nisa haiqal | 1

18.8K 580 87
                                    







Timeline: Nisa at 33, Haiqal at 37


Nisa berdiri dengan kepala tunduk, dengan Haiqal yang dalam baju Melayu in onyx colour, sedang berdiri di hadapannya juga dengan kepala tunduk.

"Dah ke belum, yang?" Haiqal bertanya. Sakit matanya memandang gerak kerja tangan si isteri. Lenguh juga kakinya tegak berdiri begini. Dan lenguh juga tengkuknya tertunduk begini. Juga, lenguh kedua tangannya mengangkat baju Melayu yang dipakai ke atas, mendedahkan absnya begini.

Nisa masih tekun. Gerak jemarinya masih tekur mencuba, dengan matanya yang di sebalik kaca mata masih tajam cuba menyimpulkan sampin ini, mahu membentuk bunga.

"Takyah nak beria sangat lah, Nisa. Kan baju Melayu ni tutup sampin ni, ha," Haiqal menegur. Nisa tidak menjawab, hanya berbunyi merusuh sahaja. Dia masih nak cuba ikat sampin ni cantik-cantik!

Haiqal lelah. Dia akhirnya menolak kedua tangan Nisa yang masih bergelut, diturunkan baju Melayu yang diangkat tadi, dan kepalanya tunduk memandang Nisa. Nisa berkerut kening memandang suaminya. Haiqal turut berkerut wajah sambil membaiki ketidakselesaan baju yang dipakai. Kain sampin yang longgar di pinggang, hanya diselimpangkan pada baju sahaja.

"Apa susah sangat Nisa nak pasang sampai macam tu? Makin rabun eh bila mengandung kali ni?" Haiqal bertanya terus. Nisa menjeling suaminya. Tangannya naik, membentuk penumbuk dan terus ditumbuk dada Haiqal. Haiqal terlepas jerit. "Rabun, rabun. Abang tu asyik cakap Nisa rabun. Sebab tu dah jadi doa, rabun Nisa makin naik tau," Nisa membidas kembali.

Haiqal malas mahu kisah. Dan dia sendiri yang menarik bajunya ke atas, ditahan dengan dagu, dan di hadapan cermin, dia sendiri cuba mengikat sampin songket berbunga emas yang dipakai ini sendiri. Nisa turut malas mahu kisah dan terus saja dia menuju ke almari. Mencapai pakaian rayanya sendiri.

Haiqal terlepas keluhan besar. Nisa hanya lihat dari ekor mata. Haiqal terus melangkah keluar bilik. Sekali dengan laungannya turut bergema, "Along! Tolong papa! Pasang sampin papa ni! Along! Danial!! Haisa!!!"

Nisa yang mendengar, hanya ketawa lucu. Riuh benar suaminya ni. Diri yang masih bertuala, terus bersiap-siap mahu menyarung sepersalinan rayanya. Bila dilondehkan tuala yang dipakai, pandangannya jatuh pada perut buncitnya. Nisa senyum, diusap perut ini lembut.

Baby, harini dah Hari Raya. Jap lagi kita makan jambu batu dulu, baru kita pergi rumah atuk eh?

Nisa senyum sendiri. Perlahan-lahan, disarung gaun labuh yang dikhaskan untuk ibu mengandung di hari perayaan begini. Nisa terkial-kial mahu memasang zip. Dengan perut buncit ni lagi, adui... Nisa melepaskan lelah.

Baru mahu menarik zipnya kembali, tiba-tiba terasa sentuhan kecil di belakangnya. Nisa pandang belakang. Senyuman terukir terus, bila dilihat Hannah yang sengih sedang berdiri di atas katil dan berusaha untuk menarik zip gaun labuhnya.

Hannah dah siap, comel dalam baju raya yang sedondon; onyx colour juga. "Meh, mama. Angah dah siap. Angah tolong mama." Nisa ketawa dan hanya berdiri. Untuk si anak keduanya ini tolong tarik zip gaunnya ke atas.

"Papa mana?" Nisa bertanya. Hannah diam. Tangan kecilnya fokus cuba menarik ekor zip yang kecil ini. Wajahnya juga turut berkerut, sungguh fokus cuba menetapkan minda hanya pada kepala zip yang kecil ini. Tapi, perjalanan zipnya panjang lagi.

Nisa memandang belakang. Bila anaknya hanya diam tidak menjawab. "Boleh tak, angah?" Hannah masih tekun dan menjawab sungguh-sungguh, "Boleh, mama. Boleh."

Nisa ketawa kecil. "Nanti... angah dah siap zip, mama bagi jambu batu. Adik dalam ni nak. Angah pun nanti dapat sekali. Okay?" Hannah yang mendengar, terus hilang fokus. Matanya bulat, mulut kecilnya nganga. Dan terus, laju suaranya keluar, "Nak! Nak! Nak!"

Raya SpecialWhere stories live. Discover now