Tinta 2

320 9 0
                                    


Nervousnya lahai! Dari dalam Electronic Train Service (ETS) lagi dah dup dap dup dap apatah lagi dah sampai Kota Damasara ni. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin. Nadia terus memulakan langkah untuk masuk ke dalam pejabat. Nasib baik ada masa lagi 5 minit.

Hmmm. Dengan siapa aku nak tanya ni. Semua aku nampak staf lelaki, mana staf perempuan dekat sini. Takkan la satu pejabat ni tak pakai staf perempuan. Biar betik! Habislah aku macam ni. Haish!

"Ye cik, boleh saya bantu?" sapa seorang staf lelaki yang dari tadi memandangnya agak pelik sejak Nadia memasuki ke pajabat.

"Err... saya Nadia Khalilah. Saya nak jumpa dengan Encik Rizal Hanafi"

"Owh! Cik dari syarikat mana ye?" soal lelaki tu lagi.

Aku datang baru nak mintak kerja la. Hmmm. Kenapa dia tanya aku dari syarikat mana ni.

"Saya datang ni untuk interview kerja"

Muka staf lelaki tu agak terkejut apabila aku menyebut perkataan interview. Aik! Apahal kau buat muka pelik pulak ni. Ada keluar tanduk dekat kepala aku ke?

"Owh, yeke? Tapi Bos tak ambik pekerja perempuan untuk kerja dekat sini"

Pulak! Bos dia ni sebenarnya asal dari planet mana? Planet of the Apes ke apa? Yang semalam tu aku dapat emel daripada sapa? Bukan dari syarikat ni ke? Gumam Nadia dalam hati.

"Saya rasa Cik dah kena tipu mungkin"

Mak ai! Siapa pulak nak kenakan aku ni. Kau ingat rumah aku dekat belakang ni ke nak prank aku. Haish!

"Tapi encik, Encik Rizal yang suruh saya datang hari ni. Dia sendiri yang emel saya suruh interview"

"Macam ni la Cik balik je, mungkin tempat ni tak sesuai untuk Cik bekerja dan..." tertiba staf lelaki tersebut terdiam tanpa menghabiskan ayatnya.

"Dan apa encik?" soal Nadia tanpa memahami situasi yang sebenarnya.

"Ada masalah apa Kay?" satu suara yang agak tegas dari belakangnya membuatkan Nadia terkejut serta seisi pejebat turut menjadi kelam-kabut apabila hamba-Allah tersebut masuk ke dalam pejabat. Nadia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara tadi.

"Bos! Tak ada apa. Ni budak perempuan ni salah pejabat, dia cakap bos ada hantar emel suruh dia interview hari ni. Ni saya nak suruh dia balik" beritahu lelaki tu. Nadia hanya memandang makhluk Allah depannya ini. Hensemnyaaaa.

"SIAPA SURUH KAU CAKAP MACAM TU?" tengking lelaki yang digelarkan bos dalam kalangan staf membuatkan seisi pejabat tersebut terdiam. Kesian pulak staf ni tak pasal kena tengking percuma ja dengan bos dia disebabkan aku.

"Ikut aku, Now!" sambung lelaki tersebut sambil menunding jari ke arah Nadia yang dari tadi hanya diam membatu. Nadia hanya mengangguk dan akur dengan arahan lelaki itu. Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi.

Semua staf membulatkan mata apabila bos mereka menyuruh perempuan tersebut mengikutinya ke bilik. Sejak bila pulak si Lion King ni nak ambik pekerja perempuan. Dia ni dah buang terbiat ke apa?

Nadia hanya berdiri menunggu dipelawa untuk duduk sambil memegang failnya. Owh, dia ke Rizal Hanafi. Kenapa dia ni serious sangat? Gerun pulak aku.

"Apahal kau tak duduk?" soalnya dengan suara yang agak kasar. Hadoi! Kalau aku tahu dia macam ni, baik aku belah je tadi masa staf dia suruh aku balik. Memang habis la aku lepas ni kena buli. Nadia terus mengambil tempat di hadapan lelaki tersebut. Aku rasa tak sempat nak interview ni terus kena maki gamaknya.

P.A.Where stories live. Discover now