DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 7 (AKHIR)

985 18 5
                                    

It takes two for a love to apart, to heal


Dari jauh tadi dia lihat Fahim duduk seorang diri di luar kafe. Selajur dia melihat jam. Masih ada 15 minit lagi untuk isterinya tiba. Dia mendekati Fahim yang kelihatan sedang termenung jauh. " Fahim?" sapa Radit.

Fahim tersentak. "Radit! Kau apa khabar?" tangan lelaki itu dijabat kejap. Lama sungguh dia tidak bertemu Radit.

" Mind if I sit here? Ke, kau tengah tunggu sesiapa?" tanya Radit. Fahim menggeleng pantas.

"No, no. Please. Kau nak makan ke?" Baru sahaja dia hendak menggamit pelayan sebelum Radit menahan.

"Aku tunggu wife aku. Nak makan sekali." isterinya berkeras mahu berjalan ke sini dari diambil Radit. Memandangkan bangunan pejabatnya hanya di seberang jalan sahaja.

"Oh. Kita minumlah dulu ya? Kopi?" Radit mengangguk setuju. Fahim dilihatnya murung sedikit. Aura lelaki itu terasa suram. Secawan kopi kemudian diletakkan di hadapan Radit.

"So, macam mana kau sekarang? Dengar kata hari tu, dah nak balik ke Auckland?" tanya Radit. Kopi diteguk sedikit.

"Macam mana aku nak balik, Dit? Anak isteri aku di sini. I'm not going back without my family." sedikit tegas nada Fahim. Ingin sekali Radit menyembur Fahim tentang perbuatannya terhadap Putri. Ingin sekali dia menyatakan betapa bodohnya Fahim melepaskan Putri hanya untuk kebebasan yang tidak membawanya ke mana itu!

" Hmm...kau tahu di mana Putri sekarang?" sengaja pula Radit bertanya begitu. Putri sekarang adalah seorang pekerja yang semakin menyerlah kredibilitinya. Cekap menguruskan kerjanya.

" Aku tau. Dia kerja dengan kau kan?" jawab Fahim. Selalu juga dia melihat Putri menunggu bas. Bimbang kalau-kalau Putri tidak selamat tiba di rumah, setiap hari Fahim menghendap isterinya. Hendak didekati, Putri membencinya. Kalau jauh, dia pula yang menanggung rindu.

"Ya, very talented. I believe she's a good wife too?" niat Radit supaya Fahim bercakap tentang isterinya. Radit berasa kasihan pula melihat Fahim begitu. Tidak pernah dia melihat Fahim putus asa begini seumur hidupnya. Fahim dahulunya sangat berbangga diri. Kisah mereka hampir serupa. Mereka berdua hampir kehilangan isteri. Tetapi kes Radit lain, semua yang berlaku hanya kerana salah faham.

" Yes. Obviously a perfect wife and mother. Radit, aku yang salah. Buta dalam menilai segalanya yang aku ada. Sekarang aku menyesal. Sumpah demi Allah, aku dah tinggalkan semua yang haram itu." Luah Fahim berterus-terang. Kerana dia yakin, Radit tahu akan masalahnya. Ammar pasti bercerita dengan Radit.

Radit mengerti perasaan itu. "Baguslah kau dah berubah Fahim. Kau masih ada peluang untuk menebus balik apa yang dah kau terlepas. Cuma jangan putus asa aje. Aku dapat lihat Putri selalu termenung. Entahlah apa yang ada di fikirannya. Ammar juga ada cakap yang Putri hanya senyum dan ketawa bila dengan Eireen. Anak kau dah besar Fahim. Pujuklah Putri. Aku faham perasaan kau, bila isteri kau sendiri menolak kau ke tepi. Percayalah, aku pernah duduk di tempat kau sekarang." Radit mengimbas kembali apa yang sudah dilaluinya. Terasa lama kenangan itu.

" Ya ke Dit? Tapi aku rasa aku tak layak untuk perempuan sebaik Putri. Aku pernah hina dia dulu. Macam-macam yang aku buat pada dia. Sampaikan aku pernah cakap yang aku nak buang dia dan Eireen ke tepi jalan! Ya Allah..suami apa aku ni. Bapak apa aku ni, Dit?" luah Fahim lagi.

" Janji kau dah berubah. Dah bertaubat. Berdoalah semoga hati Putri lembut untuk menerima kau kembali. Masih ada ruang untuk kau bahagia dengan dia. Kau dan dia ada Eireen. She needs both of you." Radit terus memberi semangat. Benarlah kata Ammar, Fahim bukan Fahim yang dulu.

CERPEN : Demi Cinta PuteriWhere stories live. Discover now