M.B.U 2 Flashback

163 13 1
                                    

Headphone di kepala di laraskan dengan betul sebaik saja lagu 'cinta untuk starla' berdendang. Lagu kesukaan Daneen. Lagu yang bagi dia mempunyai makna tersirat walaupun lagu ni sebenarnya penyanyi tujukan buat anaknya.

Ku tuliskan kenangan tentang
Cara ku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku
mudah berikan hatiku padamu

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Kerna telah ku habiskan
Sisa hidup ku hanya untuk mu

Terus terlakar di ruang mata Daneen akan kenangan suatu tika dulu. Perkenalan Daneen dan 'dia' yang masih terpahat di hatinya sehingga kini.

×××××

Flasback

11 tahun lepas.

"Weih ariff sakitlah. Apa ni? kuangjaq punya jantan!" Sambil menggosok bahunya yang terkena batu.

Aneesa yang sedang syok berangan tersentak dengan gurauan ariff.

"Kau lah termenung aje. Aku ajak lepak bukan ajak termenung." Sindir Ariff.

"Ha.ha.ha.. aku tengah fikir masa depan ni. Tahun depan kita dah form 1. Eh, kau mintak masuk sekolah mana?"

"Sekolah mana lagi, SMK Karak la."

"Haa mana tau kau mintak sekolah agama kat Temerloh tu ke. Mana tau nak jadi stock budak agama pulak." Perli Aneesa yang sememangnya tahu perangai nakal Ariff tu.

"Mak aku memang nak aku masuk sekolah agama. Tapi aku taknak. Aku tak nak berjauhan dari kau la."

"Huh.. so sweet.." puji Aneesa sambil buat gaya nak muntah.

"Betul la ni Anne. Kau ingat aku memain ke apa. Aku serious ni." Ariff buat muka serious depan Aneesa.

"Lah bila aku cakap kau memain? Kau memang tak boleh hidup tanpa aku. I know it. Aku ni orang penting. Kau kan jenis 'kera sumbang'." Ketawa terbahak-bahak Aneesa bila melihat wajah Ariff dah cemberut dengar kutukan Aneesa terhadapnya.

Tapi memang di sekolah, Ariff tak ada ramai kawan perempuan. Ariff memang sombong dengan kaum hawa kecuali Aneesa. Aneesa sudah menjadi rakan sepermainannya sejak kecil lagi. Jadi, cuma Aneesa kawan perempuan yang Ariff ada.

"Weih, Ariff. Aku nak tanya sikit. Kau ni memang tak ada suka mana-mana perempuan ke? Aku tengok kau macam anti dengan perempuan. Asal eh?" Otak Aneesa selama ni puas berfikir kenapa Ariff tak suka kawan perempuan? Cuma baru sekarang terluah soalan yang bermain dimindanya.

"Tak. Tak ada yang menarik minat aku dan buat aku tertarik. Eh, mana ada aku anti dengan perempuan. Kalau tak , aku takkan berkawan dengan kau. Lagipun mak dan kakak aku perempuan kot."

"Eh?? Tapi kenapa kau sombong sangat bila perempuan nak cakap dengan kau?"

"Aku bukan sombong tapi bila aku layan diaorang, mula lah menggedik tu keluar. Lepas tu perasan aku suka diaorang. Tu yang kurang nak bercakap dengan perempuan."

"Ouh patutlah tapi kau ingat semua yang nak bercakap dengan kau tu suka kau ke? Perasannya kau! Bukan perempuan tu yang perasan tapi kau yang tu yang perasan. Nasib baik kau kawan aku. Kalau tak, aku masuk geng boikot kau lah." Geng boikot yang ditubuhkan oleh seorang pelajar darjah 5 , yang telah 'direject' cintanya oleh Ariff.

'Sadis betul mamat perasan ni. Hidup penuh dengan perasan! Kalau aku masuk geng boikot dia ni baru tahu. Baru tak ada geng perempuan langsung. Hahaha.' Hati Aneesa bermonolog.

