"Kau berhenti kerja?"

"Tak tapi aku ambil cuti hari ni." Irwina turut menyuap makanan. Dian senyum. Okaylah tu Irwina buat keputusan macam tu.

Telefon Irwina berdering. Nama Afif naik. Dia teragak-agak untuk angkat atau tidak. Kalau tak angkat silap gaya kena marah dengan Afif, tapi kalau angkat takut rasa akward pula.

"Siapa?" soal Dian. Dia sudah selesai makan.

"Afif."

"Oh angkat jelah. Dia masih bos kau." Kemudian Dian keluar dari dapur.

Panggilan itu mati. Namun Afif call Irwina lagi. Irwina menarik nafas dalam.

"Hello bos." Jawab Irwina.

"Awak kat mana?"

"Saya kat rumahlah. Kan saya ambil cuti hari ini." Kata Irwina.

"Ada saya approve cuti awak?" kata Afif lagi.

Ya Allah, nak je aku kerat 18 mamat ni!

"Erm tak ada."

"Pack your bag. We will work outstation for 2 days." Kata Afif kemudian mematikan talian.

OUTSTATION THIS SUDDEN?! WHAT THE HELL IS THIS!

***

Resort

Irwina mengekori semua tempat yang Afif pergi dengan pemaju untuk melawat kawasan sekeliling. Resort yang 95% siap itu akan beroperasi dua bulan akan datang. Dan menurut Afif, resort ini akan mendapat sambutan yang tinggi daripada pelancong.

"Saya gembira dengan hasil kerja dari pihak awak, Encik Faris. Cepat dan pantas, seperti slogan awak." Kata Afif kepada wakil syarikat WA Constructions, Encik Faris.

Boleh tahan handsome juga Faris ni. Tapi Afif handsome lebih siiiikit dari Faris.

Ah Irwina focus! Focus! Ya focus!

Irwina kembali memandang buku nota yang dibawanya bersama.

"Saya pun gembira sebab encik memilih kami untuk membangunkan resort ini." Kata Faris. Dia senyum.

"So kita jumpa lagi nanti malam. Kita akan berbincang mengenai promotional video resort ini pula. Saya harap encik dapat datang." Kata Afif lagi.

"Saya berbesar hati dapat menyertai encik malam ni." kata Faris kemudian mereka berjabat tangan dan mengambil haluan masing-masing.

Afif berjalan menuju je keretanya. Bila dia pusing dia lihat Irwina duduk di sebuah kerusi, membelek kakinya. Afif datang mendekati.

"Awak ni dah kenapa?" soal Afif sambil berpeluk tubuh.

"Kaki saya melecet lah bos. Mungkin sebab banyak sangat berjalan tadi." Kata Irwina masih tidak memandang mata Afif.

Afif melihat Irwina yang tidak mengangkat wajahnya. Irwina masih menunduk memandang lantai.

"Tulah siapa suruh pakai wedges dah tahu nak lawat site." Kata Afif kemudian dia melangkah pergi.

Irwina mengangkat tangan seperti mahu memukul Afif lepas Afif hilang dari pandangannya.

"Kalau aku tahu nak lawat site aku tak pakailah kasut ni!" kata Irwina geram.

Ugh Afif makin annoying. Dia marah aku ke apa?

Aduh sakitnya. Tapi baik aku jalan ke kereta cepat. Kalau lambat nanti aku kena tinggal pula.

Irwina cuba menyarung kasutnya kembali namun sebaik kasut itu mengenai kawasan kulit kakinya yang melecet, terasa pedih yang amat. Namun dia tetap cuba berjalan dengan kakinya yang sakit.

"Hei hei nak pergi mana tu?" Suara Afif yang tiba-tiba buat Irwina terkejut. Afif datang bersama kotak kecemasan.

Dia pergi ambil kotak kecemasan? Untuk aku?

Terasa jantungnya berdegup kencang saat langkah Afif makin mendekat. Dia hilang kata-kata.

"Duduk." Arah Afif. Irwina menurut tanpa banyak bunyi.

"Mana kaki yang melecet tu?" soal Afif sambil tangannya membuka kotak kecemasan.

Irwina hanya menuding jarinya ke arah kaki kanannya tanpa suara. Afif mengeluarkan ubat sapu dan plaster.

Tanpa teragak-agak, Afif menyapu ubat di kawasan yang melecet dan menampal plaster di situ.

"Kaki kiri okay?" soal Afif. Irwina hanya mengangguk. Afif mengemas kembali kotak ubat tu dan menghulurannya pada Irwina. Irwina menyambut namun dia tidak memandang Afif.

"Bawa kotak tu ke kereta. Aku tunggu kat kereta." Kata Afif kemudian dia melangkah pergi.

Irwina melepas nafas. Berada berdekatan dengan Afif buat dia tidak boleh bernafas.

Macam mana aku nak berdepan dengan dia sampai esok kat sini...

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now