OVERTIME

15 0 0
                                    

"Saya nak tengok design untuk cover book itu esok juga ! Take note siapa yang in charge dalam part ini, Kalau tak mampu buat, boleh berhenti kerja serta-merta. Thank you! Semua boleh bersurai !"

Suasana dalam bilik mesyuarat agak tegang. Para pekerja dalam bilik mesyuarat kelihatan begitu tidak puas hati dengan tindakan En Ridzuan, pengurus syarikat D'Graphic yang terletak di tengah ibu kota. Mana tidaknya, semua tugasan diberitahu last minute. Nak hasilnya kalau boleh hari itu juga. Sudah lah hasil kerja mahu cepat, bayaran pula lambat masuk. Tidak padan dengan tenaga pekerja yang sikit, dikerahnya pula dengan pelbagai kerja. Syarikat ini mempunyai 6 orang pekerja sahaja termasuk 2 pelatih industri. Irfan dan Fahmi merupakan pelatih industri dalam bahagian pereka grafik.

Pelatih industri ini hanya nama spesifik sahaja. Kalau nama sebenar, kuli atau hamba kepada sesebuah syarikat. Ya, begitulah apa yang terjadi kepada mereka berdua. Baru sahaja mendaftar masuk ke dalam syarikat, sudah ada tugasan yang diberikan. Pada mulanya mereka masih okay, tenang seumpama air tetapi lama-kelamaan En Ridzuan sudah melampaui batasnya. Tugasan yang patut disiapkan dalam tempoh seminggu, dikerahnya untuk siap esok. Alasan yang diberikan hanya "jimat masa", "lebih efficient". Itu saja alasan yang mampu diberikan.

"Jadi kena overtime lah kita ye hari ni?"  kata Irfan sambil merengus keletihan.

"Nampak nye gitu lah bosku, macam tak biasa pula jadi hamba abdi bos kesayangan kau, nasib dah nak habis praktikal kita kat sini, kalau setahun lagi, mahu aku bakar dah company ni." ketawa jahat si Fahmi sambil makan kudapan yang dibeli semasa tengah hari tadi.

"Tapi aku rasa macam malas lah weh, aku tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Sakit kepala lagi" merungut Irfan sambil memicit kepalanya.

"Eleh kau ni, banyak benar alasan ? Cer jujur je yang kau nak pergi dating dengan Farisha. Tak perlu nak mengelat macam ular lah weh." Fahmi sudah tahu tanduk si Irfan ini. Biasalah manusia yang baru nak bercinta ni, ada saja alasan semata-mata nak jumpa buah hati.

"Kau cover aku eh ? Nanti aku belanja kau Roti John Titiwangsa, apa macam ? Bukan satu aku beli, dua aku kasi. Special untuk kau, even dekat Farisha pun aku bagi makan angin je. Dekat kau yang sahabat dunia akhirat ni ? Memang aku bagi seluruh jiwa raga aku lah." umpan Irfan bertalu-talu kepada Irfan.

"Ye la, aduh kau ni macam tak biasa pula. Kalau boleh kau tapaukan aku Oden Family Mart okay. Balik nanti memang aku nak melantak teruk la habuan aku hahaha" kata Fahmi.

"Noted ! Untuk kau apa saja aku boleh buat. So untuk kerja ni, aku dah sketch, kau cuma add warna je. Kalau nak add-on sketch pun tak apa, asal nampak hasil tangan kita ni sudahlah. Kau kan pro bab menambah ni. I put my trust on you baby" kata Irfan sambil mahu mengucup pipi Fahmi.

"Argh kau ni, nak LGBT kau sorang2 je lah. Jangan ajak aku, aku straight lagi" marah Fahmi sambil mengelap pipinya yang dicium Irfan.

Jam menunjukkan pada pukul 9.00pm, Irfan sangat leka membuat kerjanya tetapi dia merasakan bahawa kerjanya seperti tidak bergerak. Ada banyak lagi yang perlu disiapkan. Sepatutnya kerja ini perlu disiapkan bersama kumpulan. Tetapi alih-alih, Fahmi juga perlu siapkan. Maklumlah budak praktikal, semua kerja hanya diletakkan di atas kepala saja. Fahmi sangat positif orangnya. Dia mengambil kerja ini sebagai pengalaman untuknya pada masa akan datang. Fahmi berhasrat untuk bekerja sebagai freelancer selepas menamatkan pengajian.

Kerja yang dibuat sudah menunjukkan sedikit hasil. Sudah 70% karya yang dibuat dan hampir siap. Fahmi bercadang untuk menyiapkan 100% kerjanya dan baru dia pulang. Jam menunjukkan pada pukul 11.00pm , keheningan malam dapat dirasai. Penghawa dingin dimatikan sekejap kerana Fahmi kini berasa sangat sejuk umpama dalam peti sejuk. Fahmi memakai jaket tebal sambil menyandar ke kerusi dan memandang siling. Dia kini berasa sangat mengantuk. Menguap sehingga mengalir air matanya.

" Huish mengantuk sangat ni, dapat power nap sat ni lega dah " katanya sambil melihat ke arah jam dinding. Tanpa berfikir panjang, dia terus meletakkan kepalanya ke atas meja sambil memasang lagu jiwang di Youtube Music. Akhirnya, dia tidur jua. 

Jam menunjukkan pukul 1.00 AM.

Fahmi terjaga dengan pantas sambil menggosok matanya. Dia sudah tersasar dari anggaran masanya. Fahmi lantas menghidupkan semula komputer yang di dalam mode Sleep untuk menyambung kerjanya. Alangkah begitu terkejutnya dia melihat sketch yang dibuat sudah hilang. Dia berasa hairan, bagaimana boleh hilang ? Sedangkan setiap kali jeda , dia akan klik butang save. Dia masih ingat sebelum dia berehat tadi, dia sudah tekan save banyak kali. 

Fahmi sangat kusut, menggaru kepala yang tidak gatal itu. Segera dia menelefon kawan baiknya, Irfan untuk memberitahu tentang hal yang terjadi. Tetapi signal telefon menunjukkan simbol E. Irfan tidak dapat dihubungi. Dia pun bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah pintu keluar untuk mendapatkan signal. Sedang berjalan, dia merasakan ada yang menarik kakinya dan menyebabkan dia terjatuh. Tiba2 elektrik juga terputus. Fahmi sudah berasa tidak sedap hati. Dia ingin memastikan tiada apa yang berlaku. Lalu dia menyuluhkan lampu suluh telefonnya untuk melihat sekiranya ada benda di bawah meja.

Fahmi terkaku saat dia sedang nampak kelibat di bawah meja itu. Sepasang mata putih sedang menatapnya sambil tersenyum.

 Sepasang mata putih sedang menatapnya sambil tersenyum

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Fahmi tak fikir panjang. dia terus lari ke pintu keluar. Dia menarik sekuat hati pintu tersebut namun tidak dapat dibuka kerana kunci akses tertinggal atas meja. Fahmi mula berteriak menjerit pertolongan dari dalam pejabat namun tiada siapa mendengar. Makhluk yang dilihat tadi mula merangkak keluar dari meja tersebut dan berjalan sambil membongkok menuju ke Fahmi. Fahmi lari ke arah tingkap pejabat dan ingin membukanya.

Makhluk tersebut mengesot ke arahnya lalu berkata " Janganlah lari cu, marilah main sama nek. Nek sunyi cu " . Dia mengesot lalu bernyanyi sambil berketawa " Nenek nenek si bongkok tiga , siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada , nenek ku kahwin dengan anak raja "

Fahmi menangis ketakutan kerana ini kali pertama dia mengalami pengalaman seperti ini. Dia duduk dan pejam mata dan berharap ini adalah mimpi. 

Tiba-tiba dia merasakan ada yang menghembus ke telinganya lalu dia mendengar makhluk itu berbisik 

" Cucu-cucu tak dapat lari , Nenek tua banyak sakti, Sekarang nenek nak cari ganti, Siapa kena dia yang jadi " 

Kedengaran teriakan Fahmi di seluruh ruang pejabat itu dan tiba-tiba senyap seperti sediakala.

Kini, Fahmi dilaporkan hilang tanpa dikesan.

1.00 AMحيث تعيش القصص. اكتشف الآن