Bab 5

20 0 4
                                    

( sorry, sebab lambat update. Aku sibuk sekarang ni. Bab seterusnya pun akan lambat. Aku akan cuba buat bab seterusnya. Minta Maaf~ Aku plan nak buat 'bab istemewa tentang raya nanti. Tak sabar nak raya~)

Sambung Bab 4~

     " Uh, kenapa awak menangis? Apa terjadi masa korang kecil? blah... blah.. blah.. blah???" Ain bertanya soalan bertubi - tubi membuatkan Tasha dan Hanni pening. " Ain, awak ni cepat sangatlah..." Hanni merungut. " sebab saya ada banyak soalan nak tanya koranglah!" kata Ain. "Uh... aku boleh jawab satu. Soalan kau yang pertama 'kenapa aku menangis?'" Kata Tasha. Ain mengeluh seketika. Tasha menyambung kata-katanya lagi "Aku menangis sebab teringat satu peristiwa gelap. Ia adalah rahsia antara saya dengan Hanni saja." Ain hanya mengeluh saja.

      " Hmph, korang jahat! Kalau aku pun bagitau korang camtu." Ain memusingkan kepalanya. " alah~ jangan merajuk. " Hanni cuba memujuk Ain. " Ain ni macam budaklah~" Kata Tasha. " Hey, aku ni lagi matang dari korang tau!" Kata Ain. Tasha tergelak mendengar kata-kata Ain.

         Tiba-tiba, seorang perempuan mendekati mereka. " Korang berdua ni gila ke apa? " Angelina berdiri di penjuru dinding tersebut dengan lengannya bersilang. " Kau nak apa, Angelina!" Tanya Tasha. Dia menarik tangan Ain dan membelakangi beberapa langkah untuk menjauhi Angelina. " Takde apa~ Saja nak tegur korang." Angelina tergelak kecil melihat perlakuan kembar yang sedang melindungi Ain.

         "Jangan nak tipu kami!" Hanni menjerit. " fine, you caught me. Aku ke sini untuk memberi korang amaran. Jangan cuba nak selamatkan perempuan lemah ni! Kalau tidak, sesuatu yang buruk akan menimpa korang." Angelina segera membelakangi mereka dan lalu pergi.

          "Ain, jangan risau. Kami akan melindungi kamu." Kata Tasha. " tak kira apa yang berlaku." Kata Hanni dan segera memberi senyuman yang manis kepada Ain. Ain senyum balik dan membelakangi diaorang. "Ain?" kata pasangan kembar tersebut serentak. " Saya pergi ke bilik saya dulu ye, kak." Kata Ain dan segera mempercepatkan langkahnya."Bye... Ain." Hanni melambai ke arah AIn

Di bilik Ain~

            " Haih, kenapa diaorang cuba nak selamatkan aku.... lagi." Ain mengeluh dan baring di atas katil. Rakan sebilik Ain iaitu Airin yang merupakan rakannya dari tadika dan memahami bahasa isyarat , memasuki biliknya. "Ain!!" Jerit Airin. 'Assalamualaikum.' Ain membuat tangan isyaratnya dengan pantas. Airin tersentak dan memasamkan mukanya. "Ustazah Ain ni, janganlah kejam begitu sekali." Airin memeluk Ain. 'Aku tak kejam, aku cuma nak kau sedar. Bila jumpa orang yang 'bermuslim' kena tanya salam.' kata Ain lagi yang masih menggunakan bahasa isyaratnya. Airin mengangguk faham. Airin duduk di sebelah Ain yang duduk di atas katilnya. " Ain, kau ada masalah ke?" tanya Airin. Ain berasa terkejut dengan persoalannya. Ain menggelengkan kepalanya. "Ain, bagitau je aku. Aku tau kau ada masalah." Airin meletakkan tangannya di bahu Ain.

              Ain hanya memandang bawah, cuba untuk mengelakkan sentuhan mata. " Takpelah, aku faham. Kau perlukan ruang. Aku naik katil aku dululah," Airin bergerak ke arah katilnya dan membaringkan badannya. Beberapa minit kemudian, kedengaran Airn sedang berdengkur dengan kuat. Ain tergelak degan perlakuan Airin itu. Ain memandang ke arah langit. " Aku risau pasal Angelina sebenarnya..."

                                                                                                                             BERSAMBUNG~


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

sahabat selamanyaWhere stories live. Discover now