The Meaning Of Rain

2.2K 81 4
                                    

Jarum jam di dinding yang tidak pernah berhenti bergerak ke angka 7.Sowon yang masih tidur dibuai mimpi terjaga tatkala jam locengnya berdering.

Kring!!!!

Pantas tangannya menutup deringan jam locengnya itu.Sowon perlahan-lahan mencelik matanya.Patutlah dia tidur dengan lena sekali,rupa-rupanya pagi itu hujan turun.Sowon tersenyum sendiri.Dia amat suka dengar bunyi titisan air hujan.

"Such a great morning!"

Sowon mengambil tuala dan segera masuk kebilik air untuk membersihkan diri.

SKIP

Hujan turun pada pagi itu menyebabkan udara menjadi dingin.Jin menghangatkan tubuhnya dengan meminum secawan air coklat panas sambil memandang titisan air hujan yang mengalir di tingkap rumahnya.

Jin tersenyum tatkala melihat titisan air hujan itu kerana telah mengingatkannya terhadap yeoja yang dicintainya.

Dia mengambil telefon yang berada di poket seluarnya.Gambar seorang yeoja ditatap dengan penuh makna.Sekali lagi bibirnya menguntumkan senyuman.Pandangan kembali di alih ke luar tingkap.

SKIP

Sowon bersiap.Rambutnya diikat gaya 'ponytail'.Dia ke dapur untuk masak.Dia pasti namja yang dicintainya masih belum bersarapan.

"Apa patut aku masak eh?Sandwich?Bibimbap?Nasi goreng kimchi?"

Sowon hanya membuat makanan ringan sahaja.Menu sarapan untuk hari ini ialah kimbap,telur gulung,sandwich dan sedikit buah-buahan segar.Kesemuanya diletakkan ke dalam bekal.Setelah siap,dia kembali ke bilik.Dia melihat dirinya dihadapan cermin.

"Okey kot."

Apabila rasa semuanya okey,Sowon pun pergi.Sebelum keluar,dia tidak lupa mengambil bekal yang dibuatnya tadi.

SKIP

Jin membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas.Dia mengambil sejambak bunga di atas meja sebelum keluar.Dia menghidu bunga tersebut lalu menguntum sebuah senyuman.

"Kim Seokjin,fighting!"

Jin memakai cermin mata hitam sebelum memasuki kereta dan meninggalkan perkarangan rumahnya.

SKIP

Sowon berjalan sambil membawa payung kerana hujan masih belum berhenti.Sepanjang jalan,dia tidak berhenti tersenyum.Bekal di tangannya sentiasa dijaga.

SKIP

Lampu isyarat bertukar menjadi merah.Sementara menunggu lampu menjadi hijau,Jin berlatih percakapannya.

"Sowon-ah...please be my wife..."

Jin mengeluh.

"Macam mana eh?"

Dia memikir ayat yang sesuai.

"Kim Sojung,will you marry me?"

"Ayat klishe sangat lah pulak."

"Macam mana eh?"

Ppin!Ppin!

Jin tersentak apabila kereta di belakangnya hon.Rupa-rupanya lampu isyarat sudah hijau.Dia pun meneruskan pemanduan.

Bangchin ProjectWhere stories live. Discover now