Press Conference

Afif dan Irwina sampai ke dewan di mana press conference berlangsung. Pengawal keselamatan mengawal mereka berdua sehingga mereka berdua sampai ke backstage.

"Berapa minit lagi tinggal?" soal Afif sambil membetulkan rambutnya.

"5 minit." Irwina berkata sambil melihat semua susunan jadual Afif dari dalam tab miliknya.

"How do I look?" soal Afif. Irwina melihat penampilan Afif.

Segak bergaya dengan sut hitam dan rambutnya yang kemas, memang patut pun Afif mendapat gelaran - Young, Bright and Handsome.

"It's okay but wait." Irwina melangkah mendekati Afif. Tali leher Afif yang agak tidak kemas membuatkan matanya sakit.

"Can I?" Irwina meminta izin untuk membetulkan tali leher Afif. Afif mengangguk. Dia membetulkan tali leher itu.

"Ok perfect." Kata Irwina.

"Miss Irwina, is everything ready?" soal seorang perempuan, Irwina kira dia event manager. Irwina mengangkat tanda 'OK'

"You can go now boss." Kata Irwina kemudian Afif berjalan penuh yakin ke pentas untuk berhadapan dengan hampir 100 wartawan yang hadir.

Irwina mengemaskan blouse pink cairnya serta selendangnya kemudian melangkah ke tepi pentas. Dia memang tidak berada di atas pentas dengan Afif, namun dia perlu memerhati Afif bagi mengelakkan sebarang perkara atau kesalahan berlaku. Irwina memakai headsetnya dan duduk jadi pemerhati dari tepi.

***

"After this, did I have any schedule?" soal Afif sewaktu mereka masuk ke dalam kereta. Irwina menggeleng.

"Nope. Your schedule for today is done." Kata Irwina. Lagipun press conference tadi habis hampir lewat petang.

"Good. Oh saya nak keluar dinner dengan team manager dari semua department. Awak nak join?" soal Afif. Dia sudah buat janji itu dengan team manager beberapa hari lepas.

Irwina menggeleng.

"Tak lah boss. Rumah saya bersepah tak sempat nak kemas lagi sejak balik dari New York. I need some rest too." Irwina tersengih.

"Yeah. It's been a hectic month is it?" kata Afif. Irwina hanya mengangguk. Kereta berhenti di lobby apartment tempat Irwina tinggal. Irwina keluar.

"Have a good dinner boss. Oh don't eat too much oily food. Your dermatologist said it's not good for your skin." Kata Irwina. Afif mengangguk faham.

"Noted. See you tomorrow Irwina." Kata Afif.

Kereta dipandu lekuar dan Irwina terus menekan lif untuk naik ke unit apartmentnya.

Ahh banyaknya baju nak basuh.... Nilah benda yang nak kena hadap setiap kali ada outstation oversea...

Irwina hanya mampu mengeluh.

Nak buat macam mana, dah memang ini kerja aku...

***

KLIA

"Passport?" soal Irwina.

"Check." Jawab Afif.

"I/C?"

"Check."

"Boarding pass?"

"Check."

"Erm apa lagi ek..."

Irwina dan Afif berada di KLIA sebelum Afif berlepas ke New York tengah hari itu.

"Saya rasa semua dah cukup." Kata Afif sambil memakai cermin mata hitamnya.

Dia akan balik semula ke New York hari itu kerana masih ada beberapa perkara yang dia ingin bincang dengan Uncle Ben. Namun untuk trip kali ini, Irwina tidak mengikutinya ke sana. Kata irwina, dia tidak mahu pergi ke family event. Betul juga sebab ini bukan urusan kerja. Itu sebab Irwina kena pastikan semuanya cukup. Sebelum ini, segalanya Irwina yang pegang dan urus, baik dari check-in flight, sampailah ke boarding gatenya. Irwina tu dah macam managernya. Apa yang dia buat, masuk meeting, planning dan semua yang berkaitan dengan syarikat.

"Oh bos hampir lupa ini." Irwina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

"Nah. Just in case boss rasa sesak dengan aircond." Irwina menghulurkan face mask. Afif mencapainya dan memasukkan ke dalam poket.

"Thanks." Kata Afif. Irwina memandang board masa penerbangan.

"Boss gate dah buka. Boss jangan salah masuk gate tau. Ni follow apa yang dia tulis kat sini ok?" kata Irwina.

"Ok ok. I'll go now. Bye." Afif melambai karah Irwina sebelum dia berjalan menuju ke gate yang dimaksudkan.

Irwina dalam hati berdoa agar Afif tak sesat. Mamat tu bukan boleh baca. Datang angin blur dia tu, gate pun dia salah masuk.

"Hantar suami outstation?" teguran seorang makcik tua buat Irwina terkejut.

"Eh taklah. Dia bukan suami saya."

"Boyfriend?" makcik itu masih berbual dengan Irwina. Irwina menggeleng.

"Dia boss saya." Irwina senyum. Makcik itu seperti terkejut.

"Oh sayangnya. Kamu nampak secocok." Kata makcik itu.

Irwina hanya tersenyum senget.

"This is all business matter only aunty." Kata Irwina kemudian dia berlalu pergi.

Secocok? Ugh minta jauh.

Sejak hari dia membuat keputusan untuk lupakan semua perasaannya pada Afif, 7 tahun lalu, sejak itu jugalah dia rasa kerjanya menjadi sangat mudah. Yelah bila tolak tepi semua perasaan peribadi dan focus hanya pada kerja, semuanya jadi mudah dan clear. Dia dan Afif makin rapat namun masing-masing tahu yang ini semua 200% kerja. No feeling attach. Melayan kepala gila kerja Afif, dengan dia sekali jadi gila kerja.

Ring! Ring!

Irwina mengangkat telefonnya sambil dia masuk kedalam keretanya. Alhamdulillah dengan gaji lumayan yang Afif beri, mampu dia beli kereta.

"Kau jadi tak datang malam ni?" soal suara di hujung talian.

"Jadi don't worry. InsyaAllah jumpa malam nanti."

*

*

*

A/N: Sorry lama tak update. Many things happen so I'm updating this late...

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now