30

21.4K 1.2K 114
                                    

"Woahh! Korang buat apa basah lencun sampai macam ni?"

Terbeliak mata Amira tatkala aku dan Emir pulang dalam keadaan basah lencun. Malah tempat duduk kereta Myvi yang dinaiki Emir sudah basah akibat kami berdua. Entah milik siapa kereta tersebut masih lagi menjadi tanda tanya persoalan aku.

"Tuala please..." Aku ketap gigil menahan kesejukan.

Emir pula hanya beriak biasa. Apa yang sedang difikirkan oleh lelaki ini aku sendiri pun tak tahu. Semenjak dua menjak ni perangai dia semakin luar biasa, aku boleh katakan. Sehingga ada guru yang menegur perubahan tersebut. Entah angin apa yang menyerangnya, aku garu kepala. Hatiku bagai dijentik ingin bertanya namun mulutku lebih berat untuk bertanya. Seperti ada bongkah batu besar yang menghalang.

Amira cepat melangkah ke dalam bilikku dan mengambil dua helai tuala. Satu diserahkan kepada aku dan satu lagi kepada Emir.

"Korang dua mandi dulu. Aku siapkan milo panas untuk korang." Amira terus hilang di balik dapur. Aku cepat-cepat melangkah ke dalam biliku. Mujurlah bilikku dilengkapi dengan bilik mandi sendiri. Senang dan mudah.

Ketika aku memulas tombol pintu ada tangan lain yang turut memulas. Aku cepat tarik tanganku. Seperti ada arus-arus elektrik tatkala tanganku bersentuh dengan tangan Emir. Adakah ini disebabkan titisan air hujan masih lagi mempunyai ion yang bercas negatif dan positif yang belum hilang lagi bila sampai ke permukaan bumi? Atau disebabkan tangan kami berdua yang kesejukan boleh menyebabkan arus berlaku?

Pelik bin ajaib.

"Saya mandi dululah." Aku kerut muka.

"Aku mandi dulu." Emir tidak mahu mengalah.

Isk! Dia ni!

"Sayalah. Gentleman la sikit. Bagi saya mandi dulu." Aku cebik bibir.

Nak buat muka puppy eye? Memang taklah. Tak jalan dengan Emir. Pernah buat? Memang takkan aku nak buat untuk Emir. Emir senyum senget. Dia tundukkan sedikit mukanya ke arah aku. Apa kena dengan dia ni? Tersampuk jembalang hujan ke?

"Kalau macam tu jumlah mandi sama. Jimat masa, jimat air dan kau pun dapat pahala."

Segera terlepas pegangan tombol tandas. Mulutku terlopong. Isk! Dia ni kalau tak sehari boleh buatkan skru jantungku tak terjatuh boleh ke?

"Memang taklah! Nah! Mandilah sana. Berendam sampai jadi badak pun tak kisah!"

Aku angkat kaki meninggalkan Emir. Tidak betah lama di situ. Buatnya dia tarik aku sekali masuk dalam tandas bersama... ohhh! Jangan imagine dulu Althea. Otak kau semakin kuning semenjak Emir tinggal bersama. Adakah aku sudah diserang virus? Jangan-jangan aku terkam Emir dulu nanti.

Ehh? Ehh? Rewind balik. Pause. Pause! Aku ke tu? Astaghfirullah. Aku cepat beristighfar. Kenapa Emir semenjak dua menjak ni lain macam aje aku tengok. Dan aku sekali terjebak dengan perangai lain macam Emir. Bahana aku tinggal serumah dengan Emir kalau macam ni jadinya nanti.

"Nak pergi mana tu? Tak nak mandi dengan aku sekali ke?" Usik Emir.

Aku pandang tajam ke arah Emir. Bantal segi empat kecil yang kebetulan berada di tepi katil, aku baling tepat mukanya. Sayangnya Emir sempat mengelak. Bibirnya senyum sinis. Aku ketap bibir menahan rasa. Sudahlah aku tengah sejuk. Tambah lagi dia usik lagi macam tu bertambahlah takat kesejukbekuan aku sekarang ni.

Memang tempah maut sungguh. Ni sekor. Nak teman si Fareid berjemaah untuk diICUkan ke dalam mulut buaya agaknya.

"Nak pergi bilik Amira."

"Rugilah macam ni."

Aku genggam erat tanganku daripada membaling benda lain ke mukanya. Emir yang berada di depanku saat ini berlainan dengan Emir yang tadi ketika berdepan dengan Cikgu Ilham. Ini nasib baik aku tak cakap bilik CIkgu Ilham. Buatnya dia mengamuk dan kunci aku dalam tandas kes naya tu. Tak payah bayangkan.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now