampak dengan jelas badan mummy mulai susut. Mana tidaknya, sepanjang hari dia berlaukkan air mata. Nafsu makan makin hari makin berkurang. berpantang? jangan ditanya. kelaut suda, itupun terpaksa dia jamah makanan di hadapan dia kerana dia menyusukan si adik ku.

Di mana suaminya saat dia berpantang? Daddy sejak kantoi berada di rumah wanita itu tempoh hari. Dia telah keluar dari rumah. Mesti semua tertanya mana si daddy tinggal lepas dia keluar rumah. Mestilah tinggal sama tu betina. ( emosi pulak sa tengah typing sekarang, itulah sa tulis sana betina ) Sejak saat itu, aku memberontak dan sangat membenci daddy. Setiap apa yang dia ucapkan. itu semuanya dusta dan tipu. Apa yang aku dapat gambarkan bila aku berdepan dengan daddy ku adalah wajah betina tu tersenyum sinis bila dia berjaya runtuhkan sebuah rumah tangga. Tidak kah dia terfikir tentang anak lelaki itu? You such a bitch, daddy! I hate you!

Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang mummy dan daddy tidak sah bercerai kerana si mummy enggan menandatangani surat perceraian itu. Ada yang tertanya. Adakah si daddy masih berjumpa dengan kami adik beradik? Yes! dia tidak pernah tinggalkan kami. Dia sentiasa menjenguk kami adik beradik bila ada kesempatan.

Tapi pada masa itu, kebenciaan dia terhadap mummy makin hari makin bertambah sehingga dia menuduh mummy menggunakan bomoh...Tidak terlintas sedetik di pikiran kami ingin membomoh wanita itu. Ramai yang berpendapat, si daddy telah diberi ubat guna2 sama tu betina, bencinya terhadap mummy sampaikan dia teda bulih melihat kelibat si mummy terus mood dia bertukar mendadak. Benci yang membuak2 seperti si mummy yang mencurangi dia.

End Flashback

Lelaki? langsung aku tidak percaya kata – kata yang dikeluarkan dari mulut mereka. Kata – kata manis yang dikeluarkan dari mulut mereka bertukar menjadi pahit sepahit empedu. Sering kali aku melihat kaum adam keluar masuk hotel bersama wanita lain. Bukan aku hendak mengaibkan kaum adam, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mungkin waktu itu, mindset aku kepada kaum ini sangat rendah sehingga setiap lelaki yang ingin mengorat aku. Aku abaikan. Kerana keperitan yang aku hadapi pada masa lalu,membuatkan aku hilang kepercayaan kepada kaum ini. Maafkan aku jika ada yang tersinggung dan terasa. Bukan niat berpikiran seperti itu.

Kalau teda angin masakkan pokok bergoyang, kalau tidak digoda masakkan dia tergoda. Bertepuk sebelah tangan teda akan mengeluarkan bunyi. Teda pernah dengar ayam abaikan jagung yang di hadapan tu ayam kan. Beginilah istilah yang kita tujukan bagi scandal di luar sana. Jika ingin menyalahkan, salahkan kepada kedua – dua pihak sekali. Jangan salahkan satu pihak, salahkan betina yang mengoda laki anda tapi si suami kau abaikan dan memberi peluang untuk dia berubah. Tapi wanita itu? kau maki dia cukup2 sehinggakan tiada satu pun pekara baik yang dia lakukan di dunia ini. Ingatlah, kau tu bukan Tuhan nak menghakim sesiapa dengan seteruk itu.

DAMN ( Date A Married maN )Where stories live. Discover now