"Anne !!" jerit Ariff di telinga Aneesa.

"Apa kau ni. Jerit-jerit? Aku tak pekak lagi lah!" marah Aneesa.

"Kau memang tak pekak tapi kuat berangan. Aku tiga kali panggil nama kau. Boleh kau duk berangan eh? Sempat aje kau ni."

"Yelah. Ha, Encik Ariff ada apa?"

"Kau masuk sekolah SMK Karak ya. Jangan mak kau apply kat lain ya?"

"Mak aku dah mohon aku masuk Sekolah Agama Al-Khairiah Temerloh tu. Kau mintak la situ jugak."

"Haa? Kenapa sekolah agama? Aku ingat kau duk sini je.. mintak sini la weih. Kau tak kesian kat aku ke?"
Ariff buat muka sedih, dia tahu Aneesa seorang yang baik dan lembut hati. Pantang dipujuk, terus jatuh kasihan pada orang.

"Hmmm... tengoklah macam mana. Aku tak janji. Tapi aku try cakap dengan Umi aku dulu."

Perbualan mereka terhenti disitu apabila Aneesa meminta diri pulang ke rumah memandangkan hari sudah mahu menginjak ke malam.

×××

Aneesa menghempas punggung disebelah Umi yang sedang menonton televisyen. Dilihat wajah Uminya dahulu sebelum soalan diutarakan. Takut Uminya tengah bad mood.

"Umi lenguh tak? Meh Anne tolong urutkan. Kesian Umi pagi kerja, malam kena layan keluarga." Sungguh Aneesa kesihan dengan Uminya. Lantas, bahu Puan Arina diurut.

"Terima kasih my daughter. Anne ada apa-apa nak cakap ke? Tak pernah-pernah pun rajin macam ni." Puan Arina dapat mengagak anaknya pasti ada sesuatu yang ingin diutarakan kerana tiba-tiba rajin nak urut ni. Mesti ada apa-apa ni.

"Umi. Pasal kemasukan Anne ke sekolah agama tu kan.." dengan teragak-agak Daneen bersuara.

"Ye. Kenapa?"

"Boleh tak kalau Anne taknak masuk? Anne suka duduk sini. Sekolah dekat sini ramai kawan-kawan Anne."

"Takkan sebab tu je?" Puan Arina inginkan kepastian. Yakin bukan itu saja alasan Aneesa.

"Em. Sebenarnya.. Ariff yang mintak Anne stay sini. Kesian dekat dia Umi. Bukan ramai kawan pun dia tu. Boleh ye Umi?"

"Umi dah agak. Tu je alasan dia sebenarnya. Awak nak berkepit dengan Ariff je ke sepanjang hayat? You've grown up Anne . He's boy and you're girl. Tak boleh nak berkepit dengan dia sangat sebab awak ada batas pergaulan yang awak kena jaga. Dulu masa kecil boleh la. Sekarang dah besar. Umi kena jaga dan lindung awak. So, keputusan Umi. Nope. Kalau awak dapat sekolah agama tu awak wajib masuk, kalau tak dapat Umi akan buat rayuan." Panjang lebar Puan Arina bersyarah. Kata akhir telah dibuat olehnya. Titik. Aneesa tak boleh melawan. Lalu Puan Arina bangun dan menuju ke biliknya kerana takut akan lemah dengan rayuan anak bongsu perempuannya itu.

"Yelah Umi." Keluh Aneesa. Terpana dengan kata-kata Umi. Dalam hati Anne mengiakan ulasan Puan Arina.

Dalam fikiran, ligat Aneesa berfikir jawapan apa yang nak diberikan pada Ariff jika isu itu dipersoalkan nanti.

Jujur atau bohong?

End flasback








P/s: mika ada edit sikit jalan cerita dia. Jadi jangan keliru ye guys.

Jom baca bab seterusnya.....

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now