Mereka yang mendengar ganjaran itu terus ternganga luas.

"Setakat satu juta, saya naikkan sepuluh juta ringgit," celah makhluk itu berubah corak berbelang kepada corak betompok seperti cheetah.

"Kau jangan menyampuklah," kata Danial Nabil geram.

"Saya naikkan lagi... satu billion ringgit!!" Sinis.

Danial Nabil terus menyerang harimau itu dengan pisau getah khas. "Kau diamlah!"

Hakikatnya, makhluk tersebut berjaya mengelak dengan pantas. Danial Nabil terus menyerang dan menyerang manakala makhluk itu terus mengelak dan mengelak. Para pelajar mengagumi pertarungan itu. Pantas dan cekap pertarungan itu.

"Sepuluh juta ringgit! Muktamad!" tegas Danial Nabil, geram.

~End Throwback~

Iskandar mengeluh lagi. Agak mustahil nak bunuh sasaran berkelajuan cahaya.

Zulfadlie mendekati Iskandar. "Kandar, jom buat plan nak bunuh harimau tu."

Iskandar sekadar mengangguk, melihat Zulfadlie bersama Syamil dan Raviendra.

⭐⭐⭐

"Kau ada apa-apa info tak pasal harimau tu?" soal Zulfadlie berdiri menghadap Iskandar.

Iskandar terdiam seketika lalu bersuara. "Sepanjang hari pertama ni, aku perasan yang bulu cikgu berubah corak ikut mood... kalau korang perasanlah."

"Aku tak nak dengar semua tu. Apa yang aku nak sampaikan, aku ada kerja untuk kau."

Beg saku kecil dilontar perlahan lalu disambut.

"Buat kerja elok-elok, okey!" pesan Zulfadlie terus beredar dari situ.

Zulfadile dan dua kawannya beredar dari situ, meninggalkan Iskandar bersendirian. Iskandar mengeluh kecil lalu memandang kelasnya yang diperbuat daripada kayu, tidak macam kelas lain.

Semua pelajar diskriminasikan pelajar F sebagai Kelas FULL (Fakehope. Useless. Lack. Loser.). Kelas F terletak jauh dari perkarangan sekolah, bahkan jauh di pendalaman hutan. Terdapat enam kelas dalam tingkatan lima secara dasarnya. Kelas F hanyalah kelas tambahan.
Kelas A, aliran sains tulen.
Kelas B, aliran akaun.
Kelas C, aliran perniagaan.
Kelas D, aliran seni.
Kelas E, aliran ekonomi rumahtangga.
Kelas F, bebas tiada aliran.

Ketika tingkatan empat, keputusan peperiksaan Iskandar merosot menyebabkan dia bertukar kelas D ke kelas F. Dia dipinggirkan.

"Haih," keluh Iskandar, perlahan.

Guru Iskandar datang tiba-tiba di depan Iskandar. Roket peluru berpandu dipegangnya. Taufu Fa dinikmatinya.

"Oh, hai, Iskandar! Cikgu ada hadiah untuk kamu," ucap guru itu tidak hilang senyumannya.

"Err... Tak apalah, cikgu. Simpanlah hadiah tu. Susah-susah je," balas Iskandar tersengih.

Loceng kelas berbunyi.

"Okey, sekarang, Bahasa Melayu. Jom masuk," pinta guru itu.

Iskandar mengangguk.

⭐⭐⭐

Kapur putih ditulis pada papan hitam. Para pelajar menumpukan perhatian pada pengajaran. Farah Yasmine yang duduk di sebelah Iskandar, memanggilnya perlahan.

"Iskandar, tengok bulan tu," pinta Farah Yasmine, lembut.

Iskandar melihat bulan sabit yang tergantung di angkasa.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now