Terukir senyuman nipis di bibir Andy Yeong. Ada rasa bangga bertamu mengenangkan anak gadisnya punya paras miliknya.

"Dia cantik macam Dalyla, tak?" Andy Yeong membayangkan wajah cantik Dalyla semasa mudanya.

"Bibirnya macam Dalyla."

Andy Yeong ketawa. Bibir yang seksi. Teringat pula masa zaman bercintanya dahulu. Belum lama dia menerawang, suara Tuan Dahlan kedengaran lagi.

"Sekali pandang anak kau tu memang macam kau. Kalau tak, aku takkan ingat dia anak kau. Kalau rupa dia lain mungkin bekas bini kau dah kahwin dengan lelaki lain. Tapi budak ni memang nampak macam kau," terang Tuan Dahlan untuk meyakinkan lagi sahabatnya. Bukan sekadar iras gadis itu yang membuatnya yakin tetapi reaksi yang diterima daripada Dalyla mudah benar untuk ditelah anak gadis itu berbintikan sahabatnya.

"Aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa anak aku," tutur Andy Yeong teruja. Mata tuanya bersinar penuh harapan.

"Ni alamat hospital tu. Kau mesti tahu punya, kan. Hospital yang meningkat naik sekarang ni. Aku tak tahu mana anak kau tinggal tapi aku rasa dia mesti selalu melawat bekas bini kau tu kecualilah Dalyla dah keluar," ujar Tuan Dahlan seraya meletakkan sekeping kertas kecil di atas meja di hadapan Andy Yeong. Pertama kali dilihat sahabatnya yang jarang menunjukkan sebarang emosi di hadapan orang lain kelihatan teruja begini.

"Aku balik dulu." Tuan Dahlan bingkas bangun mahu mengundur diri. Sudah lama dia di situ. Dia masih punya urusan lain yang menanti.

"Thank you, Lan. Aku..."

"It's okay my friend," potong Tuan Dahlan seraya melangkah pergi. Andy Yeong sekadar menghantar sahabatnya dengan senyuman lebar di bibir. Bermacam-macam perkara yang bermain di benaknya kini.

Senyumannya mati tiba-tiba. Kenyataan bagai mengetuk pergi kegembiraan yang baru bertamu. Dia baru teringatkan sesuatu. Perkara ini tidak boleh diketahui oleh orang lain. Dia perlu memastikan kebenaran terlebih dahulu. Setelah kebenaran diketahui, dia perlu bertemu dengan peguamnya. Sebelum segalanya selesai, tiada siapa yang akan tahu akan kewujudan anak gadisnya.

Dia sedar ada yang menanti dengan tidak sabar akan kematiannya. Apa akan jadi apabila mereka tahu dia punya pewaris yang sah untuk hartanya? Kekecohan pasti akan timbul terutama Jacky yang terang-terang sudah menunjukkan taringnya. Dia tidak mahu sesuatu terjadi pada satu-satunya anak yang mewarisi darahnya. Wajahnya bertambah keruh mengenangkan semua kemungkinan itu.

Keluhan panjang terluah dari bibirnya. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Dia perlu berhati-hati dalam soal ini. Penat berfikir, punat di kerusi roda elektriknya ditekan lalu kerusi roda itu bergerak menuju ke biliknya untuk beradu. Tubuh tuanya perlukan banyak rehat. Tidak boleh terlalu banyak berfikir. Langsung tidak disedarinya ada insan lain yang tersenyum setelah mendengar segala-galanya. Dan kala dia diam di peraduan, insan itu mula merancang strategi.

ANGIN dingin yang mencengkam tulang tidak memberi sebarang impak padanya. Matanya seolah menikmati neon-neon lampu yang mampu dilihat dari balkoni sedang fikiran menerawang menimbang baik buruk berita yang baru sahaja didengarinya.

Gadis yang disebut-sebut oleh ayah angkatnya mungkin menghalang rancangannya untuk mewarisi Dinamic Star Corporation. Tidak mustahil Dinamic Star Corporation akan jatuh ke tangan gadis itu. Andai gadis itu sedari dulu lagi menguruskan syarikat itu, dia tidak punya bantahan untuk melepaskan segalanya ke tangan gadis itu.

Dia bukan perampas hak orang lain. Namun itu tidak bermakna dia akan membiarkan haknya jatuh ke tangan perempuan itu. Mungkin Dinamic Star Corporation asalnya milik lelaki yang bernama Andy Yeong namun dia yang bersusah-payah memajukan syarikat itu sehingga berdiri gah di kota metropolitan ini. Logiknya syarikat ini sudah boleh dikira miliknya.    

Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Tak akan aku biarkan dia merampasnya. Siapa pun kau, kau sama seperti Jacky. Tak sesekali aku lepaskan hak aku kepada kau dan Jacky."

Mungkin bagi orang lain berita sebegini mampu menggelapkan rancangan yang diatur dengan rapi sebelumnya. Lain pula bagi lelaki bernama Aeric Raid. Dia mampu mengubah percaturan dengan sekelip mata.

"Perempuan....Perempuan... Aku menanti kau dan kau tunggu aku." Aeric memeluk tubuhnya sambil memasak kaki dengan teguh di balkoni biliknya.

Dia tahu gadis itu bukan penghalangnya. Gadis yang tidak dikenali itu tidak mungkin mampu sebagai pesaingnya.Sebaliknya gadis itu akan digunakan sebagai buah catur terbaiknya.

Aeric masuk ke dalam bilik dan terus mencapai telefon bimbit di atas katil. Nombor orang kepercayaannya didail pantas. Sekejapan sahaja talian bersambung.

    "Rocky... I need you to check something for me. Make it quick."

Segala maklumat yang dia ada, dia berikan kepada Rocky. Tidak banyak sebenarnya yang dia tahu. Nama Dalyla sebagai pesakit dan sebuah hospital yang sedang meningkat naik.

"Aku nak cepat!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bisikkan NamakuWhere stories live. Discover now