"Fiora?!"
Fiora yang sememangnya awal bangun bergegas membuka pintu biliknya.
"Yes?"
"Happy birthday baby girl! Want me to buy a present for you?"
Senyuman Fiora merekah.
"Takpe lah."
"Seriously?"
"Yes."
"Ok. Jom pakcik hantar kesekolah."
Fiora mengangguk semangat lalu menyusuli pakciknya, Edward dari belakang.
***
"Nanti pakcik jemput Fiora."
Fiora mengangguk. Seketika kemudian kereta itu hilang dari pandangannya.
"Well well well."
"What?"
Gadis didepannya tersenyum sinis.
"Kau tidak layak untuk sekolah disini! Berapa kali aku nak cakap?!"
Tubuhnya ditolak kasar sehingga dia jatuh terduduk. Fiora mendengus.
"Suka hati aku nak sekolah dekat mana. Bukannya kau yang bagi aku duit tiap tiap hari kan?"
Fiora berdiri kembali.
"Hey! Aku boleh buat apa apa je dekat kau! Kau tu miskin! Pakcik kau je yang kaya! Sedar dirilah!"
Gadis bernama Dania menujuk nunjuk dirinya. Mereka menjadi pusat perhatian.
"Ya! Aku memang miskin! Memang pakcik aku kaya! Kau tak sedar ke yang kau sekarang ni sedang menyindir diri kau sendiri!"
Fiora bersuara kasar. Dania terdiam, riaknya berubah marah.
"Kau!"
"Ape? Sentap?"
Fiora tersenyum meleret. Namun senyuman itu tidak bertahan lama. Dania menarik rambutnya kasar. Dan Fiora melakukan hal yang sama. Terasa seperti ada sesuatu yang menggores tangan kanannya, dapat Fiora rasakan nyeri ditangannya itu.
"Stop!"
Sapu tangan merah yang berada dipoketnya ditarik oleh Fiora dengan cepat. Menyembunyikan tangannya yang berdarah kebelakang. Untung sapu tangannya merah dan darah dapat disamarkan. Foria tidak ingin berita pergaduhan itu didengari oleh pakciknya. Tidak ingin pakciknya kecewa.
"Apa yang berlaku?"
Lelaki didepannya, seorang ketua pengawas yang sering dibualkan, Ray Daniel. Sangat tegas.
"Dia yang mulakan."
Pantas Dania menjawab. Ray memandang Fiora meminta jawapan.
"Bukan..."
"Jelaskan."
Fiora menunduk, tangan disembunyikan kebelakang.
"Ya. My fault."
Tidak ingin memperpanjangkan masalah Fiora mengaku salah tanpa rela.
"Minta maaf dengannya."
Dapat Fiora ramalkan Dania sedang tersenyum dan ramalan itu tepat, senyuman Dania mengembang. Kerana tangan kanannya terluka, tangan kiri dihulurkan.
"Tangan kanan."
Ray menegurnya.
"Ada...."
"Its okay."
YOU ARE READING
The Lost Princess
Fantasy-Fiora Fiffy- Tinggal bersama-sama pakciknya. Dari kecil sehingga ia dewasa. Dihina dan direndah-rendahkan disekolahnya membuat Fiora keras hati. Namun hatinya sangat rapuh. Sebelum tidur air matanya pasti jatuh. PASTI! Sering dia berharap sinar kea...
