bab 18

188 11 0
                                    

"Kau nak tahu sama ada aku membuat perjanjian itu atau tak, bukan?"

"Apa kata kau cari sendiri jawapan soalan kau?" Balas Qairana lalu tersenyum sinis. Matanya mula berubah menjadi warna merah seperti darah. Terdapat simbol kilat pada mata kanannya dan simbol ais pada mata kirinya.

"Boneka kegelapan, mara dan bunuh musuhku!"

Boneka-boneka yang dikawal oleh figura itu terhenti daripada pergerakan mereka dan bertindak melawan perintahnya. Figura itu hanya kekal tenang dan mengeluarkan pedang miliknya dan menghapuskan kesemua boneka itu. Dia kemudiannya mula menyerang Qairana yang berada berhampirannya.

"Ciel, lagi sekali-"

Mata Aika terbuntang apabila melihat badannya kini ditusuk oleh tombak milik Yuuki yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. Dia baru sahaja ingin mencadangkan untuk menggunakan gabungan kuasa miliknya dan Ciel semasa figura itu sedang sibuk berlawan dengan Qairana.

"Aika!!" Jerit Ciel sekuat hatinya. Hyunrin yang berada di seberang kedudukan mereka terkedu melihatnya.

"Kuasa kau dan kawan kau agak menyusahkan kami." Kata Yuuki lalu menarik kembali tombaknya. Ciel mula berlari ke arah mereka berdua.

"Kalau aku mati, kau pun akan ikut sama!" Jerit Aika lalu membuat ceracak halilintar menusuki badan Yuuki daripada pelbagai arah. Ceracak itu kemudiannya merenjat badan Yuuki dengan voltan tertinggi.

"Arghh!!!!!"

"Magis air, perangkap air!!" Ciel mengambil peluang itu dengan mengurung badan Yuuki di dalam bebola air gergasi. Gabungan dua kuasa itu menyebabkan berlaku ledakan kuasa yang kuat!

"Ciel! Aika!"

"Qai, ketepi!"

Melihat ledakan kuasa itu membuatkan Qairana tidak fokus pada perlawanan dia dan musuhnya itu. Hyunrin dengan pantas menolak badan Qairana jauh daripada medan misteri yang tiba-tiba sahaja muncul di bawahnya.

"Ledakan tenaga!"

"Arghh!!"

"Hyunrin! Tak guna kau!" Hyunjin dengan pantas menembak kuasa api melalui sayapnya ke arah figura itu manakala Akira pula menguatkan panah api itu dengan kuasa angin miliknya. Arata pula bergegas untuk melihat keadaan Ciel dan Aika yang terkesan akibat ledakan kuasa mereka berdua.

"Ciel! Aika! Mana korang?!"

"Matilah kau!"

Keadaan di medan perang itu seolah-olah terhenti. Suara di sekeliling juga berubah menjadi senyap sunyi. Tiada bunyi ledakan kuasa, suara jeritan manusia bahkan tiada bunyi burung berterbangan di awan. Qairana hanya memerhatikan sekelilingnya yang kini sedang berhenti bergerak.

"Kau pernah dengar tentang kristal masa?"

"Aku pernah dengar tentangnya. Dan aku pernah cuba untuk cari kristal tu. Aku mahu ubah masa silam aku."

"Bila aku 'jumpa' kristal tu, aku tak rasa nak gunakannya lagi. Sebab setiap benda yang kita ubah akan beri kesan pada masa depan."

"Topik perbualan kau agak secara tiba-tiba. Kenapa kau bercerita tentang kristal masa? Mana wujud kristal tu."

"Hehe.. aku tak tahu kenapa aku buka tajuk ni. Tapi Qai, kalau kau diberi peluang untuk hentikan masa, apa yang kau nak buat?"

"Kenakan kawan-kawan aku."

"Ahahaha itu benda yang aku selalu buat! Aku suka ganggu kawan-kawan aku dengan kelebihan aku. Tapi Qai, percaya tak cakap aku yang peluang tu akan muncul juga nanti?"

Reamonia: Academy of Magic (Rewrite)Where stories live. Discover now