Drtt Drtt.

Lucas memandang telefonnya. Melihat nama si pemanggil yang sedang mendail.

"Yah Hyemin! Kau kat mana ?"

"Awak... saya dekat dalam hutan.. saya dapat lari dari Jungkook"

Tercungap - cungap nafas Hyemin. Seperti baru sahaja habis berlari. Bunyi nafasnya juga kedengaran kuat.

"Kau tunggu situ. Tolong menyorok kat mana mana tempat yang tersembunyi"

Lucas dengan segera mematikan panggilan telefonnya dengan Hyemin.

"Suprise... Jeon Jungkook"

⚪️⚪️⚪️

Jungkook menolak pintu rumah agam itu dengan kuat. Matanya melilau mencari keberadaan Daehwi. Hal ini kerana dia memberi tugasan kepada lelaki itu untuk mengawasi Hyemin yang sedang tidur di dalam kamarnya.

"Hwi.. HWI!"

Mendengar tiada sahutan daripada lelaki itu. Segera Jungkook berlari ke tingkat atas.

Jungkook memejam rapat matanya saat dia melihat Daehwi sudah jatuh pengsan di hadapan bilik Hyemin sambil berlumuran darah.

Sial , dia larikan diri. Batin Jungkook.

Jungkook berlari ke tingkat bawah. Dia harus mencari Hyemin walau apa pun yang terjadi. Pistol yang diletakkan di atas meja makan dicapai.

"Tiada pilihan. Dia yang akan bunuh kau"

Baru sahaja Jungkook ingin membuka pintu rumah agam itu. Namun pintu itu sudah terbuka dahulu.

"Jung? You nak pergi mana dengan pistol ni?"

Sekali lagi Jungkook merasa ingin menembak dirinya sendiri. Segala rancangannya musnah begitu sahaja.

Wajah Kim Yoojung dipandang tajam. Bagaimana perempuan itu boleh tahu tentang semua ini?

"Kau buat apa kat sini?" Soal Jungkook dingin. Nafasnya yang terburu - buru dibetulkan supaya tenang dan sekata.

Pistol yang dipegang disimpan kembali di dalam poket.

"Nak jumpa kesayangan i ni la.. kenapa? Salah ?"

Yoojung tersenyum manis sambil mencuit dagu Jungkook. Walaupun hakikatnya dia ingin meludah wajah lelaki itu atas segala perbuatannya selama ini.

"Kau jangan kacau aku buat masa sekarang" Jungkook menepis tangannya lalu melangkah keluar dari rumah. Sial , sungguh sial hidupnya hari ini.

Sudah lah proses dadah tidak berjalan lancar. Tambah pula dengan rancangannya untuk mendapatkan Deu Rim terkubur begitu sahaja.

Bunyi kuat dari kereta lelaki itu semakin menjauhinya. Yoojung mengepal penumbuknya. Dia mengetip rapat bibirnya , agar kemarahannya tidak meletus.

"Kau memang nak tengok dia mati"

⚪️⚪️⚪️

Deu Rim memandang permandangan di kawasan luar. Akibat permandangan luar yang gelap , dia dapat melihat bayangan mata abangnya tepat ke arahnya.

Dia menjeling sekilas bayangan tersebut lalu terus mendiamkan diri.

Ahli EMF membawa 5 buah kereta berjenama menuju ke arah tempat yang dibawa GPS dari telefon Hyemin.

Lucas memandang dua beradik yang duduk bersebelahan itu melalui cermin sisi kereta itu.

"Dee , saya rasa lebih baik awak duduk dalam kereta" Lucas memberi amaran kepada Deu Rim. Bukan apa , dia juga risau Deu Rim akan terkena tempias jika berada di dalam sana.

"Aku tahu jaga diri lah—"

"Kau duduk je dalam kereta. Jangan keluar selagi kami tak sampai" Taehyung pula yang bersuara. Matanya menjeling Deu Rim yang ingin memulakan pertelingkahan.

"Fine then..."

Lucas memberhentikan keretanya di hadapan sebuah hutan tebal. Segera dia melihat balik GPS yang membawa mereka sejak tadi.

"Betul lah dia kat kawasan ni. Kita boleh masuk ikut sini" Lucas memandang Taehyung yang turut bersiap sedia. y

"Dan kau , duduk dalam kereta"

Deu Rim menjeling abangnya. Overprotective.

15 minit berlalu , namun masih tiada bayang Ahli - ahli EMF keluar daripada kawasan hutan itu. Deu Rim muka tidak senang duduk , takut apa - apa yang akan terjadi kepada mereka di dalam sana tanpanya.

"Kenapa lama sangat. Nak ambil Hyemin je pun. Yang perempuan bodoh ni pulak pergi serah diri. Dasar betina miang" Ucap Deu Rim sedikit marah; berbaur cemburu.

Deu Rim membuka pintu kereta itu. Dia mula melangkah keluar daripada kereta berjenama Bentley itu lalu memandang ke kawasan sekelilingnya yang gelap gelita.

"Kalau lagi 5 minit mereka tak sampai. Aku akan masuk"

Deu Rim menyandar di pintu kereta itu. Jam yang dipakai ditilik dengan teliti.

Tanpa disedari perempuan itu , dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang memang mahukan dirinya sekarang.

Deu Rim mengatip mulutnya. Cuaca malam ini terasa sejuk.

Tiba - tiba dia teringat akan satu kenangan antara dia dan lelaki itu.

"Kalau kau sejuk , peluk saja aku. Aku sudi jadi penyalur haba ke tubuh kau setiap masa" Jungkook menarik tangan Deu Rim agar mendekatinya. Tubuh perempuan itu dipeluk erat.

"Terima kasih sebab sudi jadi penyalur haba yang paling kacak di abad ini"

Bayangannya tiba - tiba mati saat dia merasa tangannya ditarik seseorang lalu dipeluk erat.

Pelukan ini , pelukan yang amat dia kenali. Pelukan hangat seorang lelaki yang mampu melindunginya dari apapun.

"Kan aku dah cakap , kalau kau sejuk. Cari aku.. Aku tak suka lah tengok kau selesema esok sebab sejuk"

Jungkook memegang pipi Deu Rim. Dengan perlahan dia merapatkan wajahnya dengan wajah perempuan itu.

"Aku kan penyalur haba paling kacak di abad ini"

Lalu dengan perlahan dia mencium bibir perempuan itu.

Hanya bulan dan bintang menjadi saksi , dimana takdir mereka bertemu kembali di sini.

⚪️⚪️⚪️⚪️⚪️

Sorry lambat update hmmm sebagai ganti In Shaa Allah esok atau lusa aku bagi update walaupun weekend ")

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now