10.17 malam.
Ibu membelai rambut aku. Dia tersenyum. Wajahnya menenangkan.
"Selamat malam sayang"
"Selamat malam Ibu". Aku menguap.
Ibu mahu beredar meninggalkan aku lena sendirian. Aku tarik tangan ibu.
Ibu menoleh. Lembut wajahnya memandang.
Dia kemudian membuat isyarat tangan seperti No! No! No!
"Sayang dah besar. Tak takutlah tidur sendiri", Ibu memujuk.
Aku takut! Aku takut tapi Ibu tak tahu apa yang aku takutkan dan aku budak berumur 7 tahun tak tahu macamana nak cerita.
"Kalau Ali..",aku baru nak berkata-kata..
"Ingatkan apa Ibu kata kalau Ali takut Ali pejam mata. Jadi macam orang buta. Ali tak nampak ape- ape", Ibu mengingatkan resepi biasa bagi mematikan ayat ketakutan aku.
Aku pernah buat. Ianya bertahan sekejap. Tapi lepas itu bila aku buka mata semula..
Aku mengiringkan badan cuba melelapkan mata.
Akhirnya aku terlena.
3.40 pagi
Bunyi bising. Aku terjaga. Separa sedar. Mamai. Macam ada orang bergaduh. Bergelut. Agak lama. Kedengaran ade suara perempuan menangis. Suara tu..? Suara Ibu? Aku bingkas bangun. Aku pulas tombol perlahan- lahan. Aku nampak Ayah dirangkul Ibu. Darah memancut keluar dari mulut Ayah. Dada aku berdegup kencang. Ada dua lelaki bertopeng. Ianya seperti dalam drama. Rumah aku sangat bersepah.
Aku jalan perlahan-lahan keluar dari bilik betul-betul berdiri dibelakang salah seorang lelaki bertopeng itu. Kepala Ibu ditarik kebelakang oleh seorang lagi. Lelaki bertopeng itu mengacukan pisau ke arah Ibu dan menanyakan sesuatu. Tak jelas apa yang ditanya. Ibu hanya menangis dan menjawab tidak tahu. Ayah dah terkulai. Mungkin Ayah dah tiada.
Lelaki bertopeng yang menarik rambut Ibu ke kebelakang sedar kehadiran aku. Aku mulai takut. Aku pejam mata. Ibu da pesan kalau aku pejam mata semua ketakutan akan hilang. Dalam kepayahannya ibu menyuruhku lari. Aku melangkah setapak demi setapak mengundur dan lari dan...bam! Arghh sakitnya terlanggar bucu meja dan terbaring menahan kesakitan. Ada cecair mengalir. Aku tahu itu darah. Mata masih lagi ku pejamkan sebab aku masih lg rasa takut. Masih sangat takut. Entah kenapa ajaran Ibu kali ini tidak berjaya.
Suara senyap sepi. Tiada bunyi. Tiba- tiba ada bunyi tapak kaki. Mula-mula perlahan dan makin jelas di corong telinga. Maksudnya ia makin mendekat. Dada aku kembali berdegup.
Terdengar satu suara
"Yang ni?"
"Buta kan tadi budak ni. Bukannya dia nampak kita.Biar jelah",Jawab satu suara yang lain.
Bunyi tapak kaki beredar. Kepalaku mulai pusing dan aku pengsan.
YOU ARE READING
AKU ALI
Mystery / ThrillerAli bukan superhero. Ali remaja biasa. Tapi ditangan Ali ada magis.
