Diari siapa?? part 7

70 13 7
                                    

Kami berjalan ke arah sebuah tasik di hujung taman perumahan.

Sampai sahaja, terus aku melabuhkan punggungku di atas sebuah kerusi panjang yang terdapat di situ.

Aku menunduk merenung Diari Husni yang masih berada di tanganku.

"Maaf, Junna." Suara Husni perlahan tapi deria pendengaranku masih dapat menangkap apa yang diperkatakan olehnya.

Aku mengangkat muka, merenung Husni.

Aik?? Dia tak marah??

"Kenapa? Kenapa perlu mintak maaf sedangkan aku yang baca diari kau tanpa pengetahuan kau. Bukan ker aku yang patut minta maaf?" Aku juga mula rasa bersalah.

Husni ketawa kecil.

"Junna, aku nak mintak maaf sebab aku yang salah letak diari aku tu. Beg kita sama warna. Aku yang cuai. Sorry. "

"Ouh ok.." aku mula rasa janggal. Boleh tak nak terjun jer dalam tasik ni? Aku tak sangguplah nak hadap moment awkward ni.

Serious! Sekarang ni aku tak rasa nak gelak pun!

Aku rasa gugup gila sekarang ni!

"Jadi, kau dah baca semua isi diari aku?" tanya Husni bersahaja

Aduhh. Dia bagi dahh soalan KBAT

Perlahan saja aku mengangguk.

Rasa bersalah dan malu!

"Tap.. Tapi... Buk..bukan sem..semuanya.." kataku gagap.

Tahu takut. Masa menipu tak takut pulak?

Husni senyum.

"Sampai mana??"

"Sampai.. Sampai dekat bila Rudy dapat tahu yang kau juga sukakan..." Aku rasa tak sanggup nak teruskan ayat, dapat rasa muka aku dah merah macam tomato.

"Sukakan kau?"

Perlahan saja aku mengangguk sebelum menundukkan wajah sambil menutup mataku erat.

Ya Allah, tolonglah keluarkan hambamu dari situasi ini. Aku boleh dengar ikan-ikan dalam tasik ni pun tengah ketawakan aku.

Tiba-tiba rasa nak menangis. Rasa malu sangat- sangat.

"Jadi, apa yang kau cakap masa kita ada dekat bilik kau tu betul??"

Mataku membulat!

Aku ingatkan dia tak dengar!!

"Cak.. Cakap apa?" tanya aku pura-pura tak faham.

Control Junna! Kawal ekspresi kau! Kita buat-buat tak ingat!!

Husni tersenyum sinis. Dia menapak mendekati aku. Dia kini berdiri berhadapan aku sambil mendepangkan kedua-dua tangannya.

"Aku tahu. Aku dengar Junna! Kau cakap ' HUSNI!!! I LOVE YOU!!!!!!"

Terkejut aku dengan tindakan Husni yang tiba- tiba menjerit!

Gila!!!

"Shhh!!!! Diamlah!! Mana ada aku cakap macam tu!!" Aku menafikan dalam riak gelabah. Keadaan sekeliling aku pandang,

Nasib baik tak ada orang dengar.

Mamat ni dah kenapa?! Menjerit tak tentu pasal! Malulah aku nanti!

Sekali lagi Husni tersenyum Sinis.

"Aku tak akan berhenti menjerit selagi kau tak mengaku yang kau pun dah tersuka dekat aku jugak!" kata Husni makin lebar meloret senyuman.

Aku menggulingkan bola mata seraya bangun dari kerusi. Laju aku mengatur langkah untuk meninggalkan Husni.

"Arhh!! Lantak engkaulah! Macam laa aku tak boleh pura- pura tak kenal kau!" aku mencebik tanpa menoleh.

Ceh, Padahal jantung dah nak meletup. Aku tak nak la Husni tengok aku melting macam ni.

"Serious?? Tapi aku nak jerit 'JUNNAAA!!!! AISHITEIRU!!!!!!!!' " sekali lagi Husni menjerit.

Aku tersentak!

Kali ini bukan main kuat lolongan lelaki itu.

Adalah dua tiga orang manusia yang menoleh ke arahnya tapi sedikitpun Husni tak peduli.

"Woi dah la!"

Husni ketawa mengekek. Baru dia hendak menjerit sekali lagi, pantas aku memotong,

"Yer la!! Yer la!! Aku mengaku, aku pun TERsuka kau juga!"

Akhirnya aku mengaku dalam keterpaksaan. Ciee terpaksa konon.

Makin aku degil, makin liat pulak Husni nih nak berhenti melalak.

Husni ketawa kuat.

"Apa?? Tak dengarlah. Boleh ulang sekali lagi?"

Pipi aku mula memerah.

"Aku pun sukakan kau juga." Ulangku dalam nada yang perlahan, hampir berbisik

"Apa? Tak dengarlah. Kuat la sikit!"

"Aku pun suka kau juga." Nada aku naik satu oktaf

"Tak dengarlah. Sekali lagi!" Husni mendekatkan telinganya dengan aku.

Aku mengetap gigi tanda kegeraman.

"Sudahlah!!!" Terus aku menjerit di telinga Husni.
Pantas Husni menutup telinganya dan menjauhkan sedikit jaraknya dariku.

Aku memuncung dan memusingkan badanku, berjalan pergi dalam keadaan marah. Penatlah hidup macam ni!

Dari jauh, aku dapat dengar Husni ketawa sebelum telingaku menangkap bunyi tapak kaki berlari ke arahku menandakan Husni cuba mendekatiku kembali.

Segera aku berlari menjauhinya sepantas yang mungkin.

"Merajuk ker?" Husni mengusik.

"Tak ada kerja nak merajuk!" Aku menggulingkan bola mata sambil berlari.

"Habis tu, kenapa lari?" Husni tiba di sisiku, berlari anak.

"Saja bersenam. Pergilah sana!"

"Tak nak."

"Eee! Pergilah sana!!!" Aku mengerutkan dahi dengan wajah cemberut.

"Tak nak! Nak ikut."

Aku mengecilkan anak mataku geram seraya melajukan larianku.

"Tak boleh!!!"

"Nak ikut jugak!" Husni mengejar aku sambil ketawa

Akhirnya, kami berkejaran mengelilingi kawasan tasik. Suasana yang tadinya tegang, kini bingit dengan gelak ketawa kami berdua.

Yang pasti, Impian Husni jadi kenyataan.

Happy ending!

-the end-🌷

Diari siapa??[COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora