💠02

1.9K 190 72
                                    


"Ne?! " jerit Eunha spontan separuh jerit. Matanya membulat besar. Terkejut beruk dengan apa yang diperkatakan majikannya itu.

"Kamu.dipecat."ujar puan Choi dengan penekanan dalam nadanya itu. Wajah terkesima Eunha ditatapnya tajam.

Bagai mahu luruh jantung Eunha apabila pernyataan itu menyapa telinganya buat kali kedua. Fikirnya dia cuma salah dengar. Malangnya tak. Mana tidak terkejutnya dia apabila sudah hampir 4 tahun dia berkhidmat sebagai pembantu rumah kepada puan Choi. Dia betul-betul bergantung kepada wanita itu saja. Dia tiada sesiapa untuk menyokong hidupnya jika dia dipecat. Ibunya sudah lama meninggalkannya tanpa dia sempat menatap wajah ibunya tika melihat dunia. Ayah? Selama 22 tahun Eunha hidup di Korea selatan ini, dia langsung tidak mendengar tentang khabar ayahnya. Dia hanya mendengar serba sedikit saja tentang ayahnya dari ibu saudaranya. Namun begitu, ibu saudaranya itu sudahpun meninggal dunia 2 tahun lalu akibat menghidapi kanser usus yang kronik.

Kalau dia dipecat, ke mana lagi dia mahu pergi?

"Pu-puan.. To--"

"Saya nak kamu pergi kemas barang kamu dan boleh keluar dari rumah ni. Hari ni jugak! Algeunni?!" arah puan Choi lantang yang sepertinya memang tidak memberi peluang kepada gadis di hadapannya itu untuk merayu.

Algeunni= faham tak?

Eunha meramas hujung bajunya kuat. Dia mengetap bibirnya. Sepasang matanya takut-takut ingin bertaut dengan mata tajam wanita itu.

"P-puan.. Jebalyo. Saya tak--"

"Kamu tak faham bahasa ke?! SAYA. PECAT. KAMU! "

Terhinjut dasyat bahu Eunha tatkala nada puan Choi naik seoktaf. Dia menundukkan kepalanya. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Bibir dikemam rapat.

Kau bodoh Jung Eunha! Kenapa kau perlu curi dengar?!

"Eunha ssi, "

Eunha menoleh belakang apabila suara datar seorang perempuan kedengaran. Kelihatan Hana sudah pun membuka pintu dengan muka mendatarnya.

Eunha mengetap bibirnya. Dia menoleh laju memandang puan Choi kembali.

"Puan, tolonglah! Saya tak berniat lang--"

Tak sempat Eunha memberi keterangan atau lebih kepada merayu itu, tangannya terlebih dahulu ditarik Hana lalu ditolak keluar dari bilik besar Choi Im Hwa itu.

Eunha terdorong ke depan. Dia  pantas memusingkan badannya untuk masuk ke dalam bilik puan Choi kembali malangnya pintu telah pun ditutup. Eunha menggigit bibir bawahnya.

Air matanya yang bertakung di tubir mata seraya tadi akhirnya mengalir jua membasahi pipi gebunya.

BAD BOY PRINCE
:02
_________________________
_________________________


"awh~mianhae, omma. Sojung tak boleh keluar harini.. "

"Ye.. Jeongmal mianhae~ minggu depan kalau sojung free, sojung balik, eo? "

Sowon yang sedang ligat bercakap di hujung talian bersama ibunya itu terganggu seketika dek pintu bilik khas untuk pembantu rumah itu diketuk.

"Ne, omma. Jaljaa~"

[C] Bad Boy Prince [J.J.K] Where stories live. Discover now