twenty-nine

1.9K 241 65
                                    

Harini Jungkook bercadang nak jalankan terus kerjasama kami di Perancis itu. Aku memakai kasut wedges aku lalu terus keluar dari rumah.

Tetapi langkah aku terhenti apabola dihalang oleh Raejung.

"Kau nak apa lagi?", aku memandangnya tajam sebelum menjungkitkan kening aku. Dia tersengih.

"Kau tengok ni", dia menayangkan satu rantai. Rantai Irene semalam? Macam mana boleh ada dekat dia?

"Eh, macam mana boleh ada kat kau hah?", aku nak mengambilnya semula tetapi dia sudah menyimpannya ke dalam poket.

"Eh, eh. Dia pula yang kalut pasal barang orang lain. Kau nak curi ek?", dia berkata masih dengan sengihan di bibir yang buat aku rasa nak sepak muka dia sekarang.

"Eh, kau tu sedar diri sikit. Siapa yang nak curi sekarang ni? Kau ke aku?", aku menuding jari ke arahnya.

"Chill, Yoona. Aku tau betapa sayangnya kau dekat kawan kau. Tapi. Ada syaratnya kalau kau nak balik rantai ni", dia berkata lalu bermain dengan hujung kukunya.

"Kau nak apa setan?", aku berkata, agak keterlaluan tetapi aku sumpah dah tak tahan dengan pernagai setan perempuan di hadapan aku ni.

"Panggillah apa je yang kau nak panggil. Pukul 7 petang nanti. Jumpa aku kat Sungai Han. Deal. Ok bye", dia terus masuk ke dalam rumah. Sempat lagi dia melanggar bahu aku.

Aku menhenyakkan penumbuk pada tapak tangan aku sebelum memasuki kereta aku dengan perasaan marah.

---

"Ish. Mana perempuan ni? Aku tunggu lama dah ni. Suruh aku datang. Dahlah aku dah bagitau Irene pasal benda ni. Aku dah janji nak bagi rantai tu esok. Cis", aku membebel seorang diri sambil kehulu kehilir menunggu kelibat Raejung yang tak muncul-muncul.

Aku melirikkan mata aku pada jam tangan aku lalu aku mengeluh lagi. Sumpahlah. Tadi suruh tunggu sini pukul 7 petang. Sekarang dah pukul 7:45 petang. Kau tahu?

Tetiba, iphone X aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku menjawab panggilan selepas berdehem untuk mengawal suara aku yang tudak stabil kerana marah.

"Ye, Jungkook. Kenapa?", aku memulakan bicara dengan perlahan. Sambil itu, aku masih kehulu dan kehilir di tepi Sungai Han itu.

"Saya rindu awaklah", dia berkata du hujung talian dan itu sungguh membuatkan ketawa aku meletus.

"Hei. Baru je jumpa tak sampai sejam dah rindu. Macam manalah kalau dah kahwin nanti?", aku berkata lalu menggigit bibir aku apabila aku sedar apa yang aku perkatakan sebentar tadi.

"Eh, sudi rupanya nak kahwin dengan saya. Ingatkan kita ni tempat melepaskan geram je. Kalau dah kahwin nanti mestilah kita nak berlovey dovey lebih sikit dengan sayang atas katil", dia berkata dan aku boleh rasa yang dia sedang tersengih nakal sekarang ni.

"Ish. Ke situ pulak. Kahwinnya pun belum. Gatalnya fikir sampai ke atas katil bagai. Haritu tak puas lagi ke sayang?", aku saja mengusiknya.

"Ish. Janganlah bagi saya tak tentu arah", dia berkata agak tegas. Aku tergelak kecil.

Tetapi, tetiba sahaja aku dapat rasa ada satu tenaga yang menolak aku hingga jatuh ke dalam Sungai Han itu.

"Arghh!!", aku terjatuh ke dalam Sungai Han itu dan malangnya juga bagi aku sebab aku tak pandai berenang. Iphone X aku terbaling ke atas tanah.

"Sayang. Sayang! Kenapa ni?!", Jungkook sudah terjerit di dalam talian dan aku masih tergapai-gapai di dalam air itu.

Ya Tuhan. Selamatkanlah aku. Aku boleh lihat Raejung sedang mengambil telefon aku lalu dipijak olehnya.

"Kau memang patut mati je, Yoona. Kau tak layak hidup sebagai perampas", Raejung berkata sebelum meninggalkan aku yang akhirnya tenggelam di dalam air.

---

Jungkook's

Aku terus membaling telefon aku ke bahaian tempat duduk penumpang lalu aku melajukan kenderaan aku ke Sungai Han memandangkan aku mengelorinya tadi.

"Saya nak pergi Sungai Han jap ni. Ada orang nak jumpa. So, awak tak perlulah nak hantar saya petang ni"

Kata-kata Yoona tadi terngiang-ngiang di kepala otak aku. Apa yang aku tahu sekarang, ada sesuatu yang buruk berlaku pada Yoona.

Aku berhenti di sebalik semak untuk melihat Raejung sedang memijak iphoen X yang aku beri pada Yoona. Aku sudah nampak Yoona tergapai-gapai di dalam air.

Air mata aku tepis kasar apabila aku perasan yang Raejung sudah meninggalkan tempat itu.

"Yoona!", aku menjerit lalu aku terus terjun ke dalam air. Yoona aku cari di dalam air yang aku tahu sudah tenggelam.

Tuhan. Selamatkanlah, Han Yoona. Aku tak sanggup kehilangannya. Aku tak boleh hidup tanpanya.

Aku menimbulkan diri aku di permukaan air kerana ingin mengambil udara sebelum menenggelamkan kembali badan aku bagi mencari Yoona semula.

Aku pergi hampir ke dasar sungai sampailah aku ternampak satu susuk tubuh sedang terapung di dalam air, perlahan-lahan tenggelam ke dasar.

Aku melaukan renangan aku ke dalam air sebelum tangannya aku gapai. Aku memeluk badannya sebelum aku mencari punca ke permukaan air.

Udara terus menerpa muka aku lalu aku bernafas dengan laju. Aku berenang ke tepian sebelum badan Yoona aku letak perlahan ke atas tanah.

"Huh. Huh", aku masih tidak dapat mengawal nafas aku lalu aku terbaring di sebelah Yoona dan akhirnya aku juga turut pengsan kerana nafas aku yang semakin tersekat-sekat.

"Terima kasih, sayang"

"Sama-sama. Saya buat tu semua untuk sayang je tau"

"Thanks again. I love you, Jungkook"

"I love you too, Han Yoona"

•••

Rasanya diorang hidup tak🌚

K, bye💕

|√| [S1 & S2] Iphone - JJKWhere stories live. Discover now