Aurora || 01

6.4K 270 126
                                    

SYAKIRAH Aurora berjalan dengan selamba menuruni tangga. Dari tadi dia mendengar bunyi gelak tawa keluarganya. Rancak bukan main!

Setibanya di ruang tamu, kedengaran tepukan gemuruh dihadiahkan kepadanya. Tiba-tiba abang sulungnya, Syafiq Adrian bersuara.

"Ha itu dia! Artis jemputan kita dah sampai! Lisa Blackpink dari Malaysia!" jeritnya kuat memerli Syakirah.

"Yes! I minat you Lisa! Notice la I!" Abang keduanya, Syakir Afreal bersuara. Mahu sahaja Syakirah melayangkan penamparnya ketika itu.

"Buat apa dalam bilik Irah? Baru sekarang kau turun!" Adik kembarnya, Syahirah Adriana tiba-tiba bersuara. Syakirah berjalan menghampiri Syahirah sebelum tubuhnya direbahkan di atas sofa bersebelahan Syahirah.

"Aku busy la. Tadi aku settle kerja aku dekat office tu ha!" ujar Syakirah sambil menyandarkan badannya ke sofa.

"Irah, tak kan balik menghadap kerja lagi? Jangan sibuk sangat. Jaga kesihatan tu juga okay?" balas Datin Keren Adelyn lembut. Risau dia memikirkan keadaan anaknya itu.

"Ye Irah tahu mama. Mama jangan risau!" pujuk Syakirah. Syakir dan Syafiq yang melihat keadaan itu hanya berbalas pandangan.

"Mama! Papa! Dan semua yang ada dekat sini. Syafiq nak cakap something ni." Berdebar-debar Syafiq dibuatnya. Satu-persatu wajah adik-beradik dan ibu bapanya dilihat.

Syakirah dan Syahirah yang malas mendengar kata-kata Syafiq laju mencapai cawan yang berisi air teh. Dahaga mungkin.

"Syafiq nak kahwin."

Tersembur air yang diminum Syakirah dan Syahirah. Kedua-duanya serentak memandang Syafiq.

"Kau nak kahwin?" soal Syakirah.

"Serius lah kau nak kahwin?" Kini Syahirah pula berkata.

"Kau tak main-main kan?" celah Syakir pula.

Serentak itu, kedengaran ketawa kuat yang terhambur kuat dari Syakirah, Syahirah dan Syakir. Berair mata mereka dibuatnya. Syakirah siap menepuk sofa lagi tanda benar-benar terhibur dengan kata-kata Syafiq. Syakir pula yang dari tadi duduk di sofa sudah terduduk di atas lantai akibat ketawa tidak henti-henti.

Cemberut muka Syafiq mendengar gelak tawa adik-beradiknya. Betul la aku cakap! Aku nak kahwin! Ada masalah ke?

"Syakir, Syakirah dan Syahirah berhenti gelak. Tak baik buat abang kamu macam tu!" ujar Dato Syafie yang sedari tadi melihat gelagat anak-anaknya.

Serentak itu ketiga-tiga mereka terus terdiam. Namun jelas sekali mereka menahan tawa mereka dari keluar.

"Bila kamu nak kenalkan bakal menantu mama dengan papa?" soal Datin Keren gembira. Tidak sabar ingin menerima menantu buat pertama kalinya.

"Kalau boleh secepat mungkin."

"Bagus lah kalau macam tu. Kamu nak kahwin bila?" soal Dato Syafie pula.

"Esok."

Serentak itu tiga biji bantal kecil dilayangkan kepada Syafiq.

Aurora [On Going]Where stories live. Discover now