BAB 1 Aku

922 11 2
                                    

Pemandangan berwarna biru air menghiasi di segenap ruangan mata gadis kecil itu " Alangkah indahnya hidupku ini seperti awan yang begitu asyik melakukan 'perarakan' tanpa henti buat penghuni di atas pentas ini meskipun tak ramai yang mampu menghargainya ." kata-kata hati kecil gadis ini membuatkan dirinya melakarkan sedikit 'smile ehh' . " Tak sangka pandai juga aku ni bermain dengan kata kata yihaaa !" sedikit bunyi halus dari gelakkannya kedengaran .

" Hoi !!" kedengaran satu suara , dilihatnya kiri dan kanan namun tiada siapa yang kelihatan kemudian dia berpaling semula kembali menyambung 'feeling' nya yang 'pause' sebentar tadi . " Wehh ! kau ni aku panggil bukan nak pandang pun ." dipusingkan ke kanan kepalanya , satu senyuman dihadiahkan kepada empunya suara . Namun , dibalas dengan cebikkan . "Dahlah kau , boleh pulak kau bagi senyuman kedai dua ringgit tu , aku merajuk ni dengan kau . Penat aku dari belakang calling kau nih ." Ya itulah sahabat karib gadis kecil ini . Namanya Nur Melina Stein binti Wan Muzaffar . Gadis kacukan Australia , almaklumlah ibunya orang putih .

"Halah sori Mel , sori sangat . Tadi aku tengah feeling haa ." ditayangkan sebaris gigi putih gadis itu kepada Melina atau dipanggil Mel sahaja . " Sori kau diterima dengan syarat belanja aku makan boleh hehehe ." anak mata Mel yang kebiruan dipandang kemudian satu senyuman nakal diberikan . "Yela yela , aku belanja , kat mamak 24 hour jeh ." dengan pandangan meleret kemudian letusan ketawa gadis kecil itu terhambur akibat reaksi Mel yang membuntangkan matanya dan akhirnya gelak bersama dia .

Sesekali wajah dan gaya sahabatnya itu dipandang . Sungguh gadis itu akui Melina sangat cantik dan pandai menggayakan diri sifat kebaratan tidak pernah wujud dalam dirinya . Ya , dia sangat bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat yang tidak pernah bermegah diri . 'Gadis ini' tak kurang hebatnya cuma gadis ini 'pure beautiful' melayu . Bila jalan beriringan tak sah kalau tade yang cuba curi 'line' dia orang . Orang 'gojes' katakan . Yihaaa ! hahaha

Kereta Myvi Melina diletakkan berhadapan kedai mamak . Laju sahaja langkah gadis itu dan sahabatnya Mel . Perut dah bergendang takkan nak berlengah lagi kot . Meja 23 kini di'cop' dia dan Mel . Ya , sangat 'noisy' di kedai mamak itu kemudian seorang gadis montel di kedai itu menuju ke arah mereka. 'Nametag'nya tertera nama Nasuha . " Ye cik , nak minum apa ?" dengan senyuman yang terukir pada bibirnya . " Saya nak air teh o ais 2 ye dan nasi goreng kampung extra pedas 2 ." Dianggukkan pekerja itu dan ditulis pada nota kecil kemudian berlalu pergi. Kelihatan Mel tersipu sipu macam kerang busuk , pandai dia meneka air dan makanan 'favourite' Mel . Halamak eih !

Setelah beberapa minit menikmati masakkan mamak itu . Akhirnya , dia dan Mel kekenyangan . " Weh , thankyou babe ! ujar Mel kepada temannya . " Most welcome Mel , dah jum balik , penat plus ngantuk ." " Oraite sis !" dijawab Mel dengan gaya kenyit mata sebelah . Ya cuti semester ini sungguh membosankan bagi gadis kecil ini . Mahu pulang ke kampung tapi tiada siapa disana ibunya sudah pulang ke rumah saudara maranya kerana Mak ciknya masuk hospital akibat terjatuh semasa berkebun . Ayah dia ? Susah untuk diingati kerana ayahnya meninggal dunia akibat barah 'stage 4' pada umur gadis kecil ini 6 tahun . Hanya alfatihah sahaja ketika melawat kubur Mohiddin Syah bin Azman Syah atau dikenali sebagai ayahnya .

Dia dan Mel akhirnya tiba di kondomonium milik Mel . Maklumlah ibu bapa Melina orang berada dibandingkan dia sedang sedang je . Kerana inilah dia sangat akrab dengan Mel kerana tidak pernah bersifat pentingkan harta , latar belakang dan darjat . Malahan ibu bapanya jugak baik .

" Bukan maksud hati tuk mengingkar , semua kata yang pernah terucap , mungkinkah cintamu telah hilang , aku di sini tak menginginkan ,
coba tuk mengerti dan memahami yang terjadi ..."

Kedengaran suara Mel menyanyikan sebuah lagu di dalam bilik yang berjudul 'Maafkan-Ressa Herlambang . Tercuit hati kecil dia mendengarkan sahabatnya itu secara tak langsung terukir satu senyuman .

Rambut panjangnya yang basah selepas mandi digosok dengan tuala bagi mengeringkan . Dipakaikannya pijama putih corak corak bunga comel gitu ! " Comel jugak aku mengenakan pijama ni , persis pelakon indonesia dewi sandra kali ." ujarnya . " Werkkk ! nak plastik i rasa nak muntah la !" mendengus gadis kecil itu apabila Mel yang bersandar pada pintu terdengar pujian 'letopsssnya' . " Sebok aa kau ni , ciss dengki ! Dah pegi tido sana ." namun hanya dibalas dengan gelakkan Melina yang berlalu pergi .

Skrin telefon bimbitnya dipandang kelihatan satu mesej masuk . Mesej yang dihantar tertera nama 'Ibu Syg❤️' .'

Assalamualaikum anak ibu , Ibu harap akk tk mrahkan ibu ye . Nnti ibu tebus blik bile akk blik kg , skrg ni ibu sibuk tolong jagakan makcik kamu , pkcik kmu kena brkrja tuk biayai kos ubat mkcik kamu . Jaga diri ye nak .'

Dibalas dengan senyuman kecil sahaja pada bibir mungilnya . " Ibu , ibu , buat apa akk nak marahkan ibu . Ibu je yang akk ada ." gadis itu bermonolog sendiri tanpa dia sedar sepasang mata mengintipnya dari belakang tanpa sedar Iphone 6s plusnya dirampas dari tangannya . " Gotcha ! Hamboi kemain senyum hidung kembang kempis kembang kempis aku tgok ." dipandangnya Mel yang memegang telefon bimbitnya menunjukkan aksi selaku Usain Bolt menang 100 meter . Ya , Iphone 6s plus  yang dihadiahkan Melina pada bulan lepas untuk hari lahirnya . Berhempas pulas dia menolak pemberian Melina namun dia akur sahaja dengan sahabatnya , tanpa Melina siapalah gadis kecil di bandar sesak ini .

" Haa ! Dah jum tido . Esok klau mummy ngan daddy aku tak call aku suh balik , kita bershopee ye ?" lalu Melina meninggalkan dia yang terpinga-pinga . Dia menghantar bayangan Melina melalui anak mata yang memboloskan diri ke dalam bilik tidurnya . "Huh" keluhan gadis kecil sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat Melina yang merangkap 'bestfriend till death' . Kakinya mengatur langkah ke bilik tidur yang berhadapan dengan kamar Melina . "DUSHHHH !" "Hadoi ! boleh pulak pintu ni ajak gurau memalam , seram siot !" tergelak kecil gadis ini bila mengingati sebentar sahaja tadi kepalanya terhantuk pada pintu biliknya . Mengantuk sangat ni ehh ! sampai pintu pun lupa nak buka .

Tilam yang empuk menjadi tempat gadis kecil ini 'beradu' . Dipandangnya siling kosong dan akhirnya fikirannya merewang ke alam mimpi yang indah . Bukan realiti tapi sungguh mengasyikkan bagi seorang gadis kecil ini untuk menghiasi setiap kali tidur malamnya .

Mimpi Gadis Kecil

Sungguh kacak sekali Jejaka dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya . Berjalan menuju ke arahnya . Dikenakan sut hitam . Kemeja putih didalamnya . Rambut acah-acah As'ad Motawh . Seluar slack digayakan dengan kasut kulit . Merah-merah pink gitu bibirnya . Auchh ! Satu ayat dikeluarkannya .

" Oneday you will be mine sayang ."

Tanpa disedari mimpi itu mampu mengukir senyuman kecil pada dirinya ketika tidur . Wah ! mimpi yang memberi 'fake hope' eh . Doa yang baik baik buat hari yang akan mendatang buat gadis ini ye .

" I'm your future ."

Adehhh ! Bangun sekejap boleh lagi gadis kecil ini membalas kata-kata di dalam mimpinya kemudian menutup matanya . Lalu menyambung semula mimpi yang tergendala itu .

Jangan lupa VOTE and FOLLOW oke ? Ataupun tinggalkan komen . Terima kasih atas kerjasama korang !

Sinar KasihKde žijí příběhy. Začni objevovat