Hudds, here I come.

9 0 0
                                    

Kelibat si Pudin kelihatan berdiri meninjau-ninjau keliling seolah mencari seseorang di balai berlepas KLIA. Dia sudah memasuki barisan untuk check-in flight ke Heathrow.

"Awatlaa aku ni sama Uni dengan dia. Memang jodoh aku kot" Yulis mengeluh sambil memandang dari jauh. 

Dia dah cuba. Huddersfield University tidak masuk pun dalam senarai permohonan universiti Yulis tetapi dengan izin tuhan pihak penganjur biasiswa sudah memeterai perjanjian kerjasama dengan affiliated universities NCUK  dan penerima biasiswa terpaksa menerima sahaja pilihan universiti yang ditawarkan. "Beggars cannot be choosers" kekdahnya

Setelah SPM, Yulis melanjutkan pelajaran ke sebuah Kolej Perempuan Elit di selatan untuk peringkat A-Levels dan sebahagian besar classmates dulu termasuk Sharifuddin ke KPP Shah Alam. Arlene, walaupun tak ke sekolah hampir dua bulan masih berjaya ke Australia. 

Dan kali terakhir bertemu Pudin adalah ketika orientasi pelajar sebelum berlepas ke destinasi pengajian masing-masing. Terkejut beruk Yulis bila Pudin memberitahu mereka akan ke universiti yang sama. 

Yulis sudah mendaftar di meja penganjur dari awal lagi, cuma hati berat untuk check in. Entah bila akan bersama emak lagi. Emak yang bersusah-payah menghantar Yulis dan adik-beradik yang lain belajar kemana sahaja dengan menaiki pengangkutan awam. Untuk ke airport ini pun perjalanan sepenuhnya dengan public transport, hebatkan?? 

Kakak sulung Yulis, Herda, atau digelar Yong, mendapat perhatian ramai jejaka yang lalu lalang di terminal.  Wajahnya yang sangat cantik persis pelakon Ariana Rose dengan tubuh langsing tinggi lampai dan rambut yang naturally keperang-perangan , beralun seperti di'perm' itu memanglah guys-magnet meskipun sekarang wajahnya sekarang serius masam seperti lemon. Walaupun tanpa sebarang mekap dan rambut sekadar sanggul malas, dia sangat anggun. 

'Kalau Yong ada memang tak laa orang lelaki nak perasaan kewujudan perempuan lain' bisik hati Yulis. 

Itupun nasib baik adik Yulis, si Rachma,  tidak dapat turut serta ke KLIA kerana belajar nun jauh di Perlis. Kalau dia ada, barulah ada competition sengit dengan Yong.  Dengan wajah hindustani ala Madhuri Dixit dan body features yang sama, memang mereka setanding. Yang berbeda adalah warna kulit; Yong lebih ke putih kemerahan seperti orang timur tengah, manakala Rachma atau Cik Ma, warna madu susu yakni warna kulit keturunan India Utara. 

Kalau ada dua-dua baru best. Memang tahap jaw-drop. 

Tunggulah Juanis dengan Rahmatiani besar nanti! Dah ada potensi mengalahkan kakak-kakak mereka dari segi kecantikan. Sekarang  adik keempat dan kelima itu masih bersekolah di sekolah berasrama penuh maka tidak dapat menghantar Yulis ke lapangan terbang. Tetapi Yulis sudah membuat kunjungan farewell hujung minggu lepas.

Masa yang paling best bagi Yulis adalah melihat orang terkejut apabila nama Indonesia yang dipanggil tapi muka Arab/Hindustan yang menyahut. Dari kecil dia selalu menyaksikan peristiwa yang melucukan itu. Hanya Yulis sahaja yang tak ada masalah kesilapan identiti. Adik beradik lain semuanya sama. Puncanya, mereka mengikuti genetik emak yang 3/4 hindustan dan 1/4 melayu. Manakala abah orang Minang second generation. Yulis mengikut genetik Indo yang rendang tak berbuah tu termasuk muka pinggan hidung pesek takde cheekbone. Abah yang menentukan nama anak-anak memang tak bagi peluang langsung kepada orang lain untuk mencadangkan nama. Nama indonesia juga pilihannya meskipun sah-sah muka hindustan.

Sebenarnya Yong masam mencuka kerana tidak puas hati Yulis dibenarkan untuk belajar keluar negara. Dari zaman Yulis A-level lagi Yong dah mengamuk. Kalau nak ikutkan amukan Yong ada asasnya. Mana dia tak sakit hati, dia sudah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom untuk kursus TESL tetapi dipaksa menolak tawaran dan akhirnya belajar di UITM Shah Alam.

"haihlaaa Yong, mana laa mak nak bagi pergi. Yong tu cantik sangat. Mak takut nak lepas anak mak yang lawa meletop pergi tanpa supervision. Nanti baru first semester dah mintak kahwin sebab ramai sangat orang minat. Lain laa Yulis, sapa pun tak nak. Memang takde potensi nak kawin kat sana" itulah jawaban Yulis apabila Yong memulakan pertikaian.

Ketidakpuasan hati itu berlarutan sehingga ke hari Yulis akan berlepas. Tetapi kehadiran Yong  menghantar Yulis di lapangan terbang  itu sudah cukup untuk Yulis sebagai tanda kasih kakak kepada adik. 

Si Rachma pun rupanya mendapat offer ke luar negara, tetapi dia dengan sukarela menolak tanpa memberitahu emak atau ayah. Dia dah boleh agak kot keputusan mereka. Cik Ma memang brutal sikit. Dia lebih boyish, lasak dan keras berbanding Yong yang dari kecil memang drama queen. 

'Susah juga jadi cantik ni kann. Syukur aku tak cantik, jadi aku dapat fly ke UK, yeay!!' Yulis tersenyum lega.

Emak, yong dan Mak Long dipeluk berkali-kali. Pesanan demi pesanan dititipkan. 

Hati Yulis bagai nak terbang. Sedikit masa lagi dia akan bebas. Bebas dari perbandingan. Bebas dari inferiority complex yang selama ini mengongkong diri. Bebas untuk membina identiti kendiri yang baru.

'Tapi macam mana aku nak lari dari masa lalu kalau bayangnya masih mengekori aku?' protes hati Yulis. 'Dah laa satu U, satu course pulak tu! Haish !! Why laaa??'

'Tu dia kat depan, tengah menyengih menunggu kat depan tu. Haiyooo! Macam mana nak lari ni?'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AntagonisWhere stories live. Discover now