Diari Siapa?? part 6

57 11 8
                                    

“Apa nak jadi dengan kamu ni, Junna?? Ya, saya bersyukur kamu hantar buku latihan macam orang lain juga, tapi yang saya tak puas hati, Kamu hantar buku, tapi latihan yang saya bagi, tak buat! Kamu nak saya semak apa kalau macam ni?? Semak berapa patah perkataan soalan yang kamu salin??”

Seisi kelas ketawa mendengar leteran yang dilemparkan Sir Selva kepada aku.

Aku hanya menunduk.
Bukan malu, cuma rasa bersalah. (#donecover)

“Saya tak pandai nak bina ayat sangat, sir..”Jawabku jujur.

“Habis tu? Tak akan kamu yang suruh saya tulis untuk kamu masa periksa nanti?”

Aku diam, masih menunduk. Nak menangis pun ada. Malunya bertimpa-timpa.

“Aishh.. Junna, saya rasa kamu akan dapat markah rendah lagi dalam ujian nanti!” Kata Sir Selva berterus terang.

“Err... Mungkin...?” Aku mengiyakan acuh tak acuh.

Nak kata tak, nanti Sir kata aku tak sedar diri pula, tapi kalau aku kata ya, nanti aku rasa bersalah dekat diri sendiri.
Aishh.. Masalah.. Masalah

“Husni! Sebagai Pelajar cemerlang, kamu tu perlu ambil berat tentang rakan kamu ni! Jangan pentingkan diri kamu saja! Barulah betul pelajar contoh!” Sir Selva mula membabitkan Husni dalam hal ni.

Haa sudah. Mulalah tu nak marah semua orang. Nanti habis semua menjeling aku.

Eh! Astaghfirullahaladzhim. Junna! Kau tak layak nak cakap macam tu. Memang salah sendiri tak siapkan kerja. Itulah, tangguh jer memanjang.

“Betul tu betul!” Serentak seisi kelas mengiyakan kata- kata Sir Selva kecuali aku dan Husni.

Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Batu api juga rupanya budak-budak ni semua. Haih, nasiblah dapat classmates macam ni. So unlucky.

“Husni! Saya nak nanti kamu tolong ajar Junna ni. Saya tak mahu markah dia kecundang lagi dah! Kalau boleh sampai periksa akhir tahun nanti.” arah Sir Selva

“Err.. Baik Sir." kata Husni akur.

Aku pasti, dia sendiri malu nak melibatkan diri.

Boleh tak aku nak lari dari sini? Tanam sajalah aku ni.

“Junna, lepas ini kalau kamu tak dapat markah lulus juga, saya tak tahulah. Mungkin penyakit keturunan.”

Seisi kelas ketawa sakan lepas mendengar lawak hambar dari Sir Selva.

Serious??

Lawak ker?

📘📘📘📘📘📘📘📘📘📘📘📘

5 Februari 2017

Addmath susah gila nak mati! Inilah akibatnya kalau ambil subjek teras sains. Ish.. Adoii.. Meletopp laaa otak aku macam ni......

Bla.. Bla.. Bla...

##########################

Aku menyelak muka surat sebelah.

Malas nak baca.. Sebab ianya pasal pelajaran.

Jadi, aku skip.

Aku meniliti ayat pertama yang ditulis pada muka surat itu.

Pasal pelajaran juga.

Skip lagi!

Setelah hampir lima muka surat aku langkau, akhirnya aku jumpa juga pasal luahan hati Husni.

Aku pun tak tahu apa yang Husni merepek yang kebanyakannya pasal bio, kimia, fizik, addmath.. Sampai lima muka surat! Cuba nak bagi tebal macam akhbar harian Metro ker apa??

10 Februari 2017

Rudy dah dapat tahu yang aku juga sukakan orang yang sama dan aku dapat lihat bertapa kecewanya dia.
Adoii!! Kenapalah aku pergi suruh dia ambil duit dalam beg aku! Bangangnya!!! Kalau tak mesti Rudy tak baca!!! Waduh2!!

Tapi, Aku bersyukur gila dia tak marah aku lansung dan dia faham.

Rudy cakap yang dia sepatutnya berkorban sebab aku yang terlebih dahulu sukakan Junna. Jadi, sebagai perasmian pengguguran perjanjian yang entah apa- apa tu, kami rasmikan dengan pergi makan roti coklat dekat belakang sekolah! (Tak ada duit sebenarnya nak makan mewah- mewah)

p/s : Aku dah boleh suka balik kat Hina!! Yahoo!!! Actually, aku tak pernah berhenti pun sukakan dia. Only her, one and only.

#######################

Terus aku melompat kegirangan!

Yeahhh!!! Yeahhh!!!!

Husni suka dekat aku balik!!

“Yeahh!! Husni!! I love you too!!! Saranghae Oppa yaaa!!” Jerit aku kegirangan sambil berpusing-pusing bak ballerina sebelum aku sedar akan kehadiran seseorang di muka pintu bilik

Aku tergamam.

Mata kami bertentangan

“Junna... Apa kau cakap tadi...?" Husni memandangku dengan wajah yang memerah. Matanya bulat menatap aku.

“Itu... Bukan ker... Diari aku?”

Oh my God!

Macam mana aku boleh lupa yang hari ni Husni nak datang rumah aku untuk bagi tuisyen free??!!!

Diari siapa??[COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora