"Ada apa-apa lagi ke selain daripada appointment saya pukul 10 nanti cik Ira? " ujar Syafiq kepada setiausahanya.
"Oh bos ada temu janji dengan anak Dato Imran pukul 2 nanti. "
"Okay itu awak cancelkan. "
"Tapi bos, datin kata bos mesti pergi temu janji ni."
"Saya bos kamu ke datin bos kamu? "
"Err mestilah bos. "
"So dengar cakap saya. Cancelkan. " ujar Shafiq dengan muka bengis.
"Baik bos. "
🌻🌻🌻
"Fiq! Oh Fiq! " jeritan Datin Maimunah mampu memecahkan gegendang telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.
"Mummy apa jerit-jerit tengah malam ni." ujar Shafiq sambil melangkah turun daripada tangga.
"Mummy tak suka apa yang Fiq dah buat! Berjam Nabilah tunggu Fiq. Kenapa Fiq tak habis-habis malukan mummy? "
"Mummy sendiri yang malukan diri mummy sendiri. Kan Fiq dah cakap Fiq tak suka Mummy aturkan temu janji tu semua. Fiq dah besarlah mummy. Pandai lah Fiq cari jodoh Fiq sendiri. "
"Amboi kamu Fiq. Kalau tunggu kamu cari sampai ke sudah tak adanya. Mummy teringin sangat nak cucu. Kamu tu bukannya muda mana! Apa kurangnya si Nabilah tu, baik, sopan santun, cantik. Memang layak jadi menantu Mummy!"
"Eeuww mummy budak selekeh tu? Tak nak lah mummy. Fiq anggap dia macam adik Fiq je. Mana boleh Fiq dengan dia. A big NO for that mummy!"
"Eh itu dulu Fiq, sekarang ni dia dah lawa. Pakai tudung lagi tau! "
"No no no. Fiq tak nak mummy. Please lah faham. Lagipun Fiq tak mahu kahwin. "
"Yang tengok anak awak ni! Dia tak mahu kahwin. " Datin merengek kepada suaminya sambil membuat muka sedih.
"Bukan macam tu Mummy, Fiq cuma tak ready lagi. "
"Sampai bila kamu nak ready Fiq?Mummy kamu ni hah tak menyabar nak cucu. Kalau syarikat gah tu pun kamu boleh uruskan tak akan rumah tangga kamu tak boleh uruskan. Daddy pasti Fiq dapat jadi ketua keluarga yang baik. "
"Eh Daddy ni. Kenapa tak back up Fiq? " ujar Shafiq mencebik.
"Daddy risau. Kamu tak pernah ada teman wanita. Kamu tak songsangkan, nak? "
"Eh Daddy! Apa ke situ pula? Fiq straight okay. Hmm macam ni lah. Apa kata daddy dengan mummy bagi Fiq 3 bulan untuk cari jodoh Fiq sendiri? Kalau Fiq tak jumpa juga baru Fiq terima je calon bakal bini yang mummy nak kenalkan. Hah macam mana? Boleh? "
"Hah! Betul ni Fiq? Mummy tak salah dengarkan? " ujar Datin Maimunah dengan penuh teruja.
"Ye mummy. Fiq masuk tidur dulu ye. Lewat dah ni. Esok ada meeting lagi. "
"Hah yelah nak, pergilah tidur ye sayang. Eee tak sabar nak dapat menantu! " Datin Maimunah terkinja-kinja kegembiraan.
"Terima kasih Yang tolong saya tadi." ujar Datin Maimunah sambil memeluknya suaminya.
"Anything for you my love." ujar Dato Ali sambil mencium kepala isteri kesayangannya itu.
🌻🌻🌻
KAMU SEDANG MEMBACA
Blind Date?
RomansaAturan blind date daripada mummy membuatkan Syafiq berasa sungguh rimas. Tapi siapa dia nak menolak takdir dan jodoh? *hmm mcm tak ada kaitan. Lantaklah tak tahu nak tulis apa. Wakakaka* Baca tau dan jangan lupa vote. Tenqiuu!
