Arlene

5 0 0
                                    

Yulis termenung sambil memeluk kedua lutut. Bahu kanannya direbahkan bersandar ke dinding tangga.  Tapi dia masih dalam keadaan tenang.Mindanya menerawang jauh.

Wajah Arlene yang sentiasa ceria dan gelak tawanya yang takde control itu masih dirindui separuh mati. She was the class clown. Ada saja lawak jenaka yang keluar dari mulutnya yang macam mak nenek. Arlene juga rakan sebilik Yulis dari tingkatan empat. Katil pun bersebelahan sahaja. Setiap hujung minggu dia lah yang akan menjamu satu dorm dengan masakan homemade. Rumahnya tersangat dekat dengan sekolah. Kadang-kadang sekiranya ada masakan istimewa, adiknya akan berdiri di tepi pagar dekat padang meminta tolong orang sampaikan bekal kepada kakak kesayangan.  Rezeki kami juga lah maksudnya.  

Namun, sebulan lalu segalanya berubah.  Arlene telah ghaib dari kelas prep petang dan apabila kembali ke kelas, dia seperti orang lain. Arlene berubah menjadi terlalu pendiam. Dan, apabila di bilik air, dia akan berada dalam shower berjam-jam sehingga tidak pergi ke kelas prep malam. Banyak kali dia ditangkap warden, tetapi tak ada perubahan. Mandi dari subuh sampai pukul 10 pagi, kelas pagi semua ponteng. Bila petang , mandi sampai tengah malam, kadang-kadang sampai pukul 2 ke 3 pagi. Ada sekali tu pelajar junior yang bangun awal subuh syafie menjerit terkejut melihat Arlene tidur lena di atas buaian besi depan bilik mandi. Keadaan Arlene yang semakin parah memaksa pihak sekolah menghubungi waris Arlene untuk membawanya keluar dari asrama dan sekolah. Arlene cuba terjun dari tingkap empat asrama semasa waktu permainan petang.  Mujur ada pelajar yang kebetulan ponteng dari pergi ke padang ternampak dan menarik Arlene dari terjun beranda. Menurut cikgu kelas, Arlene mengalami penyakit kemurungan major [major depressive disorder]. Yulis sendiri sampai kesudah tidak dapat clue punca kemurungan Arlene. Dia tidak pernah bercerita. Cuma menangis dan terus menangis.


AntagonisWhere stories live. Discover now