RECAP 9

54 3 0
                                    

"We seriously need to talk." Akhirnya Amjad mengalah. Tak sanggup dia untuk terus-terusan berada dalam zon perang bisu dengan Hanani. Pendiam sesungguhnya bukanlah sifat semulajadinya. Kalau lama-lama tak bercakap memang boleh gatal mulut dibuatnya.

Hanani turut mengangguk setuju. Akhirnya dia bangun menurut Amjad ke pangkin rumah. Duduk dilabuhkan di situ. Hanani duduk memeluk tiang, Amjad duduk memeluk diri sendiri.

"Spill." Arah Hanani sepatah.

"Nani betul ke setuju nak kahwin dengan Jad?" Hal ini yang dia risaukan. Bukan sehari dua, tapi sejak mereka mula-mula mengambil keputusan untuk bertunang setahun yang lepas, persoalan ini ibarat menghantui hidupnya.

Dia tahu sayang seorang Hanani bukan untuknya. Hanyalah untuk arwah Aman. Dia nekad untuk mengambil hati Hanani, tapi usahanya itu tak terkesan pun di hati gadis itu. Hatinya terlalu keras untuk dilembutkan. Terlalu ditutup rapat untuk lelaki lain.

Hanani mengangguk sekejap, menggeleng sekejap. Sudahnya dia mengangguk kembali. Dasar tak tetap pendirian betul si Kasyifah Ul Hanani ni kan.
Pening Amjad melihatnya. Nak tergelak pun ada. Tapi, ketawanya ditahan semampu mungkin sebab nanti tak pasal-pasal rosak mood. Sudahlah mood sekarang tengah serius, mahu Hanani cop dia gila kalau tiba-tiba dia tergelak.

"Nak ke tak nak sebenarnya ni."

"Tak nak tapi terpaksa nak." Jawab Hanani rendah. Tiang pangkin makin erat dipeluk. Mata membuang pandang entah ke arah apa. Macam tengah mengenang nasib aje gayanya.

"Tak nak tapi terpaksa nak?" Ulang Amjad rendah. Macam pelik aje jawapan Hanani ni.

"Ya lah, aku dengan kau dah terbiasa jadi kawan. Tiba-tiba aje kau kena jadi suami aku. Aku tak nak tapi aku kena ikut permintaan arwah." Luahnya penuh perasaan. Dia sayangkan Amjad tapi, sayangnya tak lebih daripada seorang kawan. Tak mungkin akan berubah status sayangnya itu. Tak dapat dia nak bayangkan Amjad jadi suaminya dan tiba-tiba 'ber-sayang sayang' dengan dia. Sungguh luar alam rasanya.

"Oh." Amjad sedikit pun tak terasa hati bahkan tersentak dengan jawapan balas daripada Hanani itu. Dari awal lagi dia sudah perisaikan hati dia untuk terima apa-apa jawapan balas yang menyakitkan daripada Hanani.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Wattpad : http://my.w.tt/UiNb/3JgW54o7DF  (@NiaAdahays95 )

fb group : https://www.facebook.com/groups/148467685563851/

#MyDearNanibyNiaAdahays
#BesQPublication

*dont forget to vote, feel free to hit the star button below for the support👇🏻 thanks 🤗

My Dear, Nani!Where stories live. Discover now