Ahhhhhhhh

Dia teriak sekali lagi. Dia cuba menepis suara yang di dengarnya. Dia menutup mata tidak mahu melihat apa yang ada di bayangannya. Tapi gagal. Bayangan dan suara itu masih jelas

Dia gay. Tak sangka.
Dia yang kat video tu.
Jangan sangka budak baik tapi hakikatnya dia jijik
Dia pondan
Dia bukan umat Nabi
Dia ada HIV
Dia
Dia
Dia
Dia

Mus gagal menutup bunyi bisikan itu. Dia tidak tahan. Dadanya berombak. Dunianya gelap. Hanya kelihatan mata merah di sekelilingnya bersama suara yang menghinanya.

Ahhhhhhhhhhhh

Dia teriak bingkas bangun menuju ke meja belajar. Dia mula mengganas. Mus menolak semua benda di atas meja itu ke lantai. Buku, cermin, dan beberapa fail bertaburan ke atas lantai.

Dia duduk. Seperti bunyi dan bayangan itu hilang. Dadanya berombak. Nafasnya turun dan naik. Selepas beberapa saat, bunyi dan bayangan itu kembali. Saat itu Mus melihat mata merah semua tertumpu padanya, gelak tawa dan cacian kedengaran. Dia menutup telinganya dengan kuat.

DIAMM......!

Teriak Mus dengan kuat. Dia bangun. Berjlan ke arah katil. Dia membuang bantalnya dan tilam. Dia menyelongkar. Kemudian dia berjalan ke arah almari. Mengeluarkan kesemua isi perut yang ada dalam almari pakaiannya.
Bunyi barangan jatuh. Bunyian pecah. Kedengaran.
Barang kaca habis berjurai di lantai. Namun masih gagal untuk menghentikan suara itu. Dia terus meraung dan meraung.

Dia menghentakan kepalanya ke almari beberapa kali. Dia merasa kepalanya sedikit sakit dan suara itu diam. Beberapa saat lagi, suara itu kedengaran lagi. Kepalanya mula berdenyut. Dia kembali menghentakkan kepalanya beberapa kali tapi kali ini suara itu lagi kuat. Sangat kuat dan jelas.

Dia meraung. Kini dia seperti histeria. Meraung dan meraung. Dia bergerak ke arah meja belajar rakannya. Kosong. Hanya ada beberapa buku kertas dan alat tulis.

Kepalanya berdenyut. Dadanya sakit. Banyangan dan suara itu, makin aktif dan giat.

Di menumbuk meja beberapa kali. Kemudian dia terhenti. Mus terhenti pada satu objek di atas meja itu. Dia memandang lama, memandang dengan penuh sayu dan marah. Dia mencapai sebatang pisau kertas. Dia menggeangamnya.

"Aku tak nak korang ganggu aku...!  Aku tak nak dengar suara korang...! Blaaa blaaaa....!" Laung Mus

"Kamu terkejut aku ni songsang?hahaha" tiba tiba Mus ketawa dengan kuat.

"Kamu ingat kamu sempurna? Tidak berdosa?! " jeritnya lagi

"Oh aku lupa, kamu ini tuhan. Mengadili orang. Menentukan kehidupan orang. Itu kerja kamu kan?!!!!!!"tambahnya lagi di ikuti gelak tawanya

"Okkey....! Kamu mahu tentukan hidup dan mati aku kan? KAMU NAK AKU MATIKAN...! "

Mus teriak. Sangat kuat ketika itu. Bilah pisau dibuka. Suara itu tetap kendengaran, dia mengarahkan pisau itu pada lengannya

Yaaa ini akhirnya

***

Wan berjoging pada petang itu. Dia memakai hoodie dan berseluar pendek. Dia mengambil trek di sekitar kolej kediaman. Dia memasangkan hoodie dikepalanya untuk menutup mukanya supaya tidak kelihatan oleh pelajar lain. Yalah, sekarang dia popular. Kontorversi menjadi hangat

Wan mengambil keputusan untuk melepaskan tekanan dan kesedihannya dengan berjoging. Beberapa pusingan dia berlari dan dia melalui kolej kediaman Mus. Dia terhenti melihat tubuh yang berlari dari arah kefeteria. Mustapha. Dia melihat Mus berlari dengan laju sambil mengesat air matanya. Dia perlahankan larian. Hatinya mula risau.

Dia hanya mampu perhatikan. Hendak memujuk memang tidaklah. Nanti apa lagi orang lain nak mengata. Dia tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

Dia hanya mampu memandang. Melihat Mus berlari menuju kebiliknya. Anak matanya tidak terhenti melihat Mus.

Mus cukup terkesan dengan apa yng terjadi. Wan berasa bersalah. Dia hentikan larian dan fokus melihat Mus yang berlari menuju kebiliknya. Dia melihat Mus sehingga masuk ke dalam bilik. Di melihat dari bawah sahaja. Mahu mengejarnya tidak terfikirnya. Dia menarik nafas panjang. Cuba menangkan dirinya.

Dia memulakan langkahnya yang terhenti dan mahu neneruskan latihannya.

Ahhhh

Dia mendengar suara menjerit. Dia sepertinya mendegar suara itu dari kolej kediaman Mus. Dia hentikan semula lariannya. Melihat ke arah kolej kediaman Mus.

Ramai pelajar berkumpul dihadapan bilik itu. Sepertinya ada sesuatu yang berlaku. Pelajar pelajar itu mengetuk pintu bilik Mus beberapa kali.
Hatinya mula risau.

Wan berlari. Berlari menuju ke bilik Mus.
Tiba di hadapan bilik, beberapa pelajar mengetuk pintu bilik dan memanggil nama Mus.

Ahhhhhh

Jeritan Mus kedengaran, bunyi barangan kaca pecah kedengaran, bunyi hetakkan makin kuat. Suara Mus yang menjerit juga kedengaran

Wan memulakan langkah untuk mendekati bilik itu. Wan memberanikan diri. Beberapa pelajar di situ cuba membuka pintu bilik itu tai tidak kedengaran. Wan tiba di hadapan pintu.

"Ada apa ni" soalan pertama Wan setelah tiba di hadapan pintu bilik Mus

" tak tahu la.. Dari tadi melaung dan teriak. Da macam tak betul." jawab sorang pelajar lelaki di situ

Mus
Mus
Mustapha!!

******

Maaf gais, ingatkan episode ni da publish, rupanya aku lupa nak tekan oublish kat atas tu ha!

Sorry sorry

Sorry juga lama sangat tak update...

Setahun x menulis...

Hahaha

Keep share and vote

Muahciked

PERLU LEBIH USAHA (COMPLETE) Where stories live. Discover now