08 : The News

3.2K 226 34
                                    

" kau tahu? " Byun Sunha bersuara cuba membuka cerita diantara mereka sekawan. Ketiga-tiga mereka mula menumpukan perhatian pada perempuan yang bernama Sunha itu.

Siapa Byun Sunha? Dia merupakan salah satu daripada pembenci Aehyun. Kenapa? Perlukah aku menyatakan sebab kenapa dia membenci Aehyun? Rasanya tidak. Kerna itu normal. Seperti mana yang aku katakan di chapter pertama, Aehyun memang mempunyai ramai pembenci. Mereka tergolong.

" tahu apa? " tanya Irena. Salah seorang daripada kawan Sunha. Dia yang tadi bersandar mula duduk tegak dan mendekatkan lagi kepalanya pada Sunha.

" perempuan tu dah kahwin dengan Park Jimin daripada syarikat faveries. ew. tak layak langsung dia dengan Jimin. " Sunha memaparkan wajah menjengkelkan selepas menghabiskan ayat terakhirnya.

" macam mana kau tahu? tak masuk news pun? kenapa cerita ini tak heboh? " soal Seoyeon. Wajah blur ditayangkan. Dia inginkan kepastian.

" aku tahu daripada kawan aku. aku terdengar. berita ini memang tak dihebohkan. aku pun tak tahu kenapa. " Sunha mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

" setahu aku teman lelaki dia bukan Jimin kan? " Chaera menyampuk dan berhenti bermain dengan telefon pintarnya. Topik mereka kedengaran menarik pula.

" kau pun tahu, Aehyun umpama pelacur. Lepas akhirkan hubungan dengan lelaki lain, ada sahaja spare part dia. ish " kata Sunha dengan nada tidak puas hati. Apabila teringat akan wajah Aehyun, rasa nak tendang-tendang sahaja.

" kalau masa berhubungan kekasih putus dan dapat yang baru macam mana pula dengan kahwin kali ini? tak akan dia nak bertukar suami setiap hari? ee tak dapat aku bayangkan. " Sampuk Irena lalu menyedut kopi aisnya dengan laju.

" atau.... dia bayar lelaki untuk jadi boyfriend dia dengan harga yang lumayan? "

" mungkin. "

dan sejurus itu, ketawa mereka empat sekawan tercetus.

" macam mana kalau, aku cuba goda suami dia? " kata Sunha dan serentak itu Irena, Chaera dan Seoyeon memandangnya.

" untuk? "

" bagi dia pengajaran? biar dia rasa kehilangan? " Sunha mengangkat kening kanannya tinggi dan penuh makna.

" menarik juga. " Chaera tersenyum senget

" bila kau nak mula? " celah Irena dan kini tumpuan mereka bertiga mula lekat pada Sunha semula.

" anytime. aku boleh minta jawatan dekat syarikat suami dia. lagipun siapa yang tak nak ambil pelajar yang berpelajaran tinggi macam aku? "

" of course "

" lagipun kau pakej. "

" tahu tak apa "

---

" macam mana semalam? menjadi? atau hampa? " soal Taehyung selepas menyedut sedikit kopi susu sejuknya lalu diletakkan semula di atas meja. Matanya dari tadi tidak lepas memandang Jimin.

" apa maksud kau? " kalini Jimin melemparkan soalan. Soalan Taehyung tidak dijawab malah hanya dibiarkan tergantung.

Taehyung menggulingkan biji matanya. Menyampah. Kenapa sahabat rapat dia dihadapannya ini sekarang begitu lembab menangkap sesuatu yang cuba disampaikan olehnya?

" maksud aku, kau sudah jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang suami? kau sudah jalankan aktiviti atas katil yang aku cadangkan itu? " Sekarang Jimin faham. Faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Taehyung.

Suami Terpaksa ✦ PJMWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu