1 // Baju Rosak

9.1K 256 20
                                    

Amaran Buku Sedih!
Suka saya ingatkan, bahawa jangan menyalahkan author disaat otak nya ligat berfikir mencari plot cerita yang menarik.

Berani baca berani tanggung. dont put any problem to me!

Terimalah Cinta Luar Biasa. Jangan jadi syaitan. nak ciplok hak cipta orang lain. Manusia mungkin kabur tapi Allah tidak.

Hak milik sepenuhnya :-
@

KhalifAdhwa__

Happy Reading ❤

_____________________________

Bismillahirahmanirahim
_____________________________

Ingin saya cerita kan pada anda kisah sedang berlegar legar di otak saya yang berjaya mencuit hati saya untuk sampai kan kepada anda semua. Terima lah.

Manusia memang banyak kekurangan. Kerana apa? Kerana Allah sayang akan dia lah Allah uji dia. Lahir dengan presepsi yang tidak sempurna dari sudut ketinggian memang telah ditakdirkan buat dirinya.

Ainin Sofia kalut berlari lari anak mendapatkan ibu tirinya setelah ibu tirinya itu menjerit memanggil nama nya.

"Ainin Sofia Ahmad Jailani". Jerit Pn. Kalsum.

"Ye. Ibu, kenapa ibu?". Soal Ainin dengan nafas yang tercungap-cungap selepas berlari tadi.

"Kau nampak bakul yang ada baju tu? pergi basuh semua baju tu, lepastu sidai cepat aku nak pakai kejap lagi". Arah Pn. Kalsum dengan wajah yang bengis.

"Baik ibu". Tanpa banyak soal lagi, Ainin terus mendapatkan baju tersebut.

Hidup seseorang yang punya ibu tiri ini memang tidak indah bukan? Hanya ada satu dalam seribu sahaja dapat ibu tiri yang baik. Ainin tidak tergolong. Langsung tidak.

Selepas membasuh baju tersebut. Ainin menyidai pula baju baju itu di ampaian. Sementara matahari masih cerah nanti redup lambat pula baju ini mahu kering. Setelah kering dikutip nya semula.

"Ainin bodoh, pergi seterika baju aku, aku nak keluar". Tengking Pn. Kalsum ke arah Ainin. Dia berlalu pergi menonton televisyen siaran 4 0 9 cerita miss universe itu.

"Baik. Ibu". Ainin merupakan gadis yang akur dan seorang yang menurut dengan sesuatu perintah yang diberikan untuknya.

Ainin kekalutan pergi seterika baju milik Pn. Kalsum. Baju yang cantik. Kapan aku mahu merasa memakai baju secantik ini? Aku teringin sangat sangat. Desis hati Ainin.

Tengah Ainin kusyuk menggosok baju Pn. Kalsum. Anak ketiga buat Pn. Kalsum iaitu Tya melaung memanggil nama nya pula.

"Ainin". Laung Tya dari atas. Telinga Ainin dapat menangkap bunyi seruan namanya yang kuat itu.

"Ya. Ya kejap". Ainin berlalu mendapatkan Tya. Ainin membuka tombol pintu bilik Tya.

"Ya. Tya ada apa?". Soal Ainin. Ainin ini punya persepsi yang cukup baik sehingga lah orang lain mampu mengambil kesempatan ke atas nya.

"Buang baju ni, aku dah taknak pakai. Busuk, buruk, hah lagi satu, kalau aku nampak kau pakai siap kau aku kerjakan". Sempat Tya memberi peringatan kepada Ainin. Lalu mencampak kan baju itu ke muka Ainin.

Ainin. Keluar dari bilik itu. Bau hangit memasuki ruang hidungnya. Ainin pantas laju berlari melihat baju ibu tirinya itu.

Baju kesayangan Pn. Kalsum berlubang. Tubuh Ainin menggigil ketakutan. Pasti nanti Pn. Kalsum akan memarahinya.

"Ainin, baju aku dah siap gosok ke belum?". Soal Pn. Kaksum. Ainin menyorok baju itu di belakang badan nya.

"Kau sorok apa tu? Bagi sini aku nak tengok?". Rebut rebutan berlaku. Akhirnya baju itu berjaya sampai ke tangan Pn. Kalsum.

"Celaka kau Ainin". Tubuh Ainin menjadi mangsa geramnya. Seterika yang masih panas di tekapkan ke muka Ainin.

Tubuh Ainin ditendangnya berkali kali, tangisan Ainin, dibiarkan begitu sahaja. Kejam betul ibu binatang dan anak anak dia ni.

"Ibu, sakit ibu, Muka Ainin sakit". Ainin menjerit kesakitan. Lama. Sehingga sebahagian muka Ainin telah pun rosak jadinya.

Pedis nya itu sungguh menyakitkan pada mana mana manusia sahaja yang merasainya. Sudah terkena sedikit pun dah sakit. Apatah lagi kena satu tapak seterika itu.

Sejak dari itu, Ainin hilang sebahagian kulit mukanya. Tiada siapa lagi mahu dekat dengannya. Muka yang beruping itu kelihatan menjijik di mata orang yang memandang.

Hidup Ainin sudah mula berubah secara drastik nya selepas itu. Tiada kawan mahupun teman sama sekali.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now