Bab 1

1 1 0
                                        

Aku menghela nafas panjang. Penat di sekolah masih belum tamat. Kipas dibuka, beg sekolah dicampak ke tepi. Tudung lekas digantung di belakang pintu. Aroma pewangi mendamaikan suasana. Udara yang dingin disebabkan penyaman udara membuaikan mata. Kantuk sudah tidak tertahan lagi. Aku menoleh ke jam di atas meja belajar. Pukul 2.20 petang. Ah! Zuhur belum dilaksanakan lagi. Aku bangun mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Paip dibuka lalu air mengalir ke muka.

Aku menuruni anak tangga dengan lekas. Tekak yang tiba-tiba haus selepas tidur tadi perlu dihidangkan dengan air. Pintu peti sejuk dibuka luas. Sepotong kek Red Velvet di atas pinggan direnung. Aku tersenyum sendirian. Ah! Teringat pula kek yang aku beri kepada si dia. Entah dia makan ataupun tidak. Aku pun tak mampu mentafsirkan. Hanya mungkin mampu bermimpi.

"Ehem! Kak Ayra kenapa senyum sorang-sorang?". Pertanyaan Maira memecah kesunyian di dapur. Aku terus menggeleng. Kemudian tersenyum lagi.

"Ha! Kak Ayra dah bagi kek yang kita beli kat dia?".
"Dah! Tapi Kak Ayra tak tau dia makan ke tak,". Maira menguntum senyuman.
"Makan ke tak tu belakang cerita. Yang penting Kak Ayra dah lepas hajat Kak Ayra,".
"Kak Ayra sebenarnya puas dapat berdepan dengan dia tadi! Iyalah, selama ni Kak Ayra tengok dia dari jauh je,". Aku menjelaskan. Maira dari tadi hanya tersengih sepanjang berbual.

"Kak Ayra dah makan?".
"Jom la makan sesama!". Tudung saji dibuka. Pergh! Lauk sedap-sedap. Untung dapat ibu yang pandai masak. Nasi dihidang di atas pinggan. Maira mengambil jus mangga dari peti sejuk.

.

Telefon bimbit dihidupkan. Bateri telefon sudah penuh. Aku bingkas duduk di atas katil.

Hari ini hari Sabtu. Ibu keluar bersama ayah dan Eqwan– adik bongsuku. Katanya ada urusan.

Maira menguak pintu bilikku.
"Kak! Tengok ni!". Maira menunjukkan sebuah gambar yang dipaparkan melalui telefon bimbitnya.
"Hm. Your crush?".
"Hehe. Dia ni handsome la. Memang da-boom!".
"Aiseh! Tahun ni UPSR kan? Mengada nak ada crush,". Aku mencebik. Maira hanya tersengih menampakkan gigi putihnya itu.
"Ele! Dia tu pt3 kan?". Maira tak mahu mengalah.
"Iyalah. Menang menang,". Aku dan Maira tidak mampu menahan tawa. Akhirnya, tawa kami menggegarkan bilik.

"Apa nama dia?".
"See? Kak Ayra berminat?".
"Eh! Orang tanya nama je. Wekk!".
"Asyraff Muhaimin,". Maira memberitahu.
"Wow! Nama nak gempak je?". Maira mengangkat keningnya yang mungkin berdialog– "biasalah!"

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: May 02, 2018 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

dapat kamu!Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora