Yela. Mana tidaknya. Jarang sekali terjumpa kes yang istimewa macam aku. Kes guru perempuan berkahwin dengan anak murid lelaki, bad boy pulak tu. Biasa yang didengar adalah cikgu lelaki kahwin dengan anak murid perempuan.

"Betul. Saya isteri Emir." Empat patah ayat sahaja jawapan aku menyebabkan riak wajah Cikgu Ilham berubah sertus peratus. Bahunya jatuh. Pandangannya menekur meja. Tangannya memanggung kepalanya.

Akward. Itu sahaja perkataan yang menggambarkan keadaan aku dan Cikgu Ilham sekarang ini.

"Tapi kenapa? Macam boleh kahwin dengan Emir? Emir paksa Thea ke? Emir ugut Thea ke? Atau ada kes sebenarnya antara Thea dengan Emir?"

Bertalu-talu soalan daripada Cikgu Ilham membuatkan aku diam. Mindaku tiba-tiba kosong. Tidak tahu untuk menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Cikgu Ilham. Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka akan datangnya detik masa yang menyebabkan aku terkelu. Tidak mampu memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan.

Ya Allah. Berat rasa hatiku. Pilihan di tangan aku sendiri. Aku sendiri tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Cikgu Ilham. Malah, aku tidak pernah menyangka hint yang dilontarkan oleh Cikgu Ilham sebenarnya lebih dalam perasaannya. Aku mengelak. Sungguh, kerana aku tidak mahu terlibat dengan emosi percintaan selepas putus dengan Fareid. Sakitnya masih terasa lagi. Bukan senang untuk melupakan cinta pertama yang hampir memakan masa selama 5 tahun. Sakitnya sampai aku rasa macam nak humban aje si Fareid tu dalam Sungai Batang Lupar. Biarlah dibaham tok nenek buaya kat sungai tersebut. Baru puas sikit hati aku.

Sesenang biawak dia tinggalkan aku demi perempuan lain. Eloknya aku ICUkan mereka berdua sekali gus. Biar cun sehati sejiwa. Sama-sama tempah maut dengan aku.

"Emir tak paksa atau ugut saya pun."

"Jadi betullah Thea kahwin dengan Emir sebab ada kes kan!"

Aku ketap bibir. Nak jawab apa? Yay or Nay? Angguk atau geleng? Positif atau negatif? Akhirnya aku diam tanpa berkata apa – apa. Tidak mengia atau menafikan soalan Cikgu Ilham.

"Kes apa Thea? Ceritalah dekat Ilham mana tahu Ilham boleh tolong Thea? Terutama lelaki macam Emir tu."

Entah kenapa telingaku berdesing mendengar nama Emir tersebut dengan nada sebegitu. Perasaanku berbaur. Nak cerita perkara sebenar dengan Ilham ke? Apa reaksi Ilham nanti? Tolonglah jangan dia nak ganti tempat Emir kalau aku ceritakan perkara sebenar kepada Ilham. Dan tolonglah jangan masa tu jugak si Emir muncul. Memang sah sambungan drama kisah aku, Emir dan Ilham akan berlatarbelakangkan di KFC ini.

"Thea please!" Cikgu Ilham bagaikan merayu." Tolong ceritakan perkara sebenar dengan saya," sambungnya lagi.

"Emir dengan saya memang dah berkahwin. Sebab apa saya dan Emir berkahwin biarlah kami berdua aje tahu." Senafas ayat tersebut keluar dari mulutku.

Serentak dengan itu nafas Cikgu Ilham bagaikan tersekat. Mukanya pucat. Malah tangannya digenggam erat. Menahan perasaan yang bergelojak hebat di hatinya mungkin.

"Tolong cakap ni semua tipu Thea?" lirih suara CIkgu Ilham. Kepalanya digelengkan beberapa kali, menafikan kenyataan yang baru terungkap sebentar tadi.

Aku tunduk kepala. Sedikit sebanyak serba salah aku terhadap Cikgu Ilham apabila melihat keadaannya seperti itu. Seperti orang baru putus cinta. Tidak dapat menerima kenyataan. Dan akulah penyebab kepada keadaan sebegitu.

Kejam ke aku? Mungkin lebih baik begitu.

"Cakaplah, kenapa Thea kahwin dengan Emir? Kalau sebab tangkap basah kenapa tak bayar aje? Tak payah kahwin dengan Emir."

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now