Bab 40

10.7K 157 0
                                    

🌸TIGA BULAN KEMUDIAN🌸

Leeya dan Naufal berjalan beriringan keluar dari kafe Spetta di pusat membeli belah My Town. Mereka baru selesai makan, dan sekarang sedang melangkah menuju ke butik Al-Ikhsan pula. Jejaka di sebelahnya ini ingin membeli sesuatu katanya. Sedang dia membelek kasut di butik itu, bahunya dilanggar seseorang. Nasib tidak terjatuh, kalau tidak sia-sia saja mukanya tercium lantai.

"Sorry, cik. Saya tak sengaja." Lelaki yang melanggarnya tadi meminta maaf. Leeya melihatnya wajah lelaki itu dan tiba-tiba....
"Abanggg..?"
"SubhanAllah, Leeya? Leeya Farahin ke ni?"
"Leeya lah bang. Tak kan dah tak kenal Leeya?" Leeya menyoal lagi. Tangan lelaki itu dicium hormat kemudian, lelaki itu mencium dahi Leeya. Melepaskan rindu.
Naufal yang melihat adegan romantik itu menahan rasa. Segera dia menegur aksi isterinya dengan lelaki itu.

"Leeya, apa ni?" Keras suaranya menggambarkan hatinya yang panas.
"Bie, sorry. You jangan salah faham. Actually, ni abang sayang lah. Aliff Hakimi. Abang, ni pula Naufal Zariff. Handsome, kan suami Leeya? Korang mesti kenal, kan?" Aliff menyua tangan ingin bersalam dengan Naufal. Jejaka itu menyambut.
"Sihat? Ingat saya lagi?"
"Sihat, alhamdulillah. Ya Allah, abang ke? Sorry, saya tak perasan. Lelaki gila kerja ni, sayang. Sampaikan waktu makan pun dia boleh lupa."

Aliff dan Leeya hanya ketawa mendengar luahan Naufal.
"Sorry lah terlepas laku sikit. Kitorang kalau dah lama tak jumpa memang macam ni."
Naufal tersenyum, dia memeluk pinggang isterinya. "Takpe. Macam mana Jerman? Best ke? Ada berkenan mana-mana awek dekat sana ke?" Sebelum mereka berkahwin, Aliff  ke Jerman kerana ada sedikit masalah. Dia tidak tahu, masalah apa. Mereka bukan kenal sangat sebelum ni.

Aliff ketawa sebelum menjawab. "Awek Malaysia juga yang best. Eh, dah alang-alang jumpa ni. Jom kita pergi minum-minum ke. Abang ada hal nak cakap dengan korang ni.
Mereka bertiga melangkah ke starbucks. Aliff memesan minuman buat dirinya, manakala Naufal dan Leeya hanya berkongsi minum. Kenyang semasa makan di Spetta tadi masih terasa.

Aliff memandang adik tirinya yang sudah bertukar penampilan. Ada hikmah, dia dijodohkan dengan lelaki itu. Dulu, diakui perempuan itu tidak menjaga aurat. Baju seksi ke tidak disauk saja. Malah, kini semuanya sudah berubah. Wajah cantik itu semakin ayu apabila sudah mula memakai tudung.
"Abang nak minta maaf sangat dekat korang. Masa korang kahwin hari tu, abang tak dapat join. Tiba-tiba saja, abang kena terbang ke Jerman.

Kawan baik masa abang belajar hari tu meninggal dekat sana. So, dia takde saudara mara. Terpaksalah abang uruskan jenazah dia balik ke sini. Aset hartanah dekat sana pun abang yang uruskan. Itu yang ambil masa banyak tu." Dia menundukkan wajah.
Naufal hanya tersenyum tawar. "Takpe, kitorang faham. Kalau saya ditempat abang,  mesti saya buat perkara yang sama." Aliff turut senyum kembali.

“Abang ralat. Hari korang kahwin, sama hari dengan hari walid meninggal. Tapi, takde sorang pun yang ceritakan dekat abang. Kenapa, dik?"
Sungguh dia berasa sedih. Tiada seorang pun, yang ceritakan bahawa Dato Roslan telah meninggal. Dia hanya tahu, menerusi salah seorang milik facebook pekerja Dato Roslan. Kalau tidak, sampai ke sudah dia tidak tahu berita ini.
Leeya dan Naufal terkejut mendengar perkhabaran itu. "Leeya minta maaf. Leeya dah tak ingat apa dah, bang.

Masa tu, Leeya sendiri macam tak percaya walid dah takde.  Arwah hembuskan nafas di riba Leeya. Leeya sedih sangat, bang. Maafkan Leeya bang. Maafkan, Leeya." Leeya menangis, Naufal memeluk bahunya supaya bersabar. Dahi isterinya dicium. Aliff tersenyum tawar.
"Takpe, dik. Abang faham. Lagipun Leeya baru berbaik dengan arwah masa tu. Abang dapat tahu adik nak kahwin daripada arwah. Walid seronok sangat, dik. Dia memang betul-betul teringin nak walikan Leeya sebelum arwah takde."

Aliff menahan air mata yang mahu mengalir. Dia tidak boleh lemah bila berhadapan dengan gadis ini.
"Abang.. Boleh Leeya tanya sikit?" Aliff mengerutkan wajah.
"Tanya apa, dik?"
"Arwah walid sakit apa? Leeya ada tanya dekat peguam walid. Tapi, dia tak nak beritahu. Katanya, arwah yang suruh rahsiakan."
Aliff melepaskan nafas. Dia memandang kedua-dua adiknya yang berada di hadapannya.

Kini, Naufal sudah menjadi adiknya walaupun dia tua dari jejaka itu hanya setahun. Tidak guna dirahsiakan lagi penyakit arwah walidnya. Leeya mesti tahu. Ya, sememangnya Leeya berhak untuk tahu.
"Arwah sakit leukimia. Dah lama dia menderita, dik. Stage four." Semakin laju air mata yang menuruni pipi Leeya. Naufal juga tidak dapat menahan sedih.
Dia bertanya. "Arwah ada pergi berubat tak?"
"Dah merata dah, Naufal. Sampai ke luar negara. Berapa banyak dah duit arwah habis. Sampai satu tahap arwah rasa down sangat-sangat. Sedih betul tengok keadaan arwah masa tu."

Naufal bertanya lagi. "Dah berapa lama arwah walid sakit." Aliff diam seketika. Dia merenung tepat ke muka Leeya. "Sejak Leeya keluar dari rumah tu." Leeya terpempan. Sudah lama peristiwa ini berlalu. Bermakna, sudah enam tahun Dato Roslan menderita kerana sakit. SubhanAllah, dia menyesal sangat-sangat kerana tidak berada di sisi walidnya ketika arwah perlukan seseorang untuk kuatkan semangatnya. Syukurlah, Aliff sudi menjaga walidnya. Dia memandang semula  wajah lelaki itu.

"Abang... Kalau boleh Leeya tahu ke mana mak abang? Sebelum mereka bercerai apa yang terjadi?"
"Leeya dah tahu diorang bercerai?"
Leeya hanya mengangguk. "Sesiapa yang berada dekat tempat walid pasti akan lakukan hal yang sama. Abang tak marahkan walid. Sebaliknya abang berterima kasih dengan walid sebab perceraian inilah buatkan mak abang sedar akan kesilapan dirinya dengan Leeya dan arwah ummi Leeya. Kalau Leeya nak tahu, sebelum bercerai.

Mak abang marah sangat dengan walid sebab walid nak serahkan syarikat dan villa tu pada Leeya. Abang memang betul-betul tak faham dengan perangai mak abang tu. Harta tu semuanya hak Leeya. Kami ni hanya menumpang. Kalaulah walid tak kahwin dengan dia, kami ni bukan siapa-siapa. Kami ni orang gaji keluarga Leeya je. Diorang bergaduh besar, Leeya. Tak pernah abang tengok walid naik angin sampai macam tu sekali. Mungkin dah tak tahan dengan perangai mak abang yang kuat mengongkong. Yang suka habiskan duit dia.

Abang dah penat nasihatkan mak dengan Aminah yang harta ni bukan milik kami tapi, diorang degil. Tak makan saman.Abang tak nafikan mak abang memang seorang yang sangat hipokrit. Arwah aunty Jamia memang seorang majikan yang baik dengan mak abang. Tapi, sanggup dia tikam belakang aunty Jamia."
Leeya mendengar dengan khusyuk. Dia mengesat hidung yang berair. Begitu juga dengan Naufal. Dia tidak tahu mahu memberikan respon apa.

Lelaki berwajah manis dihadapannya itu ditatap.

"Pekerja lama syarikat walid bagitau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pekerja lama syarikat walid bagitau. Abang dah resign. Kenapa, bang?" Leeya bertanya lagi.
Aliff melepaskan nafas berat. "Abang malu dengan walid. Dengan perangai mak dengan adik abang yang tak tahu malu macam tu. Lagipun, abang dah bincang baik-baik dengan arwah. Syukur, arwah faham situasi abang. Dia nak cadangkan abang kerja di syarikat kawan baik dia.

Tapi, abang tak nak. Cukuplah, jasa baik dia dengan kami sekeluarga selama ni. Abang tak mampu nak balas, dik."
Aliff menelan liur sebelum menyambung.
"Leeya... Mak abang sakit!" Leeya terpempan. Terus dia memandang wajah Naufal. Jari-jemari kasar itu digenggam.
"Dia nak sangat jumpa Leeya. Abang harap Leeya sudi." Aliff memandang wajah adik tirinya yang bertukar pucat. Kemungkinan dia tidak percaya. Leeya tidak membalas kata.

"Abang harap Leeya sudi datang jumpa dengan mak abang. Kalau Leeya tak boleh maafkan dia. Tolonglah, Leeya. Datang sekejap pun takpe. Abang tak sanggup tengok keadaan dia macam tu lagi."
Leeya kasihan melihat abang tirinya itu. Lelaki itu sudah bersusah payah melindunginya sewaktu dia kecil, dan lelaki itu turut menjaga arwah walidnya semasa dia tiada di sisi lelaki tua itu.

Patutkah dia menunaikan hasrat pemuda itu? Dia buntu untuk membuat keputusan. Dia keliru. Kemudian, dia meminta diri untuk pulang bersama suaminya. Fikirannya bercelaru.

Love You Grab Girl! {COMPLETE}Where stories live. Discover now