Sejujurnya dia tiada masalah untuk kahwin. Dia tidak fobia. Namun dengan siapa? Dia bukannya takut untuk kahwin cuma masalahnya calon tak ada.

Ding! Dong!

Loceng rumahnya berbunyi menghentikan lamunan Irwina.

"Ok terima kasih." Irwina menutup pintu rumahnya selepas mengambil sekotak pizza dan membuat pembayaran. Dia meletakkan pizzanya di meja kopi di tengah-tengah ruang tamunya. Dia membuka kotak pizza dan semerbak aroma pizza memasuki hidungnya.

"Who need man when we have PIZZA!!!" Kata Irwina sambil mengangkat sepotong pizza.

"Nahhh I'm still alone in the end." Irwina menyuap pizza ke dalam mulutnya.

Ring! Ring!

Telefonnya berdering. Terpapar nama abangnya, Izwan.

"Oh abang Iz. Kenapa telefon orang?" jawab Irwina dengan pizza yang masih penuh di mulutnya.

"Ish tak senonoh lah kau ni Win. Mulut penuh pun masih nak bercakap. Patutlah kau single." sempat Izwan menyindir dirinya.

"Oh! Bab single jangan sentuh!" Irwina membalas setelah menelan pizza di mulutnya itu.

"Apa-apa jelah tapi teman abang kat hospital ni. Kakak kau baru masuk labour room." Kata abangnya.

"Seriouslah?! Ok ok on the way." Talian dimatikan. Irwina menyimpan pizza yang belum sempat dihabiskan ke dalam peti dan menukar pakaian.

Pakaiannya ke pejabat atau setiap kali dia bekerja atas urusan kerja sememangnya blouse dan skirt hitam ataupun blouse bersama slack hitam serta bertumit tinggi. Pakaian formal dan professional. Tapi sebenarnya dia lebih sukakan pakaian casual - tshirt dan jeans. Dan untuk malam ni, dia menyarung t-shirt dan juga hoodie bersana jeans biru.

Dia mencapai kunci keretanya dan menyarung sneakers.

Ahh this is the kind of clothes I love.

***

Hospital

"Abang! Kakak tak keluar lagi?" soal Irwina sebaik dia mendapatkan Izwan yang duduk menunggu di kerusi.

"Belum lagi." jawab Izwan. Jelas ada riak risau di wajahnya.

"Saufi tu abang tinggal kat mana?" Irwina duduk di sebelah abangnya.

Saufi adalah anak sulung Izwan dan kini Izwan bakal mendapat anak kedua.

"Dia tinggal kat rumah mak mertua abang." Terang Izwan. Irwina mengangguk faham.

Irwina memerhati abangnya ini. Dulu dialah abang paling setan sekali. Kalau bab khianat orang dia nombor satu. Tapi melihat abangnya kini yang sudah menjadi bapa dan juga suami, sedarlah dia, mereka semua semakin dewasa. Manusia berubah, dan masa akan terus berjalan.

Dia melihat pula dirinya. Bekerja tanpa ada matlamat yang jelas. Sejujurnya dia bekerja sebagai PA sebab dia tiada pilihan. Dia tiada impian. Mungkin impian di masa kanak-kanaknya ada namun sudah terkubur. Sudahlah single.

Sampai bila aku nak terus macam ni? Am I happy right now? I want to be happy too.

Saat itu juga pintu labour room terbuka. Seorang doctor keluar.

"Encik Izwan." Panggil doctor itu.

"Ya saya." Izwan bangun dari duduknya. Begitu juga Irwina.

"Tahniah. Anda dapat anak lelaki. Encik boleh masuk tengok isteri encik." Kata doctor itu.

"Alhamdulillah. Okay Win dah boleh balik sekarang. Esok pula datang lawat." Kata abangnya selamba.

"Ni je sebab abang call Win datang sini? Teman abang kat sini?" Irwina mula menyirap. Izwan mengangguk.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now