Cinta Kuburan Part 1

7 0 0
                                        

Walau apa juga yang dikatakan oleh masyarakat tentang kesusahan atau kesakitan, namun segala yang berlaku hanya yang mengalaminya saja tau dan merasai. Azimah mengayuh basikalnya perlahan-lahan melalui jambatan kayu yang telah runtuh pada tahun 1986 lagi. Hatinya begitu mendongkol dengan permintaan adiknya yang telah memaksa dia mengayuh basikalnya sejauh 2 km ini. Dari kejauhan kelihatan Fakhri mengayuh basikal ke arahnya, sambil mata mereka saling bertentang. Tiada senyuman yang dilemparkan, bila berselisih masing-masing saling tegak memandang ke depan. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu, mengenangkan dia tiada hak untuk mempamerkan kesukaannya kepada seseorang walaupun dia ingin melakukannya. Sempadan antara kemiskinan dan kebendaan akan menjadi suatu bahan yang begitu utama dalam menentukan hak yang diinginkan itu. Azimah menoleh ke belakang, melihat Fakhri mengayuh basikalnya melepasi jambatan kayu tersebut. Pada masa yang sama Fakhri juga memalingkan wajahnya ke arah gadis itu. Azimah mengeluh perlahan. Siapalah dia untuk menyukai pemuda itu. Tampan, bijak dan juga memiliki keluarga yang berharta. Sedang dia dan keluarganya tidak memiliki apa-apa.

"Tepung kanji ada tak pek ?" soalan Azimah itu mengalihkan perhatian apek kedai daripada tv yang sedang di tontonnya itu.

"berapa kilo mau?" soal apek kembali dengan sengihan memanjang

" takkan nak beli sekilo apek...nak buat lukisan saja. Bukan mau buat kuih." Azimah tersenyum kerana faham apek hanya mahu mengusiknya saja.

"banyak ini cukup tak moi" apek menghulurkan plastik kecil berisi tepung kanji. Azimah mengambilnya dan membayar.

"30 sen lah moi..suda naik harga maaa" azimah berpaling semula, menjengilkan mata kepada apek.

"alah pek, 10 sen pun berkira ker ? saya bawak 20 sen saja" Apek hanya tersengih menunjukkan giginya yang tidak rata.

"oklah, oklah" Apek mengangkat tangannya sambil menggoyang-goyangkannya seolah-olah menghalaunya. Dengan pantas Azimah mengayuh basikalnya laju-laju ke rumah. Mengharapkan masih ada waktu untuk menyiapkan kerja sekolah sebelum memasak makan malam.

Dari kejauhan dia melihat Fakhri juga mengayuh basikal menghala ke rumahnya. Mungkin baru pulang dari rumah datuknya. Azimah memandang kepada pemuda pujaan hatinya itu dengan perasaan yang galau. Dia terlalu meminatinya, memujanya dan menghormatinya. Bukan kerana dia terlalu tampan tetapi kerana kebaikan akhlaknya, kebijaksanaannya, dan sifat-sifat baik yang dibicarakan orang seluruh kampung. Sebagai anak dara dia hanya mampu menyukai semata-mata. tidak lebih dan tidak kurang. Tambahan pula dengan keadaan keluarganya yang serba kekurangan.

Sampai saja ke rumah, ibu sudah pun balik. Di atas kepalanya menjunjung seikat kayu api untuk memasak. Azimah membantu ibunya menurunkan kayu itu dari atas kepala. Ibu melepaskan lelah sambil duduk diatas kayu yang baru diletakkan. Tangannya mengibas-ngibas muka menggunakan kain batik yang tersimpul atas kepala.

"ambilkan mak air". minta ibu dengan keluhan yang panjang dilepaskan. Azimah bergegas ke dapur menuang air ke dalam gelas yang tersedia dan membawa air kepada ibu yang sedang menanti sambil termenung jauh.

"apa yang mak menungkan ?" sapa azimah sambil memandang terus ke muka ibunya.

"ayah dah balik?" soalan itu menunjukkan ibu tidak mahu berkongsi suara hatinya.

"belum." jawab azimah sambil bangun membawa gelas kosong di dapur. Dia kembali menjengah muka ke beranda tetapi ibunya sudah tiada di situ. Mungkin sudah turun ke telaga untuk membasahkan badan yang berpeluh-peluh selepas sibuk mencangkul batas-batas untuk menanam ubi. Pertengahan tahun ibu memang akan sibuk dengan batas ubinya supaya dapat mengejar jualan pada musim tengkujuh dimana semua orang mencari makanan klasik tersebut peneman kesejukan dalam musim tengkujuh. Mungkin juga sudah jadi budaya masyarakat setempat apabila musim tengkujuh selera dengan pelbagai jenis ubi jadi meningkat. Walaupun sudah banyak makanan moden dibekalkan di kedai runcit dan juga pasaraya namun ubi tetap laris pada musim ini.

CINTA KUBURANStories to obsess over. Discover now