CHAPTER 1 : A story is not always a lie, some stories are truer than truth.

123 2 0
                                        

Viey tersedar dari lena apabila merasakan selimutnya ditarik-tarik. Dia mengeliat sambil menguap malas. Sekali lagi selimutnya ditarik, kali ini didahului dengan salakan nyaring Celine, iaitu anjing peliharaannya yang manja dan berketurunan german shepherd itu. Viey melirik jam empat segi didinding. Jam 10.20 pagi. "Give me another 10 minutes Celine, its still early." Ucap Viey malas dan menarik selimut menutupi seluruh badan dan kepalanya. Kali ini Celine lantas naik keatas katil dan menarik selimut yang menutupi wajah tuan kesayanganya itu. Habis wajah Viey dijilat disertai dengan salakannya yang nyaring untuk memaksa tuannya bangun.

"My God, okay..okay Celine. You're so stubborn laa.." Rungut Viey sambil bangun dari katil. Mengalah dengan gangguan Celine. Celine hanya duduk memerhati Viey mengikat rambutnya yang messy itu. Melihat kediaman Celine membuat Viey tersenyum. 'Merajuk lah tu orang kata stubborn.'

"Stubborn just like me." Sambung Viey sambil mengusap kepala Celine. Lantas Celine turun dari katil sambil mengibas-ngibas ekornya. Kembali aktif seperti tadi.

Setelah memberikan "breakfast" untuk Celine, Viey duduk di sofa untuk turut sarapan coco crunch tambah susu. Masa tu ada ulangan program Running Man. Kakinya dinaikan keatas meja sambil matanya memandang kaca teleisyen. Sempat pula kakinya menolak tepi mangkuk semalam yang digunakan untuk makan keropok sebelum tidur. Di sebelah kiri pula ada mug yang belum dicuci entah berapa hari sudah berlalu. 'Nantilah cuci.' Bisikan yang selalu hanya berlalu bagai angin malam.

Tepat jam 11.45 pagi, seperti biasa, barulah Viey dan Celine keluar untuk jogging seperti biasa. Viey perasan memang orang pelik melihatnya keluar bejogging pada waktu begitu kerana sudah hampir tengahari. Tambahan pula kawasan jogingnya adalah berdekatan dengan sebuah kampus awam. So ramailah orang tengok. But who cares, just put an earphone and go ahead. Tambahan pula, dia ada misi yang harus diselesaikan sejak peristiwa itu. Dia berjanji!

Viey mengelap peluh sambil melepaskan pet necklace Celine yang diikat pada pegelangan tangan. Seperti biasa, mereka akan duduk berehat di sebuah kerusi taman yang berdepan dengan kampus awam. Hanya dipisahkan dengan jalan raya besar. Celine turut duduk diatas rumput seperti keletihan lepas ikut berlari kononnya. Wajah Viey yang cerah bertukar kemerahan akibat cuaca panas.

"Celine kalau saya cakap go nanti, terus halang kereta dia, okay?" Ucap Viey. Celine menyalak sekali seakan mengiyakan. Akan tetapi selepas itu Celine terus berdiri dan berlari laju kearah jalan raya besar dan menyeberangi jalan itu dengan berani. Pet necklace yang memang sudah lepaskan sejak tadi membuat viey tidak sempat menghalang Celine.

"Celine no! Not this time!" Jerit Viey yang terkejut dengan tindakan tiba-tiba Celine. Dalam masa yang sama, terdengar bunyi hon kereta yang panjang disertai bunyi tayar berdecit akibat bergesel dengan jalan raya. Viey menjerit sambil menutup matanya.

Setelah bunyi kereta hilang Viey membuka matanya, dia melihat diseberang jalan sana Celine sedang menggigit sebuah pet necklace yang terpasang pada seekor kucing gebu berwarna jingga. Viey pantas berlari kesana.

"Celine! Are you okay?!" Viey membelek-belek tubuh Celine yang masih mengigit pet necklace kucing tadi. Kucing tu pula masih meronta-ronta macam cuba mau lari. Celine baru saja menyelamatkan kucing ini dari dilanggar kereta tadi.

"Anyway good job celine!" Puji Viey sambil mengusap kepala Celine. Lega kerana tiada kecederaan berlaku.

"Dion! Are you okay dear?!" Shane tiba-tiba meluru dari gate kampus awam tersebut sambil memeluk kucing gebu tadi. Sejurus itu juga pet necklace yang masih digigit Celine membuat badan Celine sedikit tertarik kedepan.

"Hey! Hati-hati sikit boleh ka!?" Sergah Viey. Shane yang memakai nametag dan beg belakang itu melihat Viey dan Celine seakan baru sedar keberadaan mereka disitu. Shane adalah seorang pelajar dari kampus awam tersebut. Celine melepaskan pet necklace dan menyalak sekali dengan kuat kepada Shane.

"Wo..wo.. im so sory." Kata Shane sambil memberi isyarat berhenti menggunakan tangan kearah Celine. Tiba-tiba sebuah kereta yang sangat dikenal Viey keluar dari kampus. Flat no. ST777C.

"Celine go!" Kata Viey nyaring. Namun kali ini Celine lansung tidak memberi sebarang reaksi. Hanya duduk sambil menjelirkan lidah dengan wajah selamba. Bulat mata Viey melihat reaksi Celine itu. Tidak pernah pula celine akan mengabaikan arahannya.

"Pfftt!" Shane yang melihat cuba menahan tawanya. Viey menjeling tajam.

"Why you laugh?!" Marah Viey. Mau tutup malu jugalah.

"Nothing. Saya tiada ketawakan kau." Balas Shane laju sambil pura-pura meng lock pet necklace Dion pada pergelangan tangannya.

"Shit. Ugly cat! Celine lets go!" Bidas Viey sambil menarik tali Celine dan terus berlalu. Dia harus bawa Celine ke Vet lepas ni untuk dapatkan suntikan vitamin seperti biasa setiap bulan.

"My Dion is pretty than you la." Balas Shane perlahan sambil melihat Viey dan Celine berlalu.

"HELLO, Frank. Kasi tau si Hans, saya mau jumpa dia jam 2pm ini." Kata Viey dan terus mematikan talian. Frank adalah salah seorang dari anak buah Hans, ketua kelab G-Roar. G-Roar adalah sebuah kumpulan gangstar terkenal yang digeruni ramai.

Misi persendirian Viey baru saja berjalan 3 hari, namun dia merasakan dia memerlukan bantuan kumpulan Hans untuk menjalankan semua itu meskipun pada awalnya dia mahu melakukan semua sendiri tanpa bantuan sesiapa. Dia kenal Hans 6 bulan yang lalu ketika dia berlatih ilmu pertahankan diri.

Setelah sampai di Vet biasa, Viey terus membawa Celine ke kaunter macam biasa. Pekerja disana pun sudah kenal sama si Viey dan Celine sebab sudah 6 bulan jadi pelanggan tetap.

"Hey Celine!" Sapa pekerja Vet tu ramah sambil usap Celine.

"Dion." Kata satu suara pula dikaunter sebelah. Automatik Viey menoleh. Shane, lelaki tadi ada disana sambil memperkenalkan kucing peliknya tadi pada pekerja kaunter 2. Pekerja kaunter satu dan dua tersebut automatik berpandangan lalu ketawa.

"Wahh Celine Dion pula. Ngam lah kan." Kata pekerja itu sambil mengusap Dion. Viey malas mau peduli. Well, dia baru perasan jugalah, tapi biarlah tidak penting juga. Fikir Viey.

"Inject Vitamin macam biasa." Kata Viey kepada pekerja kaunter 1. Dia mengangguk dan membawa Celine yang hanya mengikut.

"Dia injured sikit tadi due to small accident." Terang Shane pula pada kaunter 2. Pekerja itu mengambil Dion yang juga tidak melawan.

"Good boy.."

"Good girl.." Pekerja itu berkata serentak pada Celine dan Dion.

"Girl?"

"Boy?" Kali ini Viey dan Shane berkata serentak dengan wajah hairan. Lepas itu kedua mereka ketawa seperti mengejek.

"No wonder la perangai macam tu. Tomboy." Kata Viey sendiri. tapi sengaja sebenarya mau si Shane dengar.

"Anjing kau pun sama. Sado-sado gitu dibagi nama gigirl. No wonder pundan." Balas Shane berani. Kali ini sempat sudah dia membalas, sebab tadi tidak sempat.

"What?!" Makin naik darah si Viey. Tapi si Shane pasang wajah selamba ja.

"Miss Viey, done." Kata Dr Ella sambil membawa Celine keluar dari Injection room. Dr Ella adalah doktor haiwan disana. Dalam masa sama, hp Viey berbunyi.

"Hello Hans?" Jawab Viey. Mendengar nama itu, Shane yang baca buku pasal pet terus menoleh.

"Kau disini sudah? Bah kejap." Viey terus matikan talian pegi kaunter untuk bayar bill Celine. Shane melihat keluar Vet clinic, ada kereta hitam yang sepertinya dia kenal.

"Wait, which Hans?" Tanya Shane tiba-tiba dengan wajah serius. Viey hanya menjeling tajam pada Shane. 'Tiba-tiba pula. penyibuk betul. Bukan saya kanal kau pun' fikir Viey dan terus keluar bawa Celine tanpa menjawab si Shane.

Shane melihat Viey masuk dalam kereta hitam tu dankemudian meluncur laju. Shane diam sekejap. 'Hans G-Roar? Apa kaitan sama dia?'Fikir Shane. Ya dia sangat kenal Hans dan G-Roar. Kelab gangster terkenal danmusuh ketat Tiger Army yang bersaing ketat.                                                                                                

TRUTH & LIESStories to obsess over. Discover now