⚪️⚪️⚪️

"Aku tak nak kau asyik berdolak dalik dengan soalan aku" Kini Taehyung pula yang menyerabutkan kepalanya. Sudahlah semua ahli EMF asyik bertanya soalan yang sama kepadanya.

"Tak, sekarang ni. Aku tak faham apa yang kau nak? Kau nak aku jelaskan macam mana yang aku memang tak jumpa dia" Deu Rim menarik wajah masam. Menyampah dengan soalan yang akan muncul dari mulut Taehyung.

"Kau jangan cuba- cuba nak sembunyikan dia dari aku" Taehyung memberi amaran kepada adiknya.

"Aku tak faham lah kenapa semua orang nak salahkan Jungkook dalam hal ni?"

"Dia bunuh tunang Lucas. Masih bukan kesalahan bagi kau Dee?" Soal Mark yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Kalau Hyemin tu tak serah diri dekat dia , semua ni tak akan jadi" Deu Rim menindas kata - kata Mark.

"Jadi sekarang ni salah dia pulak?" Soal Taeyong pula. Menoleh Deu Rim memandang lelaki itu.

"Kalau dia tak serah diri. Semua ni tak akan jadi. Easy?"

"Sekarang ni , saya rasa ini semua salah awak Dee.." Sampuk Lucas yang berada di belakang dinding.

Dia menyembunyikan dirinya kerana ingin mendengar apa yang dikatanya oleh Deu Rim. Dan ternyata amat mengguris hatinya sebagai tunang Hyemin.

"Salah kau .. sebab masih cintakan dia" Usai berkata begitu. Segera Lucas menghayun langkahnya ke tingkat atas rumah agam itu.

"Dengar sini baik - baik Dee, apa pun yang terjadi aku tak akan sesekali izinkan kau bersama Jungkook. Sampai aku mati" Taehyung menjeling adiknya lalu segera mengikut langkah Lucas ke tingkat atas.

Deu Rim pula hanya mampu terpaku. Sejak bila Lucas ada di situ?

⚪️⚪️⚪️

Jungkook berjalan menuju ke suatu tempat di sekitar bandar Seoul. Permandangan malam yang menjadi santapan matanya mampu menenangkan jiwanya yang sedang bercelaru.

Dia tersenyum gembira. Semua kerana Deu Rim yang tiba - tiba membuat keputusan untuk berjumpa dengannya di Seoul.

Dia amat merindui gadis itu. Dan benar - benar ingin berjumpa dan memeluknya.

Akhirnya dia tiba di tempat itu , wajah Deu Rim yang berada tidak jauh daripadanya dilihat. Sebelum dia berjumpa perempuan itu , dia mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya.

Butang camera ditekan. Lalu cameranya fokus ke arah Deu Rim yang sedang termenung.

Klik

Dia tersenyum puas. Gambar yang baru ditangkap dilihat penuh teliti. Sambil tersenyum manis.

Kakinya melangkah mendekati perempuan itu.

"Hai , sorry late"

"Takpe..." Deu Rim tersenyum memandang wajah Jungkook yang berada di hadapannya.

"Saya rindukan awak..." Lalu dengan perlahan Deu Rim memeluk pinggang lelaki itu.

"Aku pun..." Jungkook membalas pelukan perempuan itu. Pipi Deu Rim dikucup sekilas.

"Jangan tinggalkan aku lagi..." Deu Rim tersenyum mendengar ayat yang dikatakan Jungkook.

"Saya tak akan lepaskan tangan awak Jung..." Deu Rim memegang erat tangan lelaki itu.

"Dee , duduk belakang aku" Arah Jungkook secara tiba - tiba. Matanya tajam mencerlung seseorang yang berada jauh dihadapannya.

"Kenapa?" Baru sahaja dia ingin menoleh namun dengan segera Jungkook memeluknya erat.

"Jangan gerak... slow slow pergi belakang aku. Jangan pandang belakang" Jungkook dengan perlahan melepaskan pelukan di dada Deu Rim.

Dengan perlahan, Deu Rim menapak ke belakang Jungkook.

"Walau apa yang berlaku , jangan lari" Pesan Jungkook kepada perempuan itu. Matanya masih tajam mencerlung ke tempat yang sama. Pistol yang disimpan di kocek seluarnya dipegang perlahan.

Baru sahaja orang yang ditenung Jungkook sebentar tadi menghalakan pistol ke arahnya dan Deu Rim. Dengan pantas Jungkook mengeluarkan pistol lalu menembak ke arahnya.

BANG.

"Jung...."

"Kita kena lari.... Dee pegang tangan saya. Dan jangan lepaskan. Faham?" Pesan Jungkook kepada perempuan itu lalu dengan pantas mereka berlari meninggalkan tempat tadi.

Bersambung...

Aku expect ff ni akan habis dalam 20 bab je lmaooo dah nak ending ke ni? Huhu

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now