Keadaan bilik yang masih kemas membuat bibirnya tersenyum suka. Keadaan rumah ini masih sama walaupun ibu dan ayahnya sudah lama pergi.

"Saya tak sangka awak masih simpan rumah ni dalam keadaan baik" Deu Rim meletakkan tas tangannya di atas meja. Dia kemudian mengambil tempat duduknya di atas sofa.

"Ini satu-satunya rumah yang selamat untuk ibu duduk dulu. Kau pun tahu ayah sibuk macam mana sampai tak dapat nak lindung ibu. Rumah ni bagaikan pengganti ayah" Jungkook melangkah mendekati Deu Rim yang duduk di atas sofa.

"Rumah ni jugak jadi tempat dated yang pertama kita dulu"

"Jangan nak ungkit eh , aku demam masatu sebab tu aku suruh ibu call kau"

Deu Rim mencuit hidung lelaki itu kemudian berlari ke tingkat atas dengan tawa. Teringat pula kenangan dia bersama ibu Jeon dulu.

"Kalaulah ibu masih hidup masa tu , mesti saya dengan Jungkook tak akan berpisah"

Deu Rim mengusap gambar ibu Jeon yang masih tergantung elok di dinding.

Keluarga Jeon begitu baik kepadanya walaupun dia anak yatim piatu yang tiada keluarga mahupun saudara. Mereka melayan Deu Rim seperti anak mereka sendiri. Lebih manja berbanding Jungkook.

"Salah aku yang tinggalkan kau. Aku yang buta masa tu"

Deu Rim menoleh ke tepi. Wajah Jeon Jungkook yang berdiri sebelahnya dipandang.

"Saya tahu awak masih sayangkan saya"

Deu Rim melentokkan kepalanya ke atas bahu Jungkook.

⚪️⚪️⚪️

Taehyung menggengam telefonnya. Berkali - kali dia mendail Deu Rim namun masih tidak diangkat.

"Kau tak akan boleh lari dengan dia"

Taehyung mengusap gambar Deu Rim yang dijadikan sebagai wallpaper telefonnya. Kemudian dengan segera dia mendail seseorang.

Seseorang yang boleh membantunya untuk memusnahkan Jungkook dan Deu Rim.

"Hello... Yoojung"

Dengan wajah yang serius , dia menapak meninggalkan kawasan rumah. Taliannya masih bersambung dengan wanita itu.

Lucas memegang palang tangga itu dengan kuat. Dia memandang bayang Taehyung yang semakin hilang dari pandangan matanya.

Dia tahu segalanya. Apa yang berlaku antara Jungkook dan Deu Rim. Kisah antara Taehyung dan Yoojung yang menjadi orang ketiga. Dia tahu apa yang mereka tidak tahu.

⚪️⚪️⚪️

"Taehyung suruh saya balik. Saya kena selesaikan misi terakhir"

Deu Rim meletakkan telefonnya. Mesej daripada Kim Taehyung baru sahaja dia dapat. Seperti biasa , Taehyung menyuruhnya pulang ke rumah secepat mungkin.

Tetapi yang berbeza , kali ini dia disuruh balik untuk menyelesaikan satu misi. Segala tanggungjawab diletakkan di atas bahunya.

Dia memandang Jungkook , wajah lelaki itu ditatap lama.

"Kenapa?" Soal Jungkook yang sedar dirinya diperhatikan.

"Tak ada apa" Deu Rim mengambil tas tangannya.

"Kena balik?" Jungkook berdiri lalu berjalan membelakangi Deu Rim.

"Janganlah marah" Deu Rim mengeluh. Dia tahu Jungkook akan terasa hati dengan kelakuannya.

"Kau percaya tak pada takdir?" Soal Jungkook tiba- tiba. Walaupun dia tidak memandang wajah Deu Rim ketika ini.

"Takdir kita indah , kita berpisah buat beberapa tahun dan berjumpa semula dengan satu perasaan yang sama" Jungkook akhirnya menoleh ke arah Deu Rim. Wajah gadis itu akhirnya dipandang.

"Namun , kita berjumpa dalam keadaan yang salah" Sambung Deu Rim. Dia mendekati tubuh Jungkook ,bibir lelaki itu dikucup perlahan.

"Apa pun yang kau lakukan. Tolonglah.. jangan tinggalkan aku.."

"Saya janji , saya tak akan tinggalkan awak.." Deu Rim mengukirkan sebuah senyuman manis buat lelaki itu. Dia melepaskan tangannya yang menggenggam erat tangan Jungkook.

"Selamat tinggal.." Deu Rim menapak meninggalkan rumah Jungkook. Airmatanya mengalir laju saat dia tiba di luar kondominium itu.

"Misi kau yang terakhir , bunuh Jeon Jungkook"

"Sama ada dia mati atau tidak , kau akan bebas selepas tu"

"Aku tak mampu nak bunuh dia.."

Bersambung...

Siapa tak faham?

Tak , memang aku akan buat kau tak faham selagi tak sampai ending HAHAHAHAA.

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now