SABRINA

47 3 0
                                        

"Bangun semua! Selamat pagi, Cikgu!"

"Selamat pagi, Cikgu!" Suara pelajar-pelajar dari bilik darjah 6 Anggerik bergema.

"Selamat pagi semua. Hari ini kita ada satu orang pelajar baru. Nama dia Melisa. Melisa, sila perkenalkan diri," ucap Cikgu Emily.

"Hai, semua. Nama saya Melisa Anabilla. Panggil saya Lisa saja. Saya baru pindah di sini. Saya harap kita boleh belajar sama-sama."

"Uiyohh... lawalah!" Willis, si budak nakal mula mengusik.

"Hai, kirim salam. Nama saya Nario. Panggil saya Rio saja," Nario, juga kawan karib Willis tidak mahu ketinggalan.

Bilik darjah bising dengan suara mengejek dan gelak ketawa. Cikgu Emily menggeleng sambil tersenyum.

"Sudah! Jangan buat bising. Melisa, tempat duduk kamu ada di belakang sana."

"Terima kasih, Cikgu."

Melisa mula berjalan ke arah dua set meja belajar yang kosong di penjuru kelas. Semua pelajar diam sambil mata mereka tidak lepas dari terus memandang pelajar baru itu.

"Uik... dia duduk di sana lah!" bisik MeiMei.

"Shhh... jangan bising! Nanti Cikgu marah," balas Atikah.

"Cikgu!" tiba-tiba, Amir menyampuk.

"Ya, Amir? Ada apa?" tanya Cikgu Emily.

"Err... kenapa Cikgu suruh dia duduk di situ?"

Cikgu Emily memandang Amir dengan satu renungan yang tajam. Serta-merta, langkah Melisa pun terhenti. Dia pusing belakang, menunggu jawapan Cikgu Emily. Soalan Amir membuatkan Melisa berasa ragu-ragu.

"Amir, memanglah itu tempat duduk si Melisa. Lagipun kosong juga, kan? Sudahlah. Kamu ni, ada-ada saja. Melisa, pergi duduk di sana," Cikgu Emily dengan pantas menjawab persoalan Ketua Kelas tersebut.

"Tapi, kan ada lagi tempat duduk kosong di sebelah sini? Kenapa mesti duduk di sana?" Amir tetap tidak mahu mengalah.

"Amir..." Cikgu Emily membuat muka serius. Akhirnya Amir diam.

"Isshhh... kau ni, Mir. Berani juga kau tanya Cikgu Emily macam tu..." bisik Eric.

"Yalah. Takkan kau tidak tahu apa yang akan jadi kalau ada pelajar duduk di situ?" balas Amir, tidak puas hati.

"Kebetulan saja bah tu, Mir. Tiada kaitan la tu saya rasa."

"Bah, kita tengok la satu minggu dari sekarang. Kalau ada apa-apa sama tu budak baru, bererti betul la tu," ujar Amir.

"Kau ni, Mir. Terlampau betul mau percaya yang begitu," balas Eric.

"Bah, kita tengok saja."

-MASA REHAT-

"Hai, nama saya Hanani."

"Saya Penny."

"Hai, Melisa. Saya Sarah."

Melisa tersenyum. Belum sampai beberapa jam, sudah ramai kawan yang dia kenal. Semua mesra, peramah dan baik hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SABRINAStories to obsess over. Discover now