I Love You, Incik Boss

2.4K 102 5
                                    

                             BAHAGIAN 3

"Syafreena!!Masuk pejabat saya sekarang!!Eh,jangan lupa black coffee saya!Jangan buat manis-manis!!Dah,bye!!"teriak Aidil dari corong speaker di interkom.Syafreena menggosok laju telinganya yang naik pekak mendengar teriakan bosnya.Kalau dah hari-hari menjerit kat interkom,mahu bersepai meletup telinga gadis itu.

    

         Dipandang sekejap staf pejabat yang memandangnya kerana terdengar teriakan bos mereka melalui interkom sebelum masing-masing menyambung kembali kerja.Syafreena bangkit dari duduknya lalu terus menuju ke pantri untuk membuat kopi untuk bosnya yang kini digelar Mr.Fussy.Dicapainya cawan kaca lalu dia membancuh kopi.

          "Mr.Fussy ni kalau x menengking aku tak sah.Apalah dosa aku kat dia sampai hari-hari kena herdik dengan cacian dan tohmahan yang tidak begitu bijaksana sehingga membuatkan aku berasa begitu hina pada pandangannya??"Usai berjiwang karat,Syafreena tertawa sendiri.

           "Ecehh,jiwang pulak kau ni Syaf! Habis keluar semua ayat sastera dan ayat novel yang kau main tibai je sebut.Hahaha!!"Syafreena bermonolog. Selesai membancuh kopi untuk Mr.Fussy, Syafreena menuju ke mejanya dan mencapai buku nota dan sebatang pen.Seketika kemudian,dia mengetuk pintu bilik bosnya.

            Setelah mendapat kebenaran,dia memulas tombol pintu dan memunculkan diri.Aidil yang sedang meneguk air masak terus sahaja tersembur melihat Syafreena.Gadis itu apa lagi,terkejut.Mana tidaknya,masuk je dah kena semburan cinta dari bosnya itu.Tetapi, Syafreena menahan amarahnya yang mulai membara.

            'Ingat aku ni pokok bunga ke main sembur-sembur?Tahulah rambut aku ni kembang macam pokok mangga tapi tak payah sembur.Aduss!!' Sempat Syafreena mengutuk bosnya dalam hati.

             "Nah,bos,black coffee yang bos minta.Saya dah buat kaw-kaw punya.Err...bos panggil saya ni ada apa?Nak bagi bonus ke?"Syafreena cuba melawak walaupun dia sendiri tahu lawaknya begitu ketara hambarnya.

              "Hahahah....Tak ada maknanya.Saya nak minta tolong awak hantarkan bunga pada girlfriends saya.Sebab esok annivesary saya.Please take note of the name."Syafreena bergegas membuka buku notanya dan bersedia untuk mencatat nama yang akan diberitahu.

               'Dah ada makwe rupanya Mr.Fussy tu.Agak-agak siapalah perempuan malang tu? Kah kah kah'tawa Syafreena dalam hati.

               "Puteri Julia Megat Azman,Norynn Adirra,Farah Dayana....Awak ni dah kenapa ternganga sebesar gua kelam ni? Ada masalah ke?"Syafreena menggeleng-gelengkan kepalanya. Mak aih,kus..semangat!Tak boleh lagi banyak ke girlfriends die?

               "Sambung je Encik Aidil..I'm okay."Syafreena tersengih menampakkan barisan giginya yang putih dan teratur.Tangannya ralit mencatat nama-nama yang disebut.

               "Kalau tak ada apa-apa,saya keluar dulu ya Encik Aidil?"Syafreena meminta diri.Dilihatnya Aidil yang sedang mencalitkan tangannya di skrin telefon pintarnya.

               "Hmmm...."Syafreena mencebikkan bibirnya sedikit lalu berjalan keluar daripada pejabatnya.Dia menghampiri meja kerjanya dan melabuhkan punggung di kerusi.Dia membuka buku notanya dan sekali lagi membelek nama-nama wanita yang tertulis di bukunya.

                "Haih,aku ingatkan satu,tapi lima belas daaaa....Hmm,ini kalau nak bagi bunga guna duit aku memang pokailah aku, cuma dalam masa sehari."Syafreena membebel sendirian.Seketika kemudian dia menepuk dahi dan melihat jam tangannya.

I Love You,Incik BossWhere stories live. Discover now