1

14 1 1
                                        

Aku membuka mata...kini hidup ku bukan lah seorang anak kepada penagih dadah lagi...hidup ku berubah seratus peratus apabila pada hari yang tak akan aku lupakan itu berlaku..

Ayah ku merupakan penagih dadah...dan aku bersama 3 lagi adik beradik ku hidup sensara dengan nya apabila si bapa selalu pulang kerumah dengan keadaan mabuk...

Dan pada suatu hari yang aku tak akan pernah lupakan....dimana ayah yang selama ini aku sayang dan kucinta..membunuh ibu ku didepan mata ku dan adik adik ku...ketika itu usia ku baru mencecah 17 tahun pada tanggal 9 December...dimana tanggal hari lahir ku dan hari dimana ibu yang dikasihi mati dibunuh oleh ayah ku sendiri..

Ayah jatuh terjelupuk selepas menikam ibu...kami empat beradik berlari merapati ibu yang sudah separa sedar..

"Ibu..jangan tinggalakn kami.."jerit adik adik ku..aku?hanya melihat mereka...air mata ku tidak mengalir...bukan kerana tidak sedih,namun tiada air mata yang mahu keluar ketika itu.

"Ini lah yang Ayah rasa yang terbaik untuk keluarga kita?"soal ku sinis...sambil senyum tangan aku menggenggam tangan ibu yang semakin sejuk...bertahan ibu!

"Ayah rasa dengan bunuh ibu ayah akan lepas?"soal aku lagi...

"Kau tak tahu apa apa Ash"bentak ayah..mata nya melirik ke arah tangan yang menggeletar...tangan yang sudah membunuh istri nya sendiri...

"Ayah sedar tak apa yang ayah buat sekarang ni?ayah sedar tak?"marah aku...aku menahan kemarahan yang membuak buak...hati anak mana yang tak marah dan sedih apabila ayah sendiri membunuh ibu didepan mata dia dan adik adik?

"Aku...aku..terpaksa.."kata ayah perlahan

"Terpaksa kepala hotak kau!"jerit aku...sungguh aku geram...didepan mata aku sekarang bukan lah ayah aku lagi...dia IBLIS !

"Along...ibu long...ibu"jerit adik lelaki ku...Ya Allah...ibu dah tak bernafas...

"Ya Allah.."jerit aku...aku bangkit terus memapah ibu...

"Angah...kau pimpin adik adik ikut along...kita tinggalkan manusia tak guna ni!"jerit aku...adik adik aku bergegas ikut aku

"Kau nak kemana anak sial?"soal ayah yang sedang mabuk ..

"Kemana sahaja asal kami tak akan jumpa manusia macam kau lagi...aku tak akan biarkan adik adik aku terseksa lagi lepas ni sebab aku tak akan biarkan kau bebas dari perbuatan yang telah kau lakukan ni."balas ku dalam bengis...kebetulan masa tu hujan lebat...seperti menangisi pemergian ibu kami dan menangisi pengakhiran keluarga ini.Kami berempat bersama sekujur tubuh ibu yang sudah sejuk berlari dalam hujan tanpa arah tuju..

"Along...Arrisya dah tak larat long"kata Angah..aku berpaling memerhati adik bongsuku Putri Arrisha..yang masih berumur 4 tahun...yang sewaktu itu hanya tahu menangis apabila melihat ibunya yang tidak merespon apabila dipanggil.

"Kau gendong dia macam aku gendong ibu..achik kau bertahan okey?sikit lagi nak sampai ke hospital..."kata ku perlahan. Ya! hospital..hospital lah tempat yang ingin kami tuju,untuk menyelamatkan ibu? mungkin?

"Baik long"jawab angah...yang mana masa ini dia berusia 15 tahun..Putera Umar Shahfyt.Kami melangkah menuju ke hospital dalam keadaan basah kuyup..

Tiba di hospital

"Akak tolong akak...ibu saya kena tikam..."jerit aku pada jururawat di situ

"Astarafirullah...cepat cepat..."jerit jururawat itu kepada kawan kawannya.mereka menolak ibu masuk ke kawasan kecemasan.Pelbagai alat dipasangkan ke badan ibu,bermacam cara digunakan,berapa ramai doktor yang datang untuk mengembalikan nyawa ibu yang sebenarnya sudah tiada.

The True LoveWhere stories live. Discover now