DJK! 2

307 7 0
                                    

Izzam berlari anak menuju kearah kelasnya dia sudah terlambat untuk masuk ke kelas Prof.Helmi huhh mahu dibebelnya cair tahi telinga, tu lah malam semalam sibuk bersengkang mata dihadapan televisyen semata-mata mahu melihat horror movie,  favorite lah konon. Menyampah, last dia juga yang lambat untuk masuk ke kelasnya aduhh. Ni lah akibatnya tidur selepas solat subuh, eh solat pula disalahkannya.

Pada masa yang sama juga Aizza turut berlari pecut dengan kasut Nike miliknya, Aizza juga turut lambat untuk masuk ke kelas alahai macam mana ni monolog Aizza. Tidak pernah lagi dia membuat hal macam ni datang lewat, menyinga lah Prof.Ika aka singa betina tu tak pasal-pasal dikenakan denda pula.

Bhukk

Macam nangka busuk sahaja Aizza tersembam apabila badannya dilanggar lori balak yang tak bertauliah itu, sudah lah lewat bala pula datang. "Aduhh pinggang aku, nak tertanggal ginjal" rintih Aizza dalam kesakitan.

Izzam yang mendengar celoteh Aizza hanya mampu menyimpa tawanya sahaja, haih ada-ada jelah. Nak tarik perhatian aku ke acaner ni, comel je geram aku monolog Izzam, tangan dihulur niat mahu membantu tapi lain pula jadi apabila kakinya disepak kuat huh mahu putus urat-uratnya. Berkerut dahinya apabila sakit dirasai. "Yang pergi sepak aku kenapa!" jerkah Izzam kuat, okey yang ni tak boleh tahan sakit siot aku nak tolong je tadi.

"Yang rempuh saya kenapa! Sakit tahu tak pinggang ni kalau terkehel awak nak ganti ke?" bidas Aizza pula, ada ke patut jerkah orang, sewel betul 3 suku ni.

"Eh kau pun lari jugakkan? So salah dua-dua lah" balas Izzam tidak mahu kalah, tidak difikir dihadapannya itu bidadarinya semalam. Kelas Prof.Helmi juga turut dilupanya.

"Not my fault it's your fault, full stop" jerit Aizza, matanya juga memain peranan menjeling lelaki tak cukup sifat itu.

"Do i care?" sinis Izzam bertanya, kakinya juga melangkah mendekati Aizza. Badan Aizza di tolak kuat menghentak dinding di belakang. Rintihan yang keluar dari mulut Aizza membuatkan Izzam tersenyum suka.

"Apa awak nak buat ni" kalut Aizza. Kedua belah tangan digenggam menghilangkan ketakutan yang dirasai. Matanya yang dari tadi memanah mata Izzam kerana geram turut kalah, kepala ditunduk menekur lantai menikus seketika. Dia sudah lah tidak biasa dengan lelaki boleh pula si 3 suku ni buat hal. Nak menangis rasanya ketika itu.

Gerak geri Aizza membuatkan muka Izzam kembali tenang, alahai takut rupanya tadi belagak gengster sangat haihh mengada betul, saja cabar kesabaran lepastu boleh pula buat muka macam tu, mintak belas kasihan ataupun memang serious takut. Perlahan Izzam melangkah setapak kebelakangan, sian princess takut ye? Sorry monolog Izzam.

Terduduk Aizza, lemah sendi-sendinya tak mampu badannya untuk berdiri lagi ketakutannya memang teramat sangat ketika itu. Izzam yang berdiri tidak sempat menyambut Aizza, terkejut dirinya melihat wanita itu jatuh terduduk.

"Erm sorry" akhirnya terkeluar juga ayat keramat yang jarang disebut Tengku Izzam Firash. Jatuh terus egonya apabila melihat wanita itu jatuh terduduk.

"It's okey, salah saya juga" lemah Aizza membalas, badannya juga digagahkan untuk berdiri tidak mahu lelaki itu melihat dirinya yang jelas sangat ketakutan itu. Perlahan kakinya melangkah pergi meninggalkan Izzam yang berdiri statik disitu. Malas nak acah lebih-lebih dia juga yang akan kalah nanti.

Izzam yang tersedar terus menoleh untuk melihat Aizza tetapi bayangan pun sudah tiada, alamak rasa bersalah haih keluhan dilepaskan Izzam kaki dia juga turut melangkah meninggalkan tempat kejadian. Monyok mukanya kerana tidak sempat mengejar Aizza.

"Izzam Firash kenapa lewat!" tegas Prof.Helmi jari telunjuk dihalakan dihadapan mukaa Izzam. Marah, pantang betul bila ada yang lewat untuk kekelasnya. Walaupun Izzam baru kali pertama lewat tetapi dia tetap juga akan melenting. Sama seperti yang lain juga.

"Not in mood" balas Izzam bersahaja lalu melangkah mendekati rakannya.

"Tengku Izzam Firash!" pekikan yang kuat bergema membuatkan Izzam tersedar dari lamunannya. Alamak mati lah kau Izzam monolog Izzam sambil mata dikerling kearah Imran meminta pertolongan.

Dia jodohku! Where stories live. Discover now