Bab 19

7.7K 181 1
                                    

"Cepatlah, Leeya.." Paksa Annisa sambil menarik kasar lengan Leeya melangkah ke arah orang ramai. Gadis itu sudah memasamkan wajahnya tanda tidak puas hati.
"Kau ni main tarik je aku ni. Ingat patung liberty ke, hah?" Marahnya. Kain evening dress diangkat sedikit supaya mempercepatkan langkahnya.

Malam ini, dia dipaksa oleh Annisa menghadiri majlis ulang tahun salah seorang kenalan Arsyad. Katanya dia juga dijemput. Ada juga dia menanyakan kepada Annisa, siapa yang menjemputnya. Hurm, macam lah perempuan mahu cerita. Dia boleh bolayan sahaja pertanyaannya. Ikutkan dia memang tidak mahu pergi.

Tetapi, dia dipaksa oleh pasangan suami isteri itu. Siapa lagi kalau bukan Arsyad dan Annisa double A itu. Disogok mahu membelanjanya nasi kerabu kelantan yang tersohor di ibu kota ini, takkan dia nak tolak. Lagipun, ini hanya sekadar parti. Boleh juga dia bersuka ria. Makanan pun nampak banyak yang menyelerakan. Dia kalau bab makan tolak batu, kayu, plastik, haram je yang dia tolak.

"Tulah, aku suruh pakai kain pendek sikit kau taknak. Sibuk dengan dress penyapu sampah ni." Bidas Annisa sambil melipat lipatan tudungnya yang senget.
"Apalah kau ni. Suruh aku pakai seksi-seksi pula. Kau sepatutnya larang kalau aku pakai yang macam tu. Ini tidak, macam menghalalkan aku je buat benda yang tak berfaedah.
Annisa sudah mencerlung memandang gadis itu. "Banyaklah kau halalkan. Ni haa, siapa yang suruh kau pakai baju ni? Dengan tulang bahu kau terjojol macam ni kau ingat cantik lah? Ingat tak seksi ke macam ni?"

"Diamlah kau. Aku lapar ni. Hah, mana laki kau?"
"Ada dekat area sini aje kot. Eh jom lah kita pergi sana." Annisa menghalakan jarinya yang kontot itu ke arah meja kecil di tepi kolam renang di banglo tiga tingkat itu.
Mereka melangkah dengan penuh gaya yang tersendiri. Leeya perasan ramai mata yang memandang ke arah mereka.

Tambah-tambah lagi dengan golongan muda yang segak berpakaian korporat. Tema majlis itu ialah formal wear. Dia mengabaikan saja semua pandangan mereka. Hari ini, dia kelihatan begitu anggun dengan evening dress potongan labuh berwarna hitam. Bahagian bahu yang terdedah menampakkan kulitnya yang putih gebu. Wajahnya dioles tidak terlalu tebal namun, cukup terpesona siapa saja yang memandangnya. Rambut ikal mayangnya dibiarkan lepas.

Sedang mereka berbual, mereka dikejutkan dengan kedatangan Arsyad dan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang mereka berbual, mereka dikejutkan dengan kedatangan Arsyad dan... Siapa lagi dengan lelaki yang telah mengecewakan hatinya itu. Naufal Zariff. Leeya buat-buat tidak nampak. Wajahnya kelihatan bersahaja. Namun, dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah dilemparkan kepada Arsyad dan Annisa.

Patutlah, bukan main beria mengajaknya. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee celup. Ciss!! Sempat lagi dia meneliti pakaian pemuda itu. Kacaknya dia memakai kot coklat muda itu. Ditambah pula dengan slack fit coklat muda dan kasut kulit berjenama yang berwarna coklat gelap. Dah macam pergi shooting sek datok datok sahaja gayanya.

Leeya membalas teguran Arsyad dengan paksa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Leeya membalas teguran Arsyad dengan paksa. Dia tidak selesa sebenarnya. Rasa macam mahu lagi dari sini. Dia perasan, lelaki tampan itu sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Nak kata marah, tapi matanya seakan redup selembut bayu walaupun tiada senyuman di bibirnya. Huh, biarlah. Berlagak, takpe kalau dah taknak tegur aku. Aku pun tak hinginnnn nak tegur kau!

Dia meminta diri ingin mengambil makanan di buffet yang disediakan. Mahu lari sebenarnya. Sengaja diberikan alasan. Eh, apa pula sengaja beri alasan. Sememangnya perutnya tengah lapar, sehari suntuk dia tidak mengambil makanan berat. Sedang dia leka memilih juadah. Ada sebatang tubuh menghampirinya. Dia hanya mengerling sekilas. Apahal? Nak ambik makanan tu ambik jelah. Yang mata tu tengok aku kenapa? Tiba-tiba lelaki itu tersenyum dan menegurnya.
"Hai.."

Leeya mengjongket kening. Dia tidak kenal pun dengan lelaki bertubuh agak sasa itu. Nampak macam anak orang kaya aje. Walau bagaimanapun, dia sekadar membalas senyum. Tidak pula dia 'berhai' balik dengan pemuda itu. Lelaki itu kelihatan teruja. Mungkin tidak sangka Leeya akan membalas senyumannya. 'Alah, dia bukan hendak menggatal pun, inikan majlis orang. Kenalah tunjuk perangai mesra sikit. Eh, mesra ke aku ni?' Leeya mengomel dalam hati.
"Actually, tadi I nampak you keluar dari kereta. Kita park kereta sebelahan. Cuma, you je yang tak perasan I." Ujar lelaki itu lagi cuba memulakan perbualan.

Leeya hanya tersenyum hambar. Dia cuma membalas "Ohh, yeke?" Dia tidak ada mood sebenarnya. Fikiran terganggu dengan wajah Naufal yang tiba-tiba muncul di benaknya. 'Eh, apasal aku tengok udang bakar ni muka macam mamat tu. Korang kembar ke?'
"Nama I Daniel Syafiq bin Tan Sri Razeef. Biasa orang call I Daniel. Tapi, u can call me Danny. Only you."

Daniel memperkenalkan dirinya dengan panjang lebar. Dia turut menyuakan tangannya kepada Leeya.
Leeya takut-takut mahu menyambut. Dalam hatinya tertanya-tanya, kenapa ramah semacam je mamat ni. Ketika tangannya baru sahaja mahu menyambut huluran dari tangan jejaka itu. Tiba-tiba...
"Baby...."
Leeya pantas menoleh ke arah suara itu. Dia terkaku. Naufal??

Love You Grab Girl! {COMPLETE}Where stories live. Discover now