Mardiyah menggeleng. "Addy tak tahu. Addy marah dengan Mar tapi.. Mar tak tahu apa-apa. Addy sayang Mar. Addy juga sayang Luth. Addy.." air mata makin laju bercucuran.

Tubuh Mardiyah dipeluk lembut. Belakang tubuhnya ditepuk-tepuk dengan belakang tangan dek sarung tangan yang kotor masih belum dikeluarkan.

"Dia sekarang suami Mar. Addy kena terimalah benda tu."

"Tahu, tapi susah ma."

"Awak ada anak-anak. Awak tumpu aje perhatian awak pada anak-anak."

Mardiyah diam dan hanya menangis. Kadang-kadang lari jauh-jauh konon untuk tenangkan diri pun tak setenang dipeluk ibu sendiri. Seakan hilang semua kekusutan di kepala.

PENGGERA dari telefon bimbit berbunyi menandakan sudah jam 6 pagi. Mareeya buka mata perlahan-lahan dan mematikan penggera itu. Dia menggeliat kecil. Dia toleh ke kanan. Kosong. Luth tiada.

Dia tak faham kenapa mimpi kemalangan 24 tahun lalu makin kerap bertandang ke dalam mimpinya. Mimpi itu sentiasa berhenti pada wajah kanak-kanak lelaki terakhir yang dia lihat di bahu jalan sebelum matanya terpejam semula.

Tekak yang terasa kering membuatkan Mareeya terpaksa untuk turun ke bawah untuk minum. Pelik. Di dapur juga kelibat Luth tidak kelihatan. Ruang tamu juga tiada. Mareeya naik semula ke bilik.

Telefon bimbit Luth tiada.

'Mana pula laki aku ni pergi awal-awal pagi macam ni?' Eh laki aku?

Mareeya ikat tinggi rambutnya dan terus masuk ke bilik air untuk mandi dan solat Subuh. Dia kerja ke? Sempat Mareeya berfikir sementara air berpusu lari keluar dari corong shower.

Usai mandi, kelihatan kelibat Luth berpeluh sedang menanggalkan earphone dari telinga. Terkebil-kebil Mareeya dibuatnya. Kawasan bahu yang terdedah dek berkemban segera ditutup dengan tangan.

"Dah mandi?" tanya Luth selamba seraya mencapai tuala.

"Dah." Jawab Mareeya ringkas tapi teragak-agak. Luth pandang Mareeya. Gadis itu telan air liur dengan mata membulat. Segannya tak tahu macam mana.

"Solat sekali eh." Sengih Luth lantas masuk ke dalam bilik air. Mareeya tersedu sekejap.

Usai solat berjemaah, Mareeya mencari kemeja putih yang dia gantung semalam untuk disterika. Tapi tidak jumpa. Jenuh diselongkar almari, daripada pakaian yang bergantung hingga ke pakaian yang berlipat. Tapi tidak jumpa. Rasanya semalam dia ada gantung di hadapan pintu almari. Mana dia?

"Cari apa?" Luth sarung kemejanya dan membutangkan lengan baju.

"Ada nampak kemeja I tak? Semalam I gantung depan almari rasanya."

"Oh. Bilik sebelah. Tadi I iron kat bilik sebelah. Lupa pula nak bawa masuk sini."

"You ironkan baju I?" kening Mareeya terjungkit sebelah.

"Tak boleh ke?"

"Hm? Er. Thanks." Mareeya segera berlari ke bilik sebelah dan menukar pakaian di situ sahaja. Sejak tinggal dengan Luth ni, dia akan salin baju di dalam bilik air. Masih kekok dengan lelaki itu.

Mareeya turun ke bawah setengah jam kemudian. Rancangnya untuk buat sarapan pagi. Konon nak jadi 'isteri mithali'. Tapi dia lebih tercengang melihat Luth yang sedang bertukang di dapur. Lengan baju kemeja lelaki itu digulung hingga ke paras siku.

Deja VuWhere stories live. Discover now