BAB 5 MY DEAR, NANI!

320 15 1
                                    

"Aku nikahkan akan dikau..."

"Kejap!" Laju Hanani memotong. Dia tahu hati dia tak mampu dan dia percayakan hati dia. Untuk kali ini.

Semua mata yang hadir jatuh padanya yang anggun mengenakan baju kurung putih lengkap berselendang.

"Jad, Nani tak mampu." Matanya terarah pada Amjad yang perlahan-lahan melepaskan tangan Kadi.

Amjad bangun dan menuju ke arahnya.

"Kenapa?" Soal Amjad lembut.

'Tolong jangan buat nada macam tu, nanti Nani jadi makin tak sanggup.' Bibir bawahnya digigit perlahan.

"Tak mampu." Gumamnya rendah.

Tergelak kecil Amjad mendengarnya. Kelmarin bukan main lagi bersemangat cakap yang dia ni jenis bertanggungjawab. Betullah kata-kata dah memakan diri seorang Kasyifah Ul Hanani.

"Betul tak nak kahwin dengan Jad ni?" Mata Amjad tepat menikam anak mata Hanani.

Hanani mengangguk lemah. Mengharapkan agar Amjad faham. Hatinya betul-betul tak boleh. Siang dan malam dia asyik memikirkan bayangan 'Aman' yang dah acap kali dia jumpa. Baginya, ia seolah-olah satu petanda agar Hanani tidak menduakannya.

Ya, dia tahu dia bodoh sebab beranggapan sebegitu. Tapi, itu apa yang dia rasa. Dia tidak mampu untuk menidakkan semua itu.

"Okay then." Ringkas jawapan yang diterima.

Amjad dipandangnya tak berkelip. Hanani langsung tak menyangka yang semudah ABC Amjad mengizinkannya pergi. Fikirnya Amjad akan mengamuk sakan tadi. Macam-macam perisai yang dia simpan kalau-kalau Amjad betul-betul naik angin tadi.

"Betul ni?" Soal Hanani inginkan kepastian.

"Ke nak jawapan lain?" Senyum nipis cuba diukirkan pada bibirnya. Siapa sangka yang hingga ke akhirnya Hanani tidak mampu melupakan Aman dan tidak mampu menerima dia. Seperti yang dia sangka.

Laju Hanani menggeleng.

"Leave or else Jad tak akan lepaskan Nani untuk kali yang kedua." Pandangan dia alihkan ke arah lain. Tidak sanggup untuk melihat Hanani berdiri meninggalkannya.

"Terima kasih. Nani doakan Jad jumpa yang terbaik untuk jaga Jad." Bisik Hanani perlahan sebelum meninggalkan majlis tak jadinya itu.

Semua yang ada di situ sudah tergamam habis dengan adegan yang tidak disangka itu. Encik Mirza dengan puan Zafirah hanya menunduk menahan malu. Macam-macam betul anak perempuan tunggalnya ini.

"Nani?" Encik Mirza yang tiba di rumah lewat gara-gara menyelesaikan majlis kahwin anaknya yang huru-hara itu meluru ke tingkat atas di mana bilik anak daranya terletak.

Hanani perlahan-lahan bergerak ke pintu dan dalam takut-takutnya pintu bilik dibuka. Encik Mirza dan Puan Zafirah terus melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya.

"Nani tak fikir ke apa yang Amjad rasa lepas Nani buat macam tu?" Rendah Puan Zafirah menyoal.

"Tapi Jad cakap dia okey aje tadi umi." Pandangan uminya dibalas.

Tak ada pula sampai Amjad tu menangis-nangis bagai masa dia bangun meninggalkan majlis. Amjad dilihatnya rileks aje tayang muka cool. Macam benda tu tak pernah jadi pula.

"Itu apa yang kita nampak. Apa yang dia rasa kita tak tahu." Anak gadisnya ini memang. Suka sangat buat keputusan terburu-buru.

"Kenapa sampai tak jadi kahwin dengan Amjad?" Soal Puan Zafirah lagi. Encik Mirza hanya membiarkan isterinya menguruskan anaknya. Dia lebih selesa menjadi pemerhati. Mana yang perlukan dia mencelah, dia akan mencelah. Kalau tak, dia biarkan sahaja isterinya slow talk dengan Hanani. Bonding ibu dengan anak kan kuat.

"Nani tak tahu. Nani asyik nampak bayangan arwah aje kebelakangan ni." Adu Hanani rendah.

"Maksud Nani, Ziyadh?" Duga Puan Zafirah sambil matanya melirik pada sang suami. Encik Mirza hanya buat tak tahu aje. Hampeh betul.

Bulat mata Hanani mendengarnya.

"Macam mana umi tahu?" Mulutnya ditekup tak percaya. Ke uminya ni ada sixth sense?

"Huril bagitahu." Tanpa rasa bersalah, Puan Zafirah membocorkan nama si pemecah rahsia.

Hanani gigit bibir bawah. Betul-betul nak kena si Huril ni.

"Dah dah, tak payah nak salahkan dia. Umi yang tanya sebab nampak muka Nani macam kelaut aje semenjak dua menjak ni."

"Kelaut? Umi?"

"Naluri seorang ibu kuat tahu tak? Tambah-tambah lagi bila anak dia dalam masalah." Bahu Hanani dipeluknya perlahan.

"Tapi Nani jangan pula cakap nak cari budak Ziyadh tu. No more perigi cari timba." Ujar Puan Zafirah rendah.

Hanani sengih tak berdosa.

"Macam mana umi tahu ni?" Kepala yang tak gatal digaru. Baru aje nak buat misi kedua, tak sangka pula kantoi awal-awal.

"Nani....." Akhirnya Encik Mirza bersuara.

Gerun mendengar suara abahnya, akhirnya dia mengalah. Terpaksa juga mengaku kalah sebelum berjuang nampaknya.

"Okey, okey. No more perigi cari timba." Ujar Hanani akur.

"Abah, adik ada satu permintaan." Harap-harap luluslah permintaannya ini. Dia sudah fikirkan semasak-masaknya akan perkara ini. Hanya menunggu kebenaran daripada kedua orang tuanya sahaja. Dia rasakan ini adalah jalan yang terbaik untuk melupakan segala kenangan pahitnya.

"Apa?" Raut wajah anaknya dipandang penuh kasih.

"Adik nak sambung belajar boleh?" Dalam hati dah berdebar habis dah. Mengalahkan nak ambil result PT3 aje berdebarnya.

"Tiba-tiba aje?" Duga Encik Mirza. Senyumnya cuba ditahan. Ia lah, bukannya apa sebab dari awal lagi Hanani cakap yang habis Ijazah, dia dah tak nak sambung belajar, penat katanya. Dia malas nak bertikam lidah, diturutkan aje kehendak anak gadisnya itu.

Ini? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aje cakap nak sambung belajar. Buang tebiat ke apa? Sambung Master tahu tak, Master? Kalau dia cakap nak sambung sampai PhD terus, mahunya pitam Encik Mirza.

"Tak nak tengok adik berjaya ke?" Tangan disilangkan di dada. Ada ke patut dia nak belajar pun dipersoalkan oleh abahnya?

"Bukan tak nak. Nak tu memanglah nak, tapi macam pelik aje tiba-tiba nak sambung belajar. Dulu bukan main cakap tak nak?" Hujah Encik Mirza lagi.

"Nani yang dulu bukanlah yang sekarang." Siap menyanyi-nyanyi lagi Hanani membalas. Memang niatnya untuk belajar. Tapi, sambil menyelam tu kenalah juga minum air. Letih kalau berenang tak minum air.

"Macam-macam." Menggeleng kepala tak percaya Encik Mirza dibuatnya.

"Umi benarkan. Abahnya pula?" Encik Mirza di depan mereka dipandang.

"Kalau dah uminya pun setuju, abahnya boleh kata apa lagi?" Memang dari awal lagi dia benarkan Hanani sambung belajar. Tunggu si anak meminta aje.

"Sayang umi, sayang abah." Mulut melekap pada pipi si ibu kemudiannya beralih pada pipi si ayah.

"Nak sambung dekat mana ni?"

Dan kening Hanani ditari-tarikan penuh makna.

🔜🔜🔜🔜🔜🔜🔜🔜

tak jadi kahwinlah pulak 🤧
orang yg kak Wan Azida Qaiyum Ali tanya nk muncul dh tu 😆

#mydearnanibyniaadahays

BAB 5 My Dear, Nani dah di up, boleh follow socmed di bawah utk update teaser, jemput baca! 🤗

Wattpad : http://my.w.tt/UiNb/3JgW54o7DF (@NiaAdahays95 )

fb group : https://www.facebook.com/groups/148467685563851/

💍💍💍💍💍💍

#mydearnanibyniaadahays

*dont forget to vote, feel free to hit the star button below 👇🏻 thanks 🤗

My Dear, Nani!Where stories live. Discover now