Kata-kata Syamimi membuatkan Mareeya tersentap. Hatinya berat tiba-tiba. Bergenang air matanya. Dia genggam kuat penumbuknya di bawah meja.

"Memang aku bukan Tuhan. Aku cuma.. bagitahu apa yang aku nampak." Mareeya senyum tawar menahan air mata yang hampir menitis. "Bila-bila kau perlukan aku, aku sentiasa ada untuk kau." Mareeya bangun dari kerusinya dan terus ke kaunter bayaran untuk membayar minumannya.

Syamimi merengus lemah. Dia tak berniat untuk menyakitkan hati Mareeya. Langsung tiada..

"SAYANG, cepatlah." Panggil Luqman yang sudah jauh ke depan. Kamera di tangan sempat mengambil gambar Mareeya yang jauh ketinggalan di belakang. Salji yang turun buatkan kaki Mareeya terasa berat untuk melangkah.

Dengan senyuman, Mareeya hulur tangannya untuk disambut sang suami.

Mereka berjalan beriringan dan tangan mereka bertaut sesama sendiri.

"You nak berapa orang anak?" tanya Mareeya.

"Cukup satu team bola." Gelak Luqman.

"You ingat I kilang ke apa?" getus Mareeya.

Luqman ketawa lagi. "Orang dulu-dulu boleh aje sampai 14 orang anak."

"Ada aje jawabnya."

Luqman tenung Mareeya dalam-dalam. "I love you. Sangat."

Alam nyata.

Mareeya senyum lebar melihat Luqman di hadapannya yang sedang membelek telefon bimbit. Itu masa hadapan dia. Dia bahagia. Sangat bahagia. Dia tahu pilihannya tidak salah.

"Senyum aje manjang. Bahagia sangat ke tengok muka I?" tanya Luqman yang tahu dirinya diperhatikan.

"Aah. Sebab I rasa bahagiaaaaa sangat!" Mareeya tayang gigi putihnya yang tersusun.

Luqman letak telefon ke atas meja dan matanya beralih arah kepada Mareeya. "You know, I terkejut gila bila you tiba-tiba ajak I kahwin sedangkan kita tak kenal langsung waktu tu." Celoteh Luqman.

Mareeya hanya tersenyum. Alasannya cuma satu, kerana bila dia lihat ke dalam anak mata lelaki itu, dia tahu apa yang baik atau buruk yang akan jadi pada dirinya kalau dia memilih lelaki itu. Senang. Dan apa yang dia nampak, hanya bahagia sepanjang masa dengan lelaki itu.

"I memang jenis macam ni. I dapat apa yang I nak." Sengih Mareeya.

Meskipun pertunangan mereka baru berusia 3 bulan, tapi Mareeya dan Luqman betul-betul sekepala dalam pelbagai benda. Hidup lebih mudah pada Mareeya. Sebab dia tahu apa akan jadi kalau dia pilih jalan A, dan apa akan jadi kalau dia pilih jalan B. Semua itu dia boleh lihat jika melihat ke dalam anak mata seseorang.

Kebolehan yang diterima sejak kemalangan 24 tahun lepas betul-betul mengubah hidupnya. Dia tak pernah takut untuk bangun pagi dan mulakan hari yang baru. Orang kata, hidup ini penuh dengan kejutan. Tapi tidak pada dia.

"You percayakan I?" tanya Luqman.

"With all my heart." Tawa Mareeya. Luqman senyum kambing.

"I akan usaha jaga you sebaik mungkin." Janji Luqman.

"Yes I tahu." Sudah tentu dia tahu. Dah dia tenung ke dalam anak mata si Luqman ni ha!

LUTH ILYAS. Lelaki itu melempar baju kemeja yang ditarik keluar dari tubuh ke arah katil. Tubuhnya terasa letih yang luar biasa. Sudah dua hari dia tidak dapat tidur yang nyenyak. Kakinya melangkah masuk ke bilik air dan pili air dipulas. Air sejuk mencurah-curah mengena tubuhnya.

"Ahhhh!" menggeliat kesegaran dia dibuatnya. Usai mandi, dia tarik tuala putih yang tersedia berlipat di atas penyidai tuala sebelum melilit tuala itu ke pinggang. Sebelum keluar dari bilik air, dia membersihkan muka dan mula merenung dirinya sendiri ke dalam refleks cermin. Dia berdehem sedikit lantas keluar dari situ.

Tubuh dihenyakkan ke atas katil menelentang dan perlahan-lahan mata itu terkatup. Mimpi itu datang lagi.

"Abi, abang nak terkencing." Beritahu si kecil Luth yang baru berusia 8 tahun itu.

"Hm. Okay. Kejap lagi abi berhenti dengan R&R. Boleh tahan tak ni?" tanya Encik Isa.

Luth buat muka. Puan Sakinah yang toleh ke belakang ketawa. Muka tak tahan nak terkucil dah budak ni.

"Abang kencing dalam botol ajelah." Cadang Puan Sakinah.

"Eii tak nak." Rengek Luth. Dilihat anak teruna itu menggeletis tak tahan.

"Abi berhenti tepi la eh." Suara Encik Isa. Lantas Luth mengangguk laju.

Saat kereta itu ambil tempat di bahu jalan, Luth sudah bersiap sedia untuk berlari keluar. Elok aje berhenti, terus Luth berlari ke tepi longkang.

"Eh abang, nak umi teman tak?" jerit Puan Sakinah. Sepi sebentar. Puan Sakinah keluar dari perut kereta dan mendekati anaknya.

"Umi, nak air!" jerit Luth. Puan Sakinah menggeleng. Dia kembali ke kereta untuk mencapai botol air mineral sebelum matanya terbeliak melihat kereta dari belakang yang hilang kawalan lantas merempuh mereka.

Luth terjaga dari mimpinya. Peluh merenik ke seluruh tubuh. Jantungnya berdegup laju. Sudah 24 tahun peristiwa itu berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi suara uminya menjerit memanggil namanya sebelum dirempuh kuat oleh kereta.

Tekak Luth terasa perit. Dia bangun dari katil seraya menyarung seluar dan baju sebelum turun ke dapur.

Air mineral diteguk rakus. Jarum jam menunjukkan pukul 9 pagi. Orang baru nak pergi kerja, dia pula baru pulang dari hospital setelah tamat tugas. Nombor Intan Maisarah didail.

"Assalamualaikum, kak Intan." Sapa suara Luth.

"Waalaikumussalam. Luth baru balik hospital ke?" kakak sulungnya itu tersenyum nipis di hujung talian.

"Haah." Luth raup wajah.

"You should get some sleep la budak."

"I tried."

Intan mengeluh kecil. "Still nightmare?"

"I don't think this shit gonna disappear lah kak. I'm tired, tapi.. urgh!" Luth luah rasa geramnya.

"Maybe sebab you tak let go kot. Just live your life, Luth."

"What do you mean by not letting go? Luth stuck in this job sebab that nightmare." Luth ambil tempat di atas meja bar dapur. Kakinya digoyang-goyang gaya budak kecil main buaiyan.

"No. You pilih that profession sebab you can't let it go."

"Kak.." Luth geram bila kakaknya tidak bersetuju dengan dia.

"Why don't you ambil cuti for few days and pergi makan angin?"

Luth ketawa. "Mana boleh. Suka hati dia aje."

"Dah tu?"

"I don't know. I just nak dengar suara you cuz you sounds like umi. And, I think I boleh tidur sekarang. Goodnight kak." Sengih Luth.

"Good morning!" Intan turut sama ketawa sebelum talian diputuskan.

Deja VuOnde histórias criam vida. Descubra agora