5 // Hinaan Durjana

3.6K 179 4
                                    

"Awak tahu tak saya suka awak ikhlas kerana Allah swt dan saya harap sangat awak juga ikhlas dengan saya. Saya mampu terima awak yang tidak cantik dimata orang, cukup awak cantik di mata saya". Ujar Adam. Sebaris senyuman dihadiahkan buat Ainin.

Bagi Ainin. Senyuman itu cukup menawan sekali. Jarang sekali ada manusia mahu dekat dengan dirinya. Apatah lagi manusia yang berjantinakan lelaki lagi lah susah sekali.

"Walaupun ketinggian Encik Adam tak seperti manusia lain, manum budi pekerti Encik Adam tinggi sangat. Secara jujurnya saya memang tidak pernah mengenali mana mana lelaki selama ini". Kata Ainin. Adam sudah sememangnya sudah tahu.

"Dua hari lagi kita sudah nak kahwin. Kejap ja rasa. Dalam lima bulan kita kenal terus tenang dan kahwin. Dan saya tak sangka akan dapat bakal isteri setabah Ainin Sophea". Wajah Ainin sudah memerah jadinya. Adam memang sengaja mahu lihat wajah wanita pujaan nya itu malu malu.

"Woi. Ainin. Kau tu dah lah buruk. Bodoh pulak tu. Pergi kemas aku sana dan kau si pendek pergi mampus rumah kau sana". Adam memandang Pn. Kalsum dengan renungan yang tajam. Adam menahan geram.

Ainin terhinjut hinjut akibat terkejut dengan tengkingan dari Pn. Kalsum.

Dia tidak suka Ainin diperlakukan sebegitu rupa.

"Jika Ainin sudah menjadi milik aku. Kau jangan ingat kau boleh perlakukan dia sebegini rupa lagi. Ya memang aku kerdil. Tapi aku punya sifat kasih bukan macam kau, kau bukan manusia, bagi aku kau umpama seekor binatang". Adam cuba menegakkan pendirian nya. Antonasi sedikit meninggi.

Geram dengan setiap bait bait kata yang Pn. Kalsum keluarkan dari mulut busuk nya itu.

"Berambus kau sana. Tak sedar diri. Sudah lah pendek. Memang sesuai lah korang berdua. Yang seorang hodoh yang seorang pendek. Memang secocok sangat". Sempat Pn. Kalsum meludah ke arah Adam. Adam menarik nafas dalam supaya bersabar dengan sikap Pn. Kalsum ini.

Pn. Kalsum menarik kasar rambut Ainin. Diheret Ainin masuk ke dalam rumah. Pintu ditutupnya gedegang. Kuat sekali bunyinya.

"Sakit ibu". Ainin meronta-ronta kesakitan. Tapi sayangnya lansung tidak dihiraukan Pn. Kalsum.

Aku tak mampu nak tolong kau lagi Ainin. Inshaallah lagi dua hari akan aku bebaskan kau dari hidup kau yang tidak ubah seperti kuli ini. Desis Hati Adam Malik. Hanya dia sahaja mampu keluarkan Ainin. Dari rumah ini.

Adam meninggalkan Ainin. Dia hanya jeritan kesakitan oleh diri Ainin mengiringi kepulangannya ke rumah.

"Kau ludah aku ya kalsum? Kau tunggu hari kau nanti". Adam bersuara. Setelah apa yang di cerita kan Ainin. Dia seakan meluat saat memandang muka Pn. Kalsum.

Dia hanya ibu tiri, bukan nya ibu mertua aku. Nota dia dekat situ. Jadi aku berhak buat apa yang aku suka, sempat hati Adam bermonolog sendirian.

Hati Adam sedikit tergugat saat wanita itu memandang dirinya serong. Bait bait kata yang wanita itu sangat menyakitkan dirinya.

Adam pulang kerumah lalu di atas kerusi malas milik ayahnya.

"kenapa ni Adam? Muka macam lepat basi ja ibu tengok". Kata Pn. Nuyan yang entah dari mana datangnya itu.

"Ibu. Mampukah Adam mampukah mengembirakan hati Ainin selepas berkahwin nanti?". Soal Adam kepada Ibunya.

"Mestilah. Anak ibu sentiasa yang terbaik. Inshaallah menantu ibu juga orang yang baik. Ibu percaya Adam mampu untuk keluar kan Ainin dari rumah itu". Sebaris senyuman dihadiahkan buat anak nya.

"Terima kasih ibu". Tubuh genit itu pantas memeluk ibunya erat. Adam bersyukur atas kurniaan tuhan. Seorang ibu yang amat menyayangi dirinya. Pn. Nuyan berlalu masuk.

Adam termenung sendirian di luar rumahnya itu. Dua hari itu. Bakal kunjung tiba juga. Perasaan teruja menyelubungi jiwa lelaki nya.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now