Chapter 6: Sesat

203 9 0
                                    

*Farra POV*

"Farra, ikat ribbon tu kat pokok." Hanif cakap. Aku tak cakap apa-apa, aku hanya mengikat ribbon itu. Kami berjalan jauh dari tempat permulaan..

Lama kelamaan ribbon semakin sikit. "Farra ikat ribbon tu." Hanif arah aku.

"Ok, tapi Hanif, ermm.. ribbon kita dah habis. Yang ni last." Aku jawab.

Tapi tiada siapa yang memberi perhatian kepada aku jadi aku ikat saja ribbon yang terakhir dan ulang semula. "Korang, Ribbon kita habis."

Masih tiada siapa yang dengar kerana mereka sedang berbincang arah tuju mereka selepas ini menggunakan peta.

Aku ulang dan ulang perkataan yang sama sampai aku keletihan. Jawapannya tetap sama.

Masa dah nak dekat senja dan ada sesuatu yang tidak kena dengan jalan. "Kita kat mana ni? kau pasti ke jalan ni? Bukan kita dah jalan ke tempat ni?" Alya risau sebab mereka mula berjalan dari pagi sampai senja.

Hanif juga rasa risau. "Aku pun rasa macam tu, kita sesat ni. Jom patah balik." Hanif pusing dan mula mencari sesuatu. "Farra mana kau ikat ribbon tu?"

Aku rasa macam nak tumbuk muka dia, sekarang baru nak tanya!

"Sekarang baru kau nak tanya! aku dari tadi sebut ribbon dah habis tapi semua orang pekak agaknya korang ada taik telinga banyak kut dalam telinga korang!" Aku marah sambil meletakkan tanganku diatas pinggan ku.

"Habis?! Bila habis?" Hanif terkejut.

"Lama daa."

"Sekarang kita buat apa?

Asyraf, bagi kompas."

Asyraf cari dekat tepi pocket beg dan dia terkejut dan membuka begnya dengan bergegas.

Dengan panik Asyraf jawab. "Tadi aku letak kat tepi beg . Aku rasa terjatuh lah." Sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.

"Asyh!! Alaaahai.. kau ni." Hanif mula naik angin dan stress.

*Asyraf POV*

Aku ketakutan.. 'Salah aku ke? kitaorang sesat sebab aku? aku puncanya? Aku nak buat apa sekarang?' Soal ini bermain diatas kepala aku.

Cikgu Misya memberi cadangan. "Apa kata kalau kita jalan kehadapan jer?"

Semua orang berjalan kehadapan tanpa memberi jawapan. Semua kelihatan letih ,risau dan kecewa.

Dalam perjalanan ada sesuatu yang berlaku kepada Adam dan aku.

Semua orang berhenti. Alya cakap. "Aku laparlah. berhenti jap, boleh?"

"Jom pergi kat pokok tu." Adam cakap.

Aku kat belakang mereka, aku tengah tengok peta dan disebabkan aku tengah fokus, aku dengar apa diorang cakap. Tiba- tiba aku terdengar ada benda jatuh. 'Duhh'.

Jadi aku pergi jalan lain dan mereka pergi jalan lain. Aku berhenti berjalan kerana aku baru sedar yang aku berada didalam hutan sorang diri.

"Korang!Hanif!Adam!" Aku menjerit kerana ketakutan.

*Farra POV*

"Ahhh!!!aghhh!!!" Adam menjerit.

Adam terjatuh dalam gaung. "Adam kau ok tak?!" Alya tanya.

"Aku ok."

" Asyraf, bagi tali." Hanif cakap dan mengharapkan jawapan dari Asyraf tetapi Asyraf tak jawab.

apabila semua orang pandang belakang mereka mula cemas. "Asyraf! Asyh! Asyh!" semua orang menjerit namanya.

"Apa kata korang pergi cari dia dulu lepastu baru korang tolong aku." Adam dengan rela hati menyuruh kumpulannya tinggalkan dia.

Aku fikir Hanif akan cakap 'tak boleh, bahaya kalau tinggal kau sorang dalam hutan ni.'

Tapi Hanif jawab dengan muka bodoh jer. "Ok, Jom cari Asyraf."

Kesian Adam. kitaorang mula cari Asyraf.

Lama kelamaan kami jadi penat dan letih.

Malam pun dah nak tiba jadi kami bermalam di tempat kami berhenti.

Cikgu Misya cakap. " Kita bermalam kat sini lah.. Dah malam. besok je lah cari Asyraf."

Langit BiruWhere stories live. Discover now