"Jom kita pergi ke meja. Wakil dia sudah pun menunggu." Faris dan Afif berjalan bersama ke meja.

Irwina terkejut bila yang berada di meja itu Jun Wei dan juga pembantunya. Tadi semasa Afif bertemu Jun Wei, dia ke tandas sebentar.

"Oh awak PA Afif?" soal Jun Wei separa berbisik saat Irwina mengambil tempat duduk di sebelahnya. Irwina mengangguk.

"Encik Jun, inilah Encik Faris, wakil syarikat pembangunan yang bersama saya untuk membangunkan resort itu." Afif kenalkan Faris kepada wakil CK Media, Jun Wei.

Oh dia ke pula wakil CK Media. Selama hari ini aku berurusan dengan pembantu dia je rupanya. Desis Irwina.

"Koh Jun Wei, director of production team from CK Media." Jun Wei perkenalkan diri.

Jun Wei dan Faris berjabat tangan.

"I'm Faris Daniel. Team leader from WA Constructions. Nice to meet you." Kata Faris. Jun Wei senyum namun masih belum melepaskan pegangan tangannya.

"Have we meet somewhere before Encik Faris? I feel like I have known you for quite sometime."

Kata Jun Wei namun Faris sepertinya tidak berapa ingat Jun Wei.

Si Jun ni mudah kenal semua orang ke apa? Atau dia memang ada kaitan dengan Faris ni? Irwina pandang Jun Wei dan Faris silih ganti.

Biarlah bukan urusan aku lagipun.

Perjumpaan antara tiga syarikat itu berakhir dengan masing-masing menikmati hidangan yang tersedia. Irwina hanya membuat kerjanya, mencatat apa yang patut dan nanti buat report.

"Bos, saya nak keluar sekejap." Bisik Irwina pada Afif. Afif mengangguk.

Irwina rasa macam buang masa je dia duduk serupa tunggul kat sebelah Afif tu. Kerjanya sudah habis, Afif pula sedang berbual bersama Jun Wei dan Faris. Dia tak rasa dia ada keperluan duduk situ.

***

Kolam

Irwina turun ke kolam yang tiada orang. Dia rasa damai di situ. Angin malam yang bertiup sejuk buat dia tenang. Dia duduk di satu kerusi yang ada di tepi kolam itu. Dia melihat langit malam yang dihiasi bintang.

Esok dah nak balik. Tapi hal antara aku dengan Afif masih belum settle. Aku tak sanggup untuk terus akward dengan dia.

Tapi salah aku juga. Bodoh sangat. Tulah ikut sangat hati kau tu.

Bodoh! Bodoh!

Irwina memukul kepalanya. Kemudian dia mengeluh. Dia baring di kerusi.

Macam mana aku nak selesaikan semua ni?

Kali ini Irwina bangun pula. Dia berdiri di tepi kolam, berjalan di tepi kolam itu.

Kepalanya sesak dengan bermacam perkara bodoh yang dia dah buat.

Tapi nak tak nak hadap jelah apa yang aku dah buat. Berani buat berani tanggung. Nasiblah...

Irwina mengangguk. Dia berjalan tanpa dia sedar, dress labuhnya itu terlilit di kakinya.

Kecebuur!

Irwina jatuh ke dalam kolam.

Aku tak pandai berenang!

"Tolong! Tolong!"

Tenggelam timbul suaranya meminta tolong.

"IRWINA!"

Kemudian pandangannya gelap.

***

Ballroom

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